2016
Kongsi Kebahagiaan Abadi
Ogos 2016


Remaja

Kongsi Kebahagiaan Abadi

Salah satu perkara paling baik tentang Injil ialah pengetahuan rancangan keselamatan. Kita berpeluang untuk hidup bersama keluarga kita secara abadi. Pengetahuan itu menolong kita untuk mempunyai harapan apabila kita ditenggelami dunia. Presiden Eyring mengajar, “Bapa Syurgawi kita mengenali hati kita. Tujuan-Nya adalah untuk memberikan kita kebahagiaan (lihat 2 Nefi 2:25). Jadi, Dia berikan kurnia Putera-Nya untuk membolehkan kebahagiaan ikatan keluarga yang abadi. … Ini satu kurnia yang boleh dituntut oleh setiap anak Tuhan yang datang ke dunia ini.”

Berkat itu boleh terjadi kepada kita yang masih hidup dan juga kepada mereka yang sudah meninggal—tetapi hanya melalui bantuan kita. Nenek-moyang kita berada d dunia roh sekarang, menunggu penyediaan nama mereka agar tatacara-tatacara bait suci bagi pihak mereka boleh dilakukan. Tetapi kadangkala adalah susah untuk melakukan kerja itu untuk mereka. Mungkin kita terlalu sibuk, atau kita tinggal jauh dari bait suci untuk menghadirinya selalu.

Mujurnya, ada cara lain kita boleh menolong nenek-moyang kita, seperti kerja sejarah keluarga, indeks, atau menjaga adik kita semasa ibu bapa pergi ke bait suci. Dengan menolong, kita melayan Tuhan dan mendatangkan harapan keluarga abadi kepada mereka yang di sebelah tirai.

Cetak