Remaja
Asas untuk Kesaksian Saya
Pengarang ini tinggal di Idaho, Amerika Syarikat.
Semasa saya berumur 16 tahun, seorang kawan datang ke rumah kami dengan dua orang mubaligh. Dalam masa sebulan perbincangan pertama, semua soalan saya dijawab dengan jelas. Saya berasa Roh Kudus bersaksikan kebenaran tentang pesanan mengenai Pemulihan. Ia bukan seperti apa-apa yang saya pernah rasa, dan saya tahu semuanya benar.
Tetapi, saya mengalami lebih banyak penolakan dan penentangan daripada dahulu. Saya rasa keseorangan, letih, dan keliru. Jika saya melakukan perkara yang benar, mengapa saya menemui banyak kesusahan? Saya tidak dapat memahami bagaimana dugaan adalah kebaikan untuk saya. Para mubaligh mengajar saya untuk berpuasa dan berdoa, walaupun pada masa tengah hari waktu persekolahan Apabila keadaan menjadi semakin sukar saya mencurahkan hati saya dan serta-merta berasa tenang daripada Roh.
Minggu pembaptisan saya penuh dengan dugaan. Bos saya mengancam untuk memecat saya jika saya tidak ponteng pembaptisan saya untuk menggantikan seseorang, saya juga masuk hospital dengan karang ginjal, dan ibu bapa saya meminta saya meninggalkan rumah kami. Dengan banyak perkara yang di luar kawalan saya, satu perkara yang mampu saya dapat lakukan ialah beralih kepada Tuhan.
Setiap dugaan itu berubah untuk menjadi manfaat saya. Mereka membantu saya belajar tentang asas-asas Injil, yang menyediakan landasan untuk kesaksian saya.