Pesanan Presidensi Utama, Julai 2016
Taat Kepada Iman Moyang Kita
John Linford berumur 43 apabila dia dan isterinya, Maria, dan tiga anak lelakinya membuat keputusan untuk meninggalkan rumah mereka di Gravely, England, untuk membuat perjalanan beribu-ribu batu untuk menyertai Orang Suci di lembah Great Salt Lake. Mereka meninggalkan anak lelaki mereka yang keempat, yang sedang melayani misi, menjual semua yang mereka ada, dan menaiki kapal di Liverpool bernama Thornton.
Perjalanan mereka ke Kota New York melalui laut, kemudian melalui darat ke Iowa, berjalan dengan lancar. Masalah bermula, apabila keluarga Linford dan Orang Suci yang lain yang belayar bersama dengan Thornton meninggalkan Bandar Iowa pada Julai 15,1856, sebagai sebahagian daripada kumpulan kereta tolak James G. Willie.
Cuaca yang teruk dan perjalanan yang sukar membawa kesan kepada ramai dalam kumpulan tersebut, termasuk John. Dia kemudiannya menjadi sangat sakit dan lemah dan harus ditarik di dalam kereta tolak. Apabila kumpulan tersebut sampai di Wyoming, keadaanya sudah merosot dengan ketara. Satu kumpulan pasukan penyelamat dari Salt Lake City tiba pada 21 Oktober, hanya beberapa jam selepas perjalanan fana John berakhir. Dia meninggal awal pagi itu berdekatan dengan tebing Sungai Sweetwater.
Adakah John menyesal sebab dia telah meninggalkan keselesaan dan kesenangan untuk pergelutan, kemelaratan dan kesusahan untuk membawa keluarga dia ke Sion?
“Tidak, Maria,” dia memberitahu isterinya sebelum dia meninggal dunia. “Saya gembira kita datang. Saya tidak akan hidup untuk sampai ke Salt Lake, tetapi kamu dan anak-anak lelaki kita akan sampai, dan saya tidak menyesal semua yang kita telah tempuhi jika anak-anak lelaki kita boleh membesar dan berkeluarga di Sion.”1
Maria dan anak-anak lelakinya menyelesaikan perjalanan itu. Apabila Maria meninggal dunia hampir 30 tahun kemudian, dia dan John meninggalkan satu legasi iman, pelayanan, kebaktian dan pengorbanan.
Untuk menjadi seorang Orang Suci Zaman Akhir adalah untuk menjadi seorang perintis, kerana definisi seorang perintis adalah “seorang yang pergi dulu untuk menyediakan atau membuka jalan untuk diikuti orang lain.” Dan untuk menjadi perintis adalah untuk mengetahui pengorbanan. Walaupun ahli Gereja tidak lagi diminta untuk meninggalkan rumah mereka untuk membuat perjalanan ke Sion, mereka selalunya mesti meninggalkan tabiat lama, adat lama dan kawan-kawan yang dihargai. Ada yang mengambil keputusan yang menyeksakan untuk meninggalkan ahli keluarga yang menentang keahlian Gereja mereka. Tetapi, Orang Suci Zaman Akhir bergerak ke hadapan, berdoa supaya mereka yang berharga akan memahami dan menerima.
Jalan seorang perintis tidak senang, tetapi kita mengikuti jejak langkah perintis paling muktamad—iaitu—Juruselamat, yang telah pergi dulu, menunjukkan kita jalan untuk diikuti.
“Ikutlah Aku,”3 Dia menjemput.
“Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup,”4 Dia mengisytiharkan.
“Datang, kepada-Ku.”5 Dia panggilkan.
Jalan itu boleh menjadi mencabar. Ada orang mendapati bahawa ia adalah susah untuk menahan ejekan dan kata-kata hina dari orang yang tidak bijaksana yang mencemuhkan kemurnian, kejujuran, dan kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan. Dunia ini selalu memperkecilkan kepatuhan kepada prinsip. Bila Nuh diarah untuk membina satu bahtera, penduduk dunia yang bodoh melihat ke langit yang tidak berawan dan kemudiannya mengejek dan mencemuh—sehingga hujan turun.
Di benua Amerika beberapa abad yang lalu, orang ramai ragu-ragu, bergaduh, mengingkari sehingga api menelan Zarahemla, tanah menutupi Moroniha dan air melanda Moroni. Ejekan, kutukan, bahasa kasar, dan dosa tidak ada lagi. Mereka telah digantikan oleh kesenyapan muram dan kegelapan padat. Kesabaran Tuhan sudah tamat tempoh, jadual-Nya ditepati.
Maria Lindford tidak pernah hilang imanya walaupun dengan penganiayaan di England, kesusahan perjalanan ke “tempat di mana Tuhan … sediakan,”6 dan cubaan berikutnya yang dia tempuhi untuk keluarga dia dan untuk Gereja.
Di upacara tepi kubur pada tahun 1937 yang didedikasikan kepada memori Maria, Elder George Albert Smith (1870–1951) menanya keturunan Maria: “Adakah anda akan hidup taat kepada iman moyang anda?” … Berusahalah untuk layak kepada pengorbanan yang [mereka] telah lakukan untuk anda.”7
Apabila kita berusaha membina Sion dalam hati kita, dalam rumah kita, dalam masyarakat kita, dan negara kita, ingatlah keberanian tegas dan iman kekal mereka yang memberi semua yang mereka ada supaya kita boleh menikmati berkat Injil yang dipulihkan, dengan harapan dan janjinya melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
© 2016 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan First Presidency Message, July 2016. Malay. 12867 348