2016
Mendarat dengan Selamat dalam Pergolakan
Februari 2016


Pesanan Presidensi Utama, Februari 2016

Mendarat dengan Selamat dalam Pergolakan

Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Tidak lama dahulu isteri saya, Harriet, dan saya berada di lapangan terbang sambil melihat kapal terbang yang mengagumkan mendarat. Ia hari berangin, dan tiupan angin teruk menggegarkan pesawat udara yang tiba, menyebabkan setiap pesawat udara untuk menyimpang dan bergetar semasa pendekatannya.

Apabila kami memperhatikan perjuangan ini antara alam semula jadi dengan mesin, ingatan saya kembali ke latihan penerbangan diri saya dan prinsip-prinsip yang saya belajar di sana—dan kemudian mengajarnya kepada juruterbang lain yang masih berlatih.

“Jangan melawan alat-alat kawalan semasa keadaan gelora,” saya pernah memberitahu mereka. “Bertenang; janganlah bertindak balas berlebihan. Pastikan mata kamu memperhatikan pusat landasannya. Jika kamu menyimpang daripada arah lintasan yang diinginkan, lakukan pembetulan yang pantas tetapi juga diukur. Percaya potensi kapal terbang kamu. Biarkan melalui keadaan gelora.”

Juruterbang berpengalaman memahami bahawa mereka tidak selalu dapat mengawal perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka cuma tidak dapat padamkan keadaan gelora. Mereka tidak dapat menjadikan hujan atau salji lenyap. Mereka tidak dapat menyebabkan angin berhenti bertiup atau mengubah arahnya.

Tetapi mereka juga faham bahawa adalah silap untuk takut pada keadaan gelora atau angin kuat—dan terutamanya apabila menjadi kaku daripadanya. Cara untuk mendarat dengan selamat ketika keadaan kurang baik adalah untuk berada pada jalan betul sesempurna yang mungkin.

Semasa saya melihat sebuah kapal terbang selepas yang lain melakukan pendekatan akhirnya dan mengingat kembali prinsip dipelajari dari bertahun-tahun saya sebagai seorang juruterbang, saya bertanyakan diri jika tiada pelajaran dari ini untuk kehidupan harian kita.

Kita tidak selalu dapat mengawal ribut yang hidup letakkan di jalan kita. Kadang-kadang perkara tidak mengikut kehendak kita. Kita mungkin berasa bergetar dan ditiup oleh pergolakan kekecewaan, keraguan, ketakutan, kesedihan, ataupun tekanan.

Semasa waktu ini, mudahya untuk terbelenggu dalam semua hal yang menjadi tidak kena dan menjadikan kesusahan kita sebagai pusat dalam fikiran kita. Godaan ini adalah untuk menumpukan perhatian pada dugaan yang kita hadapi, daripada Juruselamat dan kesaksian kita tentang kebenaran.

Tetapi ini bukan cara terbaik untuk mengemudikan melalui cabaran kita dalam kehidupan.

Seperti juruterbang berpengalaman tidak menumpukan perhatiannya pada ribut, tetapi pada pusat landasan dan titik mendarat yang betul, jadi kita juga harus menumpukan pada pusat iman kita—Juruselamat kita, Injil-Nya, dan rancangan Bapa Syurgawi kita—dan pada matlamat utama kita—untuk kembali dengan selamat kepada destinasi syurgawi kita. Kita harus percaya Tuhan dan menjadikan tetap pada jalan penganutan sebagai fokus usaha kita. Kita harus mengarah mata, hati, dan fikiran kita dengan berfokus pada cara yang kita tahu kita perlu.

Menunjukkan iman kita dan kepercayaan kepada Bapa Syurgawi dengan mematuhi perintah-Nya dengan gembira akan membawa kita kegembiraan dan kemuliaan. Dan jika kita tetap di jalannya, kita akan melalui apa-jua pergolakan—tidak kira berapa kuat rupanya—dan kembali dengan selamat ke rumah syurgawi kita.

Sama ada langit di sekeliling kita jelas atau penuh dengan awan yang mengancam, sebagai pengikut Yesus Kristus, kita mencari kerajaan Tuhan dan kesolehan-Nya dahulu, mengetahui bahawa jika kita melakukannya, semua hal lain yang kita perlukan akan akhirnya diberikan (lihat Matius 6:33).

Betapa pentingnya pelajaran hidup ini!

Semakin kita berfikir pada kesusahan kita, perjuangan kita, keraguan kita, semakin sukar keadaan akan jadi. Tetapi semakin kita menumpukan pada destinasi akhir syurgawi kita dan pada kebahagiaan dari mengikut jalan penganut—mengasihi Tuhan, melayan jiran kita—semakin kita akan berjaya dengan mengemudikan melalui masa kesusahan dan pergolakan.

Kawan yang dikasihi, tidak kira berapa kuatnya angin dalam kewujudan fana kita menderu di sekeliling kita, Injil Yesus Kristus akan selalu menawarkan jalan terbaik untuk mendarat dengan selamat di kerajaan Bapa Syurgawi kita.

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Uchtdorf menasihatkan kita untuk “mempercayai Tuhan dan menjadikan tetap di jalan penganutan sebagai fokus usaha kita.” Pertimbangkan untuk menanya orang yang anda ajar bagaimana mereka telah terus menumpukan “pada destinasi akhir syurgawi kita dan pada kebahagiaan dalam mengikuti jalan penganut” pada masa ketika mereka menghadapi dugaan. Anda mungkin menjemput mereka untuk memikirkan cara-cara yang mereka boleh fokus pada kesakisan mereka dan pada Kristus semasa dalam kesusahan dan untuk membuat keputusan dan berdoa bagaimana melaksanakan satu atau lebih dari idea-idea tersebut dalam kehidupan mereka.