2016
Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia
Januari 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Januari 2016

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman ajaran tentang keluarga memberkat orang yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Pada pertemuan umum Lembaga Pertolongan 1995, apabila Presiden Gordon B. Hinckley (1910–2008) baca buat pertama kali “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia,” Bonnie L. OScarson, presiden umum Remaja Puteri, kata: “Kita bersyukur kepada dan menghargai kejelasan, kesenangan, dan kebenaran dari dokumen yang diwahyu ini. … Perisytiharan mengenai keluarga ini menjadi tanda aras kita untuk menghakim falsafah dunia, dan saya bersaksi bahawa prinsip-prinsip yang ditetapkan … adalah benar hari ini seperti pada masa ia diberikan oleh seorang nabi Tuhan hampir 20 tahun dahulu.”1

“Dari perisytiharan keluarga ,” tambah Carole M. Stephens, penasihat pertama dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan, “kita belajar bahawa, ‘Di dalam pra-fana, anak-anak rohani lelaki dan perempuan mengenali dan menyembah Tuhan sebagai Bapa Abadi mereka’2 …

“… Kita masing-masing memiliki dan diperlukan dalam keluarga Tuhan.”3

Kita hidup pada zaman apabila ibu bapa mesti melindugi rumah dan keluarga mereka. “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia” boleh membimbing kita.

Ayat-ayat Suci Tambahan

Mosia 8:16–17; Ajaran dan Perjanjian 1:38

Kisah Benar

“Lee Mei Chen Ho dari Bahagian Ketiga Tao Yuan, Pancang Tao Yuan Taiwan, kata bahawa perisytiharan ini mengajar dia bahawa perhubungan keluarga menolong untuk mengembangkan sifat-sifat ilahi seperti iman, kesabaran, dan kasih sayang. ‘Apabila saya cuba untuk memperbaiki diri sendiri mengikuti perisytiharan ini, saya boleh mencapai kegembiraan yang benar,’ dia kata.”4

Barbara Thompson, yang dalam hadiran apabila perisytiharan itu dibaca buat kali pertama dan kemudian melayan sebagai penasihat dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan, kata: “Saya fikir buat segenap masa bahawa [perisytiharan keluarga] tidak berkaitan dengan saya kerana saya belum kahiwn dan tidak beranak. Tetapi dengan segeranya saya fikir, ‘Tetapi ia berkaitan dengan saya. Saya seorang ahli satu keluarga. Saya seorang anak perempuan, seorang saudara, seorang macik, seorang sepupu, seorang anak saudara, dan seorang cucu. … Walaupun hanya saya masih hidup dalam keluarga saya, saya masih seorang ahli dalam keluarga Tuhan.’”5

Nota-nota

  1. Bonnie L. Oscarson, “Defenders of the Family Proclamation,” Liahona, Mei 2015, 14–15.

  2. “Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Nov.2010, 129.

  3. Carole M. Stephens, “The Family Is of God,” Liahona, Mei 2015, 11.

  4. Nicole Seymour, “‘The Family: A Proclamation to the World’ reaches 10-Year Milestone, Liahona, Nov. 2005, 127.

  5. Barbara Thompson, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 148.

Pertimbangkan Ini

Bagaimana “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia” satu dokumen bagi zaman kita?