Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2015
Atribut Yesus Kristus: Tanpa Dosa
Kajikan bahan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkat iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Hanya Juruselamat kita, Yesus Kristus, boleh menebus manusia. “Yesus Kristus, domba yang sempurna, rela mengorbankan Diri Sendiri dan menebuskan dosa kita,” kata Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua Presidensi Utama.1 Memahami Yesus Kristus adalah sempurna boleh menolong kita meningkatkan iman kepada Dia dan berusaha untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, bertaubat, dan menjadi suci.
“Yesus … ialah seorang yang bertubuh daging dan roh, tetapi Dia tidak menyerah kepada godaan (lihat Mosia 15:5), kata Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Kita boleh berpaling kepada Dia … kerana Dia faham. Dia faham tentang perjuangan, Dia juga faham cara untuk mengatasi perjuangan. …
“… Kuasa Penebusan-Nya boleh hapuskan kesan dosa ke atas kita. Apabila kita bertaubat, rahmat penebusan-Nya mempersolehkan dan menguduskan kita (lihat 3 Nefi 27:6–20). Ia macam kita tidak pernah menunduk, semacam kita tidak pernah menyerah kepada godaan.
“Semasa kita berusaha setiap hari dan setiap minggu untuk mengikut jalan Kristus, roh kita menegaskan keunggulannya, perjuangan mereda, dan godaan tidak menyusahkan.”2
Ayat-ayat Suci Tambahan
Dari Tulisan Suci
Juruselamat sudah bayar untuk dosa-dosa kita melalui Keputeraan-Nya, hidup-Nya yang tidak berdosa, penderitaan-Nya dan penumpahan darah-Nya dalam Taman Getsemani, penyaliban-Nya dan Kebangkitan-Nya dari kubur. Melalui Penebusan Yesus Kristus, kita boleh menjadi suci lagi semasa kita bertaubat ke atas dosa kita.
Raja Benyamin mengajar rakyatnya tentang Penebusan Yesus Kristus dan kemudian menanya mereka jika mereka percaya kata-katanya. “Mereka semua berseru dengan satu suara, mengatakan: … Roh … telah mengerjakan perubahan yang hebat dalam diri kami, atau dalam hati kami, sehingga kami tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik . …
“Dan kami bersedia untuk masuk ke dalam suatu perjanjian dengan Tuhan kami untuk melakukan kehendak-Nya, dan untuk patuh pada perintah-perintah-Nya dalam segala hal” (Mosia 5:1–2, 5).
Kita juga boleh memperolehi “perubahan yang hebat” seperti rakyat Raja Benyamin, yang “tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik” (Mosia 5:2).
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemajan: 6/14. Penterjemahan Visiting Teaching Message, February 2015. Malay. 12582 348