2015
Memarakkan Obor Kamu : Percubaan 30 Hari
Oktober 2015


Remaja

Memarakkan Obor Kamu : Percubaan 30 Hari

Bagi para remaja Gereja yang sibuk, mereka senang diikat oleh jadual, terutamanya mengenai perihal rohani. Kita membaca kitab suci, berdoa, dan menyembah dengan cara yang sama setiap hari dan kita menanya mengapa kita tidak berkembang secara rohani.

Salah satu cara paling baik untuk memastikan obor rohani kamu terus bernyala dengan terang adalah untuk memastikan bahawa kamu mengalami pengalaman rohani yang bererti. Tetapi ini bukan satu perkara yang senang, ini ialah satu cadangan untuk menolong kamu untuk terus berkembang secara rohani: Fikirkan satu kegiatan yang berhubung dengan Injil yang tidak pernah kamu lakukan (atau tidak selalu lakukan) dan bertekad untuk melakukan perkara itu setiap hari buat satu bulan. Kamu boleh bermula dengan perkara yang kecil kerana adalah lebih senang untuk membuat perubahan yang kecil kepada yang bertahan lama. Mungkin melakukan kegiatan rohani yang susah bagi kita memerlukan iman dan usaha yang lebih besar, tetapi apabila kita lakukan perkara itu, kita menjemput Roh Kudus bersama kita, dan kita tunjukkan iman yang lebih besar kepada Bapa Syurgawi dan satu niat untuk mendekati Dia. Ini adalah beberapa idea untuk bermula:

  • Buat satu matlamat untuk mengucapkan doa setiap pagi dan malam. Cuba berdoa dengan bersuara.

  • Bangun 15 minit lebih awal dan baca kitab suci sebelum sekolah.

  • Baca ucapan-ucapan persidangan umum lepas.

  • Pos ayat suci dari Kitab Mormon pada media sosial.

  • Dengar lagu rohani atau muzik Gereja untuk menggantikan muzik biasa.

Cetak