2016
Keluarga Ditahbiskan Tuhan
Oktober 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Oktober 2016

Keluarga Ditahbiskan Tuhan

Kaji bahan pengajaran ini dengan doa dan carikan inspirasi untuk mengetahui apa yang harus dikongsi. Bagaimana pemahaman tentang “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” meningkatkan iman anda kepada Tuhan dan memberkati mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Dalam kata-kata [lagu Sekolah Primer], ‘Keluarga Ditetapkan Tuhan,’ … kita diingatkan oleh ajaran suci,” kata Carole M. Stephens, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Lembaga Pertolongan. Kita tidak hanya belajar bahawa keluarga ditetapkan Tuhan tetapi juga belajar bahawa kita masing-masing sebahagian keluarga Tuhan. …

“… Rancangan Bapa untuk anak-anak-Nya adalah satu rancangan kasih sayang. Ia adalah rancangan untuk menyatukan anak-anak-Nya—keluarga-Nya—bersama Dia.”1

Elder L. Tom Perry (1922–2015) daripada Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Kita juga percaya bahawa keluarga tradisional yang kuat bukan sahaja unit asas dalam masyarakat yang mantap, ekonomi yang stabil dan nilai budaya yang stabil—tetapi mereka juga adalah unit asas bagi keabadian dan kerajaan Tuhan.

“Kita percaya bahawa organisasi dan kerajaan syurga akan dibina disekeliling keluarga dan keluarga besar.”2

Bonnie L. Oscarson, presiden umum Remaja Puteri berkata: “Setiap orang, tidak kira status perkahwinan ataupun jumlah anak, boleh menjadi pembela rancangan Tuhan yang dihuraikan dalam perisytiharan keluarga. Jikalau ianya rancangan Tuhan, ia seharusnya juga menjadi rancangan kita!”3

Ayat-ayat Suci Tambahan

Ajaran dan Perjanjian 2:1-3; 132:19

Ajaran Keluarga

Sister Julie B. Beck, bekas Presiden Umum Lembaga Pertolongan, mengajar bahawa teologi keluarga adalah berdasarkan Penciptaan, Kejatuhan, dan Korban tebusan Yesus Kristus.

“Penciptaan bumi menyediakan satu tempat di mana keluarga boleh hidup. Tuhan mencipta satu lelaki dan satu perempuan yang bersama adalah dua bahagian penting dalam satu keluarga. Ia adalah sebahagian rancangan Bapa Syurgawi untuk Adam dan Hawa dimeteraikan dan membentuk satu keluarga abadi.

“… Kejatuhan memungkinkan mereka untuk mempunyai anak lelaki dan anak perempuan.

“Korban tebusan [Kristus] membenarkan keluarga untuk dimeteraikan bersama dalam keabadian. Ia membenarkan keluarga untuk mempunyai pertumbuhan dan kesempurnaan yang abadi. Rancangan kegembiraan, juga dipanggil rancangan keselamatan, adalah rancangan yang dicipta untuk keluarga. …

“… Ini adalah ajaran Kristus. … Tanpa keluarga, tidak terdapat rancangan; tidak terdapat sebab untuk kehidupan fana.”4

Nota

  1. Carole M. Stephens, “Keluarga Ditetapkan Tuhan” Liahona, Mei 2015, 11.

  2. L. Tom Perry, “Mengapa Perkahwinan dan Keluarga Penting—Di Seluruh Dunia,” Liahona, Mei 2015, 41.

  3. Bonnie L. Oscarson, “Pembela Perisytiharan Keluarga,” Liahona, Mei 2015, 15.

  4. Julie B. Beck, “Teaching the Doctrine of the Family,” Liahona, Mac 2011, 32, 34.

Pertimbangkan Ini

Mengapa keluarga adalah unit paling penting sekarang dan dalam keabadian?