2016
Kegembiraan Bagi Orang Yang Kita Kasihi
Januari 2016


Pesanan Presidensi Utama, Januari 2016

Kegembiraan Bagi Orang Yang Kita Kasihi

Kita semua inginkan kegembiraan bagi orang yang kita kasihi, dan kita inginkan sesedikit kepahitan yang semungkin bagi mereka. Semasa kita baca cerita mengenai kegembiraan—dan kepahitan—dalam Kitab Mormon, hati kita tersentuh semasa kita fikir tentang orang yang kita kasihi. Berikut ialah satu cerita benar mengenai kegembiraan:

“Dan terjadilah bahawa tidak ada pertikaian di negeri itu, kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.

“Dan tidak ada kedengkian, dan juga pertikaian, dan juga pergaduhan, dan juga pelacuran, dan juga dusta, dan juga pembunuhan, dan juga pelbagai jenis kegasangan nafsu apa pun; dan sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.”

Kemudian kita baca:

“Dan betapa diberkatinya mereka! Kerana Tuhan memberkati mereka dalam segala perbuatan mereka; ya, bahkan mereka diberkati dan dimakmurkan sehingga seratus sepuluh tahun telah berlalu; dan generasi pertama sejak Kristus telah meninggal dunia, dan tidak ada pertikaian di atas seluruh negeri tersebut” (4 Nefi 1:15–16, 18).

Pengikut Kristus yang penyayang berdoa dan berusaha demi berkat-berkat tersebut bagi orang lain dan bagi diri sendiri. Dari cerita-cerita Kitab Mormon dan, bagi kebanyakan kita, dari pengalaman diri sendiri, kita tahu bahawa kurnia kegembiraan boleh dicapai. Kita tahu bahawa jalan ke kegembiraan ditanda dengan jelas. Kita juga tahu bahawa untuk mengekalkan kegembiraan adalah tidak mudah kecuali, “kasih sayang Tuhan” berada dalam hati kita, seperti bangsa Nefi selepas kunjungan Juruselamat.

Kasih sayang itu berada dalam hati bangsa Nefi kerana mereka mematuhi hukum yang membolehkan itu terjadi. Ringkasan hukum itu didapati dalam doa sakramen, yang bermula dengan satu rayuan yang tulus ikhlas kepada Bapa Syurgawi kita yang penyayang. Kita berdoa dengan hati penuh beriman, dan dengan satu kasih sayang yang mendalam kepada Juruselamat peribadi kita. Kita membuat komitmen dengan niat benar untuk mengambil ke atas diri nama-Nya, untuk mengingati-Nya, dan untuk mematuhi semua perintah-Nya. Dan akhirnya, kita beriman bahawa Roh Kudus, ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan, akan bersama kita selalunya, bersaksi kepada kita tentang Bapa dan Putera-Nya. (Lihat A&P 20:77, 79.)

Dengan temanan Roh Kudus, hati kita boleh ubah supaya kita inginkan dan mengalu-alukan kasih sayang Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus. Cara untuk memperolehi kasih sayang Tuhan dalam hati kita adalah senang, begitu juga cara untuk menghilangkan kasih sayang itu dalam hati kita. Sebagai contoh, seseorang boleh memilih untuk kurang berdoa kepada Bapa Syurgawi atau tidak bayar persepuluhan yang penuh atau henti mengaji firman Tuhan atau tidak mempedulikan orang yang miskin dan yang berkeperluan.

Apa pun pilihan untuk tidak mematuhi perintah Tuhan boleh mengakibatkan Roh menarik balilk dari hati kita. Dengan kehilangan ini, kegembiraan juga hilang.

Kegembiraan yang kita inginkan bagi orang yang kita kasihi bergantung pada pilihan mereka. Walau betapa banyak kita menyayangi seorang kanak-kanak, seorang penyelidik, atau rakan kita, kita tidak boleh memaksa mereka untuk mematuhi perintah supaya mereka boleh berkelayakan Roh Kudus untuk menyentuh dan mengubah hati mereka.

Jadi, cara yang paling baik untuk menolong ialah perkara yang membimbing orang yang kita kasihi untuk membuat pilihan dengan berhati-hati. Alma buat demikian dengan satu jemputan yang boleh kamu berikan:

“Tetapi bahawa kamu akan merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, dan memanggil nama kudus-Nya, dan berjaga dan berdoa secara berterusan, agar kamu tidak digoda melebihi apa yang dapat kamu tanggung, dan dengan demikian dituntun oleh Roh Kudus, menjadi rendah hati, lembut hati, peserah, sabar, penuh dengan kasih dan segala panjang sabar;

“Memiliki iman kepada Tuhan; mempunyai harapan bahawa kamu akan menerima kehidupan abadi; memiliki kasih Tuhan selalu dalam hatimu, agar kamu boleh diangkat pada hari terakhir dan masuk ke dalam peristirahatan-Nya” (Alma 13:28–29).

Saya berdoa semoga orang yang kamu kasihi akan menerima jemputan yang terilham untuk memilih jalan terhadap kegembiraan kekal.

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Eyring mengajar bahawa kegembiraan yang kita rasa dalam kehidupan bergantung pada keputusan yang kita buat. Semasa kamu berbincang tentang pesanan ini, menimbang untuk berfokus pada perkara-perkara yang disebut oleh Presiden Eyring yang boleh kita lakukan (seperti berdoa, berusaha, beriman, dan buat komitmen kepada diri sendiri dengan niat benar) untuk membimbing kita ke jalan kegembiraan. Kamu boleh jemput orang yang kamu ajar untuk tuliskan dua atau tiga tindakan yang mereka ingin ambil yang boleh mengarah mereka ke “jalan terhadap kegembiraan kekal.”