2016
Taat kepada Iman Mereka
Julai 2016


Remaja

Taat kepada Iman

Presiden Monson menceritakan sebuah kisah tentang satu keluarga perintis dan kemudiannya memetik Presiden George Albert Smith: “Adakah anda akan hidup taat kepada iman moyang anda?” … Berusahalah untuk layak kepada pengorbanan yang [mereka] telah lakukan untuk anda.” Sama ada anda mempunyai keturunan perintis atau generasi pertama dalam Gereja, adakah anda mencari contoh iman untuk panduan dan kekuatan? Ini adalah cara bagus untuk anda mula:

1. Buat satu senarai tentang orang yang anda kagumi. Mereka boleh datang daripada ahli keluarga anda (dahulu atau sekarang), kawan, ahli Gereja, atau orang dalam tulisan suci.

2. Tuliskan kualiti yang mereka punyai yang anda suka. Adakah ibu anda seorang penyabar? Mungkin kawan anda berhati baik kepada orang lain. Mungkin anda suka keberanian Kapten Moroni.

3. Pilih satu kualiti daripada senarai anda dan tanya diri sendiri, “Bagaimana saya boleh mendapat kualiti ini? Apa yang perlu saya lakukan untuk membangunkan ini dalam hidup saya?”

4. Tuliskan pelan-pelan anda dalam membangunkan kualiti ini dan letakkannya di satu tempat yang anda akan selalu lihat, untuk mengingatkan anda tantang matlamat anda. Berdoa untuk pertolongan Bapa Syurgawi dan periksa kemajuan anda dengan kerap. Apabila anda telah membangunkan kualiti ini dengan cukup, anda boleh memilih kualiti baru untuk dibangunkan.

Ingatlah apabila kita membangunkan kualiti dalam diri kita, kita bukan sahaja menghormati iman moyang kita dan pengorbanan yang mereka lakukan, tetapi kita juga boleh menjadi pengaruh untuk kebaikan kepada mereka di sekeliling kita.

Cetak