Pesanan Presidensi Utama, Ogos 2016
Harapan Kasih Sayang Keluarga Abadi
Di antara semua kurnia yang sudah diberikan oleh Bapa Syurgawi kepada anak-anak-Nya, yang paling bernilai ialah kehidupan abadi (lihat A&P 14:7). Kurnia itu adalah untuk hidup dalam kehadiran Tuhan Bapa dan Putera Terkasih-Nya dalam keluarga buat selama-lamanya. Hanya dalam kerajaan Tuhan tertinggi, iaitu selestial, ikatan kasih sayang kehidupan keluarga boleh berterusan.
Kita semua berharap untuk mencapai kebahagiaan kehidupan keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Bagi sesetengah orang, itu ialah satu perasaan yang belum kita alami—satu perasaan yang kita tahu adalah munasabah tetapi belum berlaku. Mungkin kita sudah lihat ia dalam kehidupan orang lain. Bagi yang lain, kasih sayang keluarga nampaknya lebih benar dan berharga apabila kematian mengasingkan kita daripada seorang anak, seorang ibu, seorang bapa, seorang abang, seorang kakak, seorang adik, atau seorang datuk atau nenek yang terkasih.
Kita semua pernah berharapan bahawa pada suatu hari nanti kita boleh merasa kasih sayang ahli keluarga yang kami sayangi yang sangat kami rindui sekarang.
Bapa Syurgawi kita mengetahui hati kita. Tujuan-Nya adalah untuk memberikan kita kebahagiaan (lihat 2 Nefi 2:25). Jadi, Dia berikan kurnia Putera-Nya untuk membolehkan kebahagiaan ikatan keluarga yang abadi. Oleh kerana Juruselamat memecahkan ikatan kematian, kita semua akan dibangkitkan. Oleh kerana Dia menebuskan dosa-dosa kita, kita boleh bertaubat dengan beriman, menjadi layak untuk memasuki kerajaan selestial, di mana keluarga diikat dalam kasih sayang buat selama-lamanya.
Juruselamat hantar Nabi Elia kepada Joseph Smith untuk memulihkan kunci-kunci imamat (lihat A&P 110). Kunci-kunci itu bawakan kuasa pemeteraian, satu kurnia Tuhan ternilai kepada anak-anak-Nya—kehidupan abadi dalam ikatan keluarga buat selama-lamanya.
Ini satu kurnia yang boleh dituntut oleh setiap anak Tuhan yang datang ke dunia ini. Satu seketiga anak-anak Roh-Nya menolak kurnia-Nya dalam dunia prafana. Kerana mereka kekurangan iman dan kemudian memberontak, mereka memilih untuk tidak mengetahui kebahagiaan keluarga abadi dari kurnia Bapa Syurgawi.
Bagi kita yang sudah lulus ujian dalam dunia prafana dan berlayak untuk menerima kurnia tubuh badan fana, kita masih boleh pilih kehidupan abadi. Jika kita telah diberkati untuk mendapati Injil yang sudah dipulihkan, kita boleh pilih untuk membuat dan menjaga perjanjian-perjanjian dengan Tuhan untuk melayakkan kehidupan abadi kepada kita. Jika kita bertahan dalam keimanan itu, Roh Kudus akan mengesahkan harapan dan keyakinan kita bahawa kita berada pada jalan yang menuju ke kehidupan abadi, untuk hidup dalam keluarga selama-lamanya dalam kerajaan selestial.
Bagi sesetengah orang, kebahagiaan abadi itu tampak malap mahupun beransur hilang. Para ibu bapa, anak-anak, adik-beradik mungkin telah membuat pilihan yang seakan menghalang mereka untuk mencapai kehidupan abadi. Anda mungkin juga tertanya-tanya sama ada anda telah layak melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
Seorang nabi Tuhan telah memberikan saya nasihat yang mendatangkan keamanan. Saya telah berasa risau atas pilihan-pilihan orang lain yang mungkin menghalang keluarga kami untuk bersama buat selama-lamanya. Dia berkata, “Kamu risau tentang masalah yang salah. Kamu hanya harus hidup berkelayakan kerajaan selestial, dan situasi keluarga kamu akan lebih bahagia daripada apa yang boleh kamu gambarkan.”
Kepada semua yang berpengalaman peribadi atau perkahwinan serta anak-anak—atau ketiadaan perkara itu—yang melenyapkan harapan, saya berikan kesaksian saya: Bapa Syurgawi mengetahui anda dan menyayangi anda sebagai anak rohani-Nya. Ketika anda bersama Dia dan Putera Terkasih-Nya sebelum kehidupan ini, Mereka telah pun letak dalam hati anda harapan kehidupan abadi. Dengan kuasa Penebusan Yesus Kristus dan pimpinan Roh Kudus, anda boleh rasa sekarang dan kemudian dalam dunia yang akan datang, kasih sayang keluarga yang Bapa dan Putera Terkasih-Nya hendak anda terima.
Saya bersaksi bahawa semasa anda hidup berlayak kerajaan selestial, janjian nabi bahawa “situasi keluarga kamu akan lebih bahagia daripada apa yang boleh kamu gambarkan” akan menjadi benar bagi kamu.
© 2016 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di AS. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan First Presidency Message, August 2016. Malay 12868 348