2016
Potensi Kita untuk Keibubapaan
Julai 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Julai 2016

Potensi Kita untuk Keibubapaan

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” meningkatkan iman anda kepada Tuhan dan memberkati mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Ia adalah penting bahawa anak roh Tuhan mempunyai kelahiran fana dan peluang untuk maju ke arah kehidupan abadi,” kata Elder Dallin H. Oaks Kuorum Dua Belas Rasul. “Di dalam cahaya tentang sebab utama pelan kegembiraan, Saya percaya bahawa harta paling muktamad dalam dunia dan di syurga adalah kanak-kanak kita dan generasi kita.”1

Elder Neil L. Andersen dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata:

“Kami percaya dalam keluarga, dan kami percaya dalam kanak-kanak. …

“‘… Kemudian Dia memberkati [Adam dan Hawa], dan berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai, anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi’[Kejadian 1:28]. …

“Perintah ini tidak dilupai atau diketepikan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.”2

Walaupun bukan kita semua boleh menjadi ibubapa dalam hidup ini, kita boleh memupuk kanak-kanak dalam apa jua usia. Kita menikmati berkat menjadi sebahagian daripada keluarga Bapa Syurgawi, dan kita mengalami kegembiraan dan cabaran dalam menjadi sebahagian keluarga itu. Dan untuk ramai, keibubapaan menunggu mereka di keabadian yang akan datang.

Ayat-ayat Suci Tambahan

Mazmur 127:3; Matius 18:3-5; 1 Nefi 7:1; Musa 5:2-3

Kisah Benar

“Banyak suara dalam dunia hari ini meminggirkan kepentingan untuk mempunyai anak-anak atau mencadangkan untuk melambatkan atau mengehadkan anak-anak dalam sebuah keluarga,” kata Elder Andersen. Anak perempuan saya baru-baru ini merujukkan saya kepada satu blog oleh seorang ibu Kristian (bukan dari iman kita) dengan lima orang anak. Dia berkata:’[Membesar] dalam budaya ini, ia adalah amat susah untuk mendapat perspektif prinsip alkitab tentang keibubapaan. … Kanak-kanak di bawah pangkat kolej. Semestinya di bawah melancong ke seluruh dunia. Di bawah keupayaan untuk keluar waktu malam untuk waktu lapang sendiri. Di bawah mengasah badan di gim. Di bawah sebarang pekerjaan yang kamu punyai atau harap untuk dapat.’ Dia kemudian menambah: ‘Menjadi Ibu bukan satu hobi, ia adalah satu panggilan. Kamu tidak mengumpul anak-anak sebab kamu fikir mereka lebih comel daripada setem. Ia bukan satu perkara yang kamu lakukan jika kamu ada masa. Ia adalah sebab Tuhan berikan kamu masa.”3

Nota

  1. Dallin H. Oaks, “The Great Plan of Happiness,” Ensign, Nov. 1993, 72, 75.

  2. Neil L. Andersen, “Children,” Liahona, Nov. 2011, 28.

  3. Neil L. Andersen, “Children,” 28.

Pertimbangkan Ini

Dalam cara apakah keluarga duniawi kita seperti keluarga syurgawi kita?