Pesanan Presidensi Utama, Oktober 2016
Berkat Kepatuhan
“Pengajaran yang paling besar kita boleh belajar dalam kefanaan,” Presiden Thomas S. Monson telah mengajar, “adalah apabila Tuhan berfirman dan kita mematuhi, kita sentiasa akan betul.”1
Kita juga akan diberkati. Seperti dikatakan oleh Presiden Monson dalam persidangan umum baru-baru ini: “Apabila kita mematuhi perintah-perintah, kehidupan kita akan menjadi lebih gembira, lebih bermakna, dan kurang rumit. Cabaran dan masalah kita akan menjadi lebih senang untuk dilalui, dan kita akan menerima berkat-Nya yang dijanjikan.”2
Dalam petikan yang berikutnya daripada ajaran Presiden Monson sebagai Presiden Gereja, dia mengingatkan kita bahawa perintah-perintah adalah panduan paling pasti kepada kegembiraan dan kedamaian.
Panduan-panduan untuk Perjalanan
“Perintah Tuhan tidak diberi untuk menghampakan kita atau menjadi halangan kepada kegembiraan kita. Apa yang bertentangan adalah benar. Dia yang mencipta kita dan mengasihi kita secara sempurna tahu bagaimana kita harus menjalankan kehidupan kita untuk mendapatkan kegembiraan yang paling besar. Dia telah menyediakan panduan-panduan untuk kita, jika kita mengikuti mereka, akan memastikan kita selamat melalui kehidupan fana yang selalunya berbahaya. Kita mengingati perkataan satu lagu rohani yang biasa didengari: “Patuhi perintah! Di dalamnya selamat; dan damai.” [lihat “Patuhi Perintah,” Lagu Rohani, no. 149].”3
Kekuatan dan Pengetahuan
“Kepatuhan adalah sifat biasa bagi nabi-nabi; ia telah memberikan kekuatan dan pengetahuan kepada mereka sepanjang zaman. Ia adalah penting bagi kita untuk menyedari bahawa kita, juga, berhak mendapatkan sumber kekuatan dan pengetahuan ini. Ia adalah sedia ada untuk setiap orang hari ini apabila kita mematuhi perintah-perintah Tuhan. …
“Pengetahuan yang kita cari, jawapan-jawapan yang kita mahukan, dan kekuatan yang kita inginkan hari ini untuk menghadapi cabaran-cabaran dari dunia yang rumit dan berubah boleh didapati oleh kita apabila kita dengan rela mematuhi perintah-perintah Tuhan.”4
Pilih untuk Mematuhi
“Arah pendirian masa kita adalah serba membolehkan. Majalah dan rancangan televisyen menggambarkan bintang skrin filem, hero bidang sukan—mereka yang mahu dicontohi oleh ramai orang muda—sebagai mengabaikan hukum-hukum Tuhan dan menunjuk-nunjukkan amalan yang berdosa, seolah-olah tanpa kesan yang memudaratkan. Jangan anda percaya! Terdapat masa untuk perhitungan—bahkan pengimbangan lejar. Setiap Cinderella mempunyai masa tengah malamnya—jika tidak di hidup ini, maka di akhirat. Hari Penghakiman akan datang untuk semua. … Saya memohon dengan anda untuk pilih mematuhi.”5
Kegembiraan dan Kedamaian
“Ia mungkin kelihatan kadangkala kepada anda bahawa orang lain di dunia sedang berseronok lebih daripada anda. Beberapa di antara anda mungkin rasa terbatas oleh tatakelakuan yang kita ikuti di dalam Gereja. Saudara dan saudariku, saya mengatakan kepada anda bahawa tidak ada apa-apa yang membawa lebih kegembiraan ke dalam hidup kita atau lebih kedamaian kepada jiwa kita daripada Roh yang boleh datang kepada kita apabila kita mengikuti Juruselamat dan mematuhi perintah-perintah. ”6
Berjalan Dengan Lurus
“Saya bersaksi kepada anda bahawa berkat-berkat yang dijanjikan kita adalah di luar ukuran. Walaupun awan ribut akan berkumpul, walaupun hujan akan berlimpah ke atas kita, pengetahuan Injil kita dan kasih sayang kita terhadap Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita akan menghiburkan dan mengekalkan kita dan membawa kegembiraan kepada hati kita apabila kita berjalan dengan lurus dan mematuhi perintah-perintah. Tidak ada sebarang perkara dalam dunia ini pun boleh mengalahkan kita.”7
Ikutlah Juruselamat
“Siapakah Manusia ini yang berduka cita, berkenalan dengan kesedihan? Siapakah Raja kemuliaan, Tuhan semesta alam? Dia adalah Tuhan kita. Dia adalah Juruselamat kita. Dia ialah Putera Tuhan. Dia adalah Pengarang Keselamatan kita. Dia memanggil, ‘Ikutilah Aku.’ Dia mengarahkan, ‘Pergi, dan berbuatlah kamu demikian.’ Dia merayu, ‘Patuhilah perintah-perintah Aku.’
“Mari kita mengikuti-Nya. Mari kita mengikuti contoh-Nya. Mari kita mematuhi kata-kata-Nya. Dengan berbuat demikian, kita memberi-Nya kurnia ilahi kesyukuran.”8
© 2016 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/15. Kelulusan penterjemahan: 6/15. PenterjemahanFirst Presidency Message, October 2016. Malay. 12870 348