Pesanan Presidensi Utama, Februari 2015
Kesaksian dan Penukaran Hati
Ada satu perbezaan di antara menerima satu kesaksian kebenaran dan benar-benarnya tukar hati. Sebagai contoh, Rasul Petrus memberi kesaksian kepada Juruselamat bahawa dia tahu Yesus ialah Putera Tuhan.
“[Yesus berkata], siapakah Aku ini?”
“Simon Petrus menjawab, Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Tuhan, Anak Tuhan Yang Hidup.”
“‘Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau!’ kata Yesus, ‘Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi Bapa-Ku di syurga yang memberitahumu.’” (Matius 16:15–17).
Tetapi kemudian, dalam perintah-Nya kepada Petrus, Tuhan memberikan dia dan kita satu panduan untuk benar-benarnya menukar hati dan untuk memanjangkan penukaran itu sepanjang hidup. Yesus kata: “Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu” (Lukas 22:32).
Yesus mengajar Petrus bahawa adanya satu perubahan yang besar lebih daripada mempunyai satu kesaksian untuk berupaya untuk memikir, merasa, dan bertindak sebagai pengikut Yesus Kristus yang menukar hati. Itulah perubahan yang kita carikan. Apabila kita memperolehi perubahan itu, kita perlukan perubahan itu untuk menerus sehingga keakhiran percubaan fana kita (lihat Alma 5:13–14).
Kita tahu dari pengalaman diri sendiri dan dari memerhati orang lain bahawa memperolehi beberapa saat kuasa rohani adalah tidak cukup. Petrus menafi bahawa dia mengenali Juruselamat walaupun dia sudah menerima satu kesaksian dari Roh bahawa Yesus ialah Kristus. Tiga Orang Saksi Kitab Mormon sudah menerima kesaksian yang terus bahawa Kitab Mormon ialah firman Tuhan, tetapi mereka masih teragak-agak dalam keupayaan mereka untuk menyokong Joseph Smith sebagai Nabi Gereja Tuhan.
Kita perlukan satu perubahan dalam hati kita, seperti yang dihuraikan dalam buku Alma: “Dan mereka semua memaklumkan kepada rakyat itu hal yang sama — bahawa hati mereka telah diubah; bahawa mereka tidak lagi berhasrat untuk melakukan yang jahat” (Alma 19:33; juga lihat Mosia 5:2).
Tuhan mengajar kita bahawa apabila kita benar-benarnya menukar hati kepada injil-Nya, hati kita akan berpaling dari kerisauan diri sendiri dan bertuju kepada pelayanan untuk mengangkat orang lain semasa mereka menuju terhadap kehidupan abadi. Untuk memperolehi penukaran itu, kita boleh berdoa dan bekerja dengan beriman untuk menjadi manusia yang baru melalui Penebusan Yesus Kristus.
Kita boleh bermula dengan berdoa demi iman untuk bertaubat ke atas sikap mementingkan diri dan demi kurnia untuk menjaga orang lain, bukan diri sendiri sahaja. Kita boleh berdoa demi kuasa untuk menyingkirkan kesombongan dan iri hati.
Doa ialah kunci untuk menerima kurnia kasih sayang terhadap firman Tuhan dan untuk mengasihi Kristus (lihat Moroni 7:47–48). Kedua-dua ini bergabung. Semasa kita membaca, merenung, dan berdoa tentang firman Tuhan, kita akan mengasihi firman Tuhan. Tuhan akan letakkan firman-Nya dalam hati kita. Apabila kita merasa kasih sayang itu, kita akan mula lebih mengasihi Tuhan. Dengan itu akan datanglah kasih sayang terhadap orang lain yang kita perlukan untuk memperkuatkan orang yang Tuhan akan letakkan pada jalan kita.
Sebagai contoh, kita boleh berdoa untuk mengenali orang yang Tuhan mahu mubaligh-Nya ajar. Para mubaligh sepenuh masa boleh berdoa dengan beriman untuk mengetahui perkara yang harus mereka ajar dan beri saksi oleh Roh. Mereka boleh berdoa dengan beriman bahawa Tuhan akan biarkan mereka untuk merasa kasih sayang-Nya terhadap setiap orang yang mereka jumpai. Para mubaligh ini tidak akan membaptiskan dan mengurniakan Roh Kudus kepada semua orang yang mereka jumpai. Tetapi mereka boleh adakan Roh Kudus sebagai teman mereka. Melalui pelayanan mereka dan bantuan Roh Kodus, para mubaligh akan menukar hati dengan perlahan-lahan.
Penukaran itu akan dibaharui sekali-kali lagi apabila mereka dan kita terus bertindak dalam iman untuk memperkukuhkan orang lain dengan injil Yesus Kristus tanpa mementingkan diri. Penukaran hati bukan satu kejadian sekali sahaja atau sesuatu yang akan bertahan buat satu musim hidup tetapi ia satu proses berterusan. Kehidupan akan boleh menjadi lebih terang sehingga hari yang sempurna, apabila kita akan menjumpai Juruselamat dan mendapati bahawa kita sudah menjadi seperti Dia. Tuhan huraikan perjalanan itu dalam cara ini: “Apa yang dari Tuhan adalah terang, dan dia yang menerima terang, dan melanjutkan di dalam Tuhan, menerima lebih banyak terang; dan terang itu tumbuh makin cemerlang dan makin cemerlang sampai hari yang sempurna” (A&P 50:24).
Saya janji kamu ini adalah munasabah bagi kita semua.
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemahan: 6/14. Penterjemahan First Presidency Message, February 2015. Malay. 12582 348