Remaja
Tindakan-tindakan Yang Membimbing Ke Kegembiraan
Presiden Eyring mengajar bahawa “kegembiraan yang kita inginkan bagi orang yang kita kasihi bergantung pada pilihan mereka.”
Kamu boleh baca tentang kesan pilihan dari contoh-contoh Nefi, Laman, dan Lemuel. Laman dan Lemuel merungut dan tidak hendak mematuhi perintah (lihat 1 Nefi 2:12). Sebagai akibat, mereka dan keturunan mereka dihukum dan disingkirkan dari kehadiran Tuhan (lihat 2 Nefi 5:20–24). Nefi pilih untuk mematuhi perintah (lihat 1 Nefi 3:7), dan sebab itu, dia dan bangsanya “hidup menurut cara kegembiraan” (2 Nefi 5:27).
Kamu boleh pilih untuk hidup secara soleh dan gembira. Tetapi orang di keliling kamu mungkin masih buat pilihan yang buruk yang mendatangkan kesengsaraan atau ketidakselesaan. Walaupun itu keputusan mereka, teladan kamu boleh mempengaruhi mereka untuk membuat pilihan baik. Bagaimana pilihan kamu boleh mendatangkan kegembiraan kepada orang lain? Berbincang bersama keluarga kamu cara-cara kamu boleh mempengaruhi orang di keliling kamu secara positif dan menolong mereka untuk merasa kegembiraan.