2016
Perkahwinan Ditahbiskan oleh Tuhan
Februari 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2016

Perkahwinan Ditahbiskan oleh Tuhan

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman “Keluarga: Suatu Pengisytiharan kepada Dunia” akan meningkatkan iman anda dengan Tuhan dan memberkati orang yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Para nabi, rasul, dan pemimpin terus “dengan sungguh-sungguh mengisytiharkan bahawa perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita adalah ditahbiskan oleh Tuhan dan bahawa keluarga adalah pusat dalam rancangan Pencipta.”1

Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Keluarga yang dibina pada perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita menyediakan keadaan yang terbaik untuk kejayaan rancangan Tuhan. …

“… Bukanlah kita ataupun orang fana lain boleh mengubah perintah perkahwinan ilahi ini.”2

Bonnie L. Oscarson, presiden umum Remaja Puteri berkata: “Setiap orang, tak peduli status perkahwinan ataupun jumlah anak, boleh menjadi pembela rancangan Tuhan yang dihuraikan dalam perisytiharan keluarga. Jikalau ianya rancangan Tuhan, ia seharusnya juga menjadi rancangan kita!3

Elder Christofferson meneruskan: “Ada di antara kamu yang tidak peoleh berkat perkahwinan kerana sebab-sebab yang termasuk tiada calon,yang layak, tarikan sama jantina, kelemahan jasmani atau mental, atau hanya takuti kegagalan. … atau kamu telahpun berkahwin, tetapi perkahwinan itu telah berakhir. … Ada di antara kamu yang sudah berkahwin tidak dapat melahirkan anak. …

“Walaupun demikian, … semua boleh menyumbang kepada perkembangan rancangan yang ilahi di setiap generasi.”4

Ayat-ayat Suci Tambahan

Kejadian 2:18–24; 1 Korintus 11:11; Ajaran dan Perjanjian 49:15–17

Cerita Hidup

Brother Larry M. Gibson, bekas penasihat pertama dalam presidensi umum Remaja Putera, teringat apabila Shirley, isterinya sekarang, berkata:

“‘Saya mengasihi kamu kerana saya tahu bahawa kamu mengasihi Tuhan lebih daripada kamu mengasihi saya.’ …

“Jawapan itu tersemat di dalam hati saya. …

“… [Dan] saya ingin agar dia selalu berasa bahawa saya mengasihi Tuhan lebih daripada semua yang lain.”5

Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajar: “Tuhan Yesus Kristus ialah tumpuan utama dalam perjanjian di dalam hubungan perkahwinan. … [Bayangkan bahawa] Juruselamat diletakkan di atas puncak [a] segi tiga, dengan seorang perempuan di bawah satu sudut dan seorang lelaki di sudut lain. Sekarang pertimbangkan apa terjadi di dalam hubungan antara lelaki dengan perempuan semasa mereka semakin “datang kepada Kristus” secara individu dan mencuba “disempurnakan di dalam Dia’ (Moroni 10:32). Disebabkan dan melalui Penebus, lelaki dan wanita datang lebih dekatnya bersama-sama.”6

Nota-nota

  1. “Keluarga: Satu Pengisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Nov.2010, 129.

  2. D. Todd Christofferson, “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga,” Liahona, Mei 2015, 52.

  3. Bonnie L. Oscarson, “Pembela Perisytiharan Keluarga,” Liahona, Mei 2015, 15.

  4. D. Todd Christofferson, “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga,” 52.

  5. Larry M. Gibson, “Fulfilling Our Eternal Destiny,” Ensign, Feb. 2015, 21–22.

  6. David A. Bednar, “Marriage Is Essential to His Eternal Plan,” Liahona, June 2006, 54.

Pertimbangkan Ini

Bagaimana saya semakin mencuba “datang kepada Kristus” secara individu?