Pesanan Presidensi Utama, Oktober, 2015
Habis dengan Obor Kamu Masih Bernyala
Pada zaman purba Greece, para pelari bertanding dalam satu perlumbaan berganti-ganti yang dipanggil satu lampadedromia.1 Dalam perlumbaan itu, para pelari memegang satu obor dan hantar kepada pelari selepas mereka sehingga ahli pasukan terakhir mereka sampai ke garisan penamat.
Pasukan yang paling cepat tidak menerima hadiah—hadiah dianugerahkan kepada pasukan pertama yang habis dengan obor mereka masih bernyala.
Ini satu pengajaran yang penting, yang diajar oleh para nabi zaman purba dan para nabi zaman moden: walaupun permulaan satu perlumbaan adalah penting, tetapi adalah lebih penting untuk habis dengan obor kita masih bernyala.
Salomo Mula Dengan Kuat
Raja Salomo ialah satu contoh seorang yang bermula dengan kuat. Semasa dia muda, dia “mengasihi Tuhan dan menurut nasihat Raja Daud, ayahandanya” (1 Raja-Raja 3:3). Tuhan bergembira terhadap dia dan berfirman,“Apakah yang engkau ingin Aku berikan kepadamu?” (1 Raja-Raja 3:5).
Raja Salomo tidak minta kekayaan atau hidup panjang, dia mintakan “kebijaksanaan yang aku perlukan untuk memerintah umat-Mu dengan adil, dan supaya aku tahu membezakan yang baik daripada yang jahat“ (1 Raja-Raja 3:9).
Ini menggembirakan Tuhan dan Dia memberkati Salomo dengan kebijaksanaan dan juga kekayaan yang besar dan satu hidup yang panjang.
Walaupun Salomo sangat bijaksana dan melakukan banyak perkara baik, dia tidak habis dengan kuat. Malangnya, pada masa dia lebih tua, “Raja Salomo berdosa terhadap Tuhan” (1 Raja-Raja 11:6).
Habis Perlumbaan Kita
Berapa kali sudah kita mulakan sesuatu tetapi tidak habiskan perkara itu? Diet? Program senaman? Komitmen untuk membaca kitab suci setiap hari? Komitmen untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih baik?
Berapa kali kita buat resolusi pada bulan Januari dan bekerja dengan tekad yang kuat buat beberapa hari, beberapa minggu, mahupun beberapa bulan, tetapi nyala komitmen kita menjadi abu sejuk pada bulan Oktober?
Suatu hari saya ternampak satu gambar seekor anjing berbaring di sebelah sekeping kertas yang sudah ia koyak. Kertas itu bertulis, “Latihan Kepatuhan Anjing.”
Kadang-kala, kita seperti itu.
Kita ada niat yang baik; kita mula dengan kuat; kita ingin mencapai kejayaan. Tetapi pada akhirnya kita tinggalkan, buangkan dan lupakan resolusi kita.
Sifat manusia hendak perlahankan, gagalkan, dan kadang-kala tinggalkan perlumbaan. Tetapi sebagai pengikut Yesus Kristus, kita sudah buat komitmen tidak hanya untuk memulakan perlumbaan tetapi juga habiskan ia—dan habis dengan obor kita masih bernyala dengan terang. Juruselamat janjikan para pengikut-Nya, “Tetapi sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan” (Matius 24:13).
Sila biarkan saya memparafrasakan perjanjian Juruselamat untuk hari kini: Jika kita mematuhi perintah-perintah-Nya dan habis dengan obor kita masih bernyala, kita akan memperolehi kehidupan abadi, iaitu kurnia terbesar Tuhan (lihat A&P 14:7, juga lihat 2 Nefi 31:20).
Cahaya Yang Tidak Akan Padam
Selepas dicuba, gagal, mahupun mengaku kalah, kita menjadi patah hati dan percaya bahawa cahaya kita sudah padam dan kita sudah gagal dalam perlumbaan. Saya bersaksi bahawa Cahaya Kristus tidak boleh dipadamkan. Ia bersinar dalam malam yang paling gelap dan akan menyalakan hati kita jika kita berpaling kepada Dia (lihat 1 Raja-Raja 8:58).
Tidak kira betapa besar kegagalan kita, cahaya Kristus tetap bernyala dengan terang. Mahupun pada malam yang gelap, jika kita menghadapi Dia, cahaya-Nya akan menghapuskan bayang dan menyalakan jiwa kita.
Perlumbaan penganutan bukan satu pecutan; ia satu maraton. Tidak penting betapa cepat kita lari. Sebenarnya, kita hanya kalah jika kita mengaku kalah atau menyerah diri.
Jika kita terus berkembang dan bergerak terhadap Juruselamat kita, kita menang dengan obor kita bernyala terang.
Obor itu bukan tentang kita atau perkara yang kita lakukan.
Ia tentang Juruselamat dunia ini.
Dan Cahaya itu tidak boleh dipadamkan. Cahaya itu menyerap kegelapan, menyembuhkan kelukaan kita, dan bernyala mahupun di tengah-tengah kedukaan dan kegelapan yang hebat.
Ia satu Cahaya yang melebihi pemahaman.
Semoga setiap orang habiskan perjalanan yang sudah kita mula. Dengan bantuan Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus, kita akan habis dengan kegembiraan dan obor kita akan masih bernyala.
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/15. Kelulusan penterjemahan: 6/15. Penterjemahan First Presidency Message, October 2015. Malay. 12590 348