2015
Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Penuh dengan Ihsan dan Kasih Sayang
Oktober 2015


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Oktober 2015

Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Penuh dengan Ihsan dan Kasih Sayang

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimanakah pemahaman tentang sifat-sifat ilahi Juruselamat akan meningkatkan iman kamu kepada-Nya dan memberkati mereka yang kamu awasi melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Panduan kepada Kitab Suci menghuraikan ihsan sebagai “kasih sayang yang terbesar, terhormat, paling kuat” (“Ihsan”). Ia adalah kasih sayang murni Yesus Kristus. Apabila kita belajar tentang Yesus Kristus dan berusaha untuk menjadi seperti Dia, kita akan mula merasa kasih sayang murni-Nya dalam hidup kita dan akan dipengaruhi untuk menyayangi dan melayan orang lain seperti Dia. “Ihsan adalah mempunyai kesabaran dengan seseorang yang mengecewakan kita,” kata Presiden Thomas S. Monson. “Ia adalah untuk menahan dorongan untuk mudah tersinggung. Ia adalah untuk menerima kelemahan dan kekurangan. Ia adalah menerima orang lain kerana diri mereka sendiri. Ia adalah tidak mementingkan penampilan fizikal tetapi sifat-sifat yang akan bertahanan. Ia adalah menahan dorongan untuk mengkategorikan orang lain.”1

Dalam Kitab Mormon, kita belajar kebenaran bahawa kita “berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar [kita] boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua yang merupakan pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus; agar [kita] boleh menjadi anak-anak lelaki [dan perempuan] Tuhan; agar apabila Dia akan memperlihatkan diri-Nya kita akan kelihatan seperti Dia, kerana kita akan melihat-Nya sebagaimana Dia adanya; agar kita boleh memiliki harapan ini; agar kita boleh disucikan bahkan seperti Dia yang adalah suci” (Moroni 7:48).

Ayat-ayat Suci Tambahan

Yohanes 13:34-35; 1 Korintus 13:1-13; 1 Nefi 11:21-23; Eter 12:33-34

Dari Sejarah Kita

“Seorang saudari yang baru-baru menjadi balu bersyukur kepada pengajar-pengajar berkunjungnya yang berdukacita bersama dia dan menghiburkan dia. Dia tulis: ‘Saya perlukan seorang rakan; seorang yang akan dengar cerita saya. … Dan mereka dengar. Mereka menghiburkan saya. Mereka menangis bersama saya. Dan mereka memeluk saya … [dan] menolong saya apabila saya berputus asa dan berdukacita semasa waktu kesunyian.

“Seorang saudari meringkaskan perasaannya apabila dia menerima ihsan murni dari pengajar berkunjungnya: ‘Saya tahu saya bukan satu nombor dalam buku rekodnya sahaja. Saya tahu dia mengambil berat tentang saya.’”2

Seperti para saudari ini, ramai Orang Suci Zaman Akhir di seluruh dunia boleh bersaksi tentang kebenaran kenyataan oleh Presiden Boyd K. Packer (1924-2015), Presiden Kuorum Dua Belas Rasul: “Betapa senang hati untuk mengetahui bahawa ke mana pun [satu keluarga] pergi, mereka akan disambut oleh satu keluarga Gereja. Semenjak hari mereka sampai, seorang lelaki akan menjadi sebahagian kuorum imamat dan seorang perempuan menjadi sebahagian Lembaga Pertolongan.”3

Nota

  1. Thomas S. Monson, “Charity Never Faileth,” Liahona, Nov. 2010, 124.

  2. Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011),119 -120.

  3. Daughters in My Kingdom 87.

Timbangkan Ini

Bagaimanakah Yesus menjadi contoh yang sempurna kasih sayang dan ihsan?