2016
Api dan Pengajaran Kepatuhan
Oktober 2016


Remaja

Api dan Pengajaran Kepatuhan

Presiden Thomas S. Monson pernah memberitahu tentang masa dia mempelajari kepentingan kepatuhan. Ketika dia berumur lapan tahun, keluarganya melawat kabin mereka di pergunungan. Dia dan kawannya hendak membersihkan tempat yang berumput untuk unggun api. Mereka cuba untuk membersihkan rumput dengan tangan, menarik dan merenggut sekuat yang boleh, tetapi mereka hanya dapat segelintir rumpai. Presiden Monson menjelaskan, “Kemudian saya fikir saya telah memikirkan satu penyelesaian sempurna dalam minda lapan tahun saya. Saya berkata kepada Danny, “Apa yang kita perlu lakukan adalah membakar rumpai ini. Kita hanya perlu membakar sebuah bulatan pada rumpai ini!”

Walaupun dia tahu bahawa dia tidak dibenarkan untuk menggunakan mancis, dia berlari ke kabin untuk mendapatkan mancis, dan kemudian dia dan Danny membakar api yang kecil di tempat berumput itu. Mereka menjangka bahawa ia akan memadam sendiri, tetapi sebaliknya ia berkembang menjadi api yang besar dan berbahaya. Dia dan Danny berlari untuk mendapatkan bantuan, dan tidak lama kemudian orang dewasa bergegas datang untuk memadamkan api sebelum ia sampai ke pokok-pokok.

Presiden Monson bersambung, “Danny dan saya mempelajari beberapa pengajaran yang sukar tetapi penting pada hari itu—tidak terkecuali daripadanya adalah kepentingan kepatuhan.” (Lihat “Kepatuhan Datangkan Berkat,” Liahona, Mei 2013, 89–90.)

Seperti Presiden Monson, adakah anda pernah mempelajari satu pengajaran mengenai kepatuhan dalam cara yang sukar? Apakah matlamat yang anda boleh buat untuk menjaga diri dengan selamat melalui kepatuhan pada masa hadapan?