Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2016
Bersama-sama Memupuk Keluarga
Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman “Suatu Perisytiharan kepada Dunia” boleh meningkatkan iman anda kepada Tuhan dan memberkati mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Seorang “ suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang penting untuk menyayangi dan menjaga satu sama lain dan anak-anak mereka.”1 “Keluarga ialah makmal kasih sayang dan pelayanan Tuhan,” kata Presiden Russell M. Nelson, Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.
“Bapa Syurgawi kita ingin suami dan isteri setia terhadap satu sama lain dan memandang serta melayan anak-anak mereka sebagai warisan dari Tuhan.”2
Dalam Kitab Mormon, Yakub kata bahawa kasih sayang suami terhadap isteri, dan kasih sayang isteri terhadap suam,i dan kasih sayang mereka terhadap anak-anak mereka ialah sebab-sebab pada suatu masa bangsa Laman lebih soleh daripada bangsa Nefi (lihat Yakub 3:7).
Salah satu cara terbaik untuk menjemput kasih sayang dan harmoni ke dalam rumah kita adalah berbudi bahasa dengan ahli-ahli keluarga kita. Tuturan yang berbudi bahasa mendatangkan Roh Kudus. Sister Linda K. Burton, presiden umum Lembaga Pertolongan, meminta kita untuk menimbangkan berikut: “Seberapa sering kita dengan sengaja ‘bertutur kata yang baik terhadap satu sama lain’?”3
Ayat-ayat Suci Tambahan
Kisah Benar
Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul kongsikan satu pengalaman zaman kanak yang menekankan kepentingan keluarga yang saling mengasihi. Ketika dia dan adik-beradiknya masih kecil, ibu mereka melalui satu pembedahan penyakit barah besar yang mengakibatkan lengan kanannya terlalu sakit untuk digunakan. Keluarga yang terdiri daripada anak-anak lelaki, terdapat banyak penyeterikaan namun semasa dia menyeterika, dia sering berhenti dan masuk ke bilik tidur untuk menangis sehinggalah kesakitan itu hilang.
Apabila bapa Elder Christofferson sedari apa yang berlaku, dia dengan diam tidak makan makan tengahari selama hampir satu tahun untuk menjimatkan duit untuk membeli satu mesin yang menyenangkan kerja menyeterika. Kerana kasih sayangnya terhadap isteri, dia menjadikan satu teladan pemupukan keluarga bagi anak-anak lelakinya. Elder Christofferson berkata tentang interaksi halus ini, “Pada masa itu, saya tidak sedar tentang korban dan tindakan kasih sayang bapa saya untuk ibu, tetapi sekarang saya tahu, saya kata kepada diri sendiri, ‘Inilah seorang lelaki yang benar.’”4
© 2016 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan Visiting Teaching Message, August 2016. Malay 12868 348