Remaja
Kebahagiaan sebagai Seorang Pengikut Yesus Kristus
Adakah anda pernah mengalami hari yang tidak baik? Apakah yang anda lakukan untuk menjadi lebih gembira? Presiden Uchtdorf tahu bahawa “setiap kita mengalami seksaan jiwa, kekecewaan, dan kesengsaraan. Kita mungkin rasa kecewa dan kadang-kadang rasa tertenggelam.”
Jawabannya adalah untuk menjalani apa yang dia panggil “kehidupan pengikut”: “kekal setia dan terus maju dalam iman. Bila kita terus maju dalam iman, kita dapat mempercayai Tuhan, mematuhi perintah-perintah-Nya, dan melayani orang lain—dan rasa kebahagiaan melalui semuanya! Seperti Presiden Uchtdorf mengatakan, “Orang yang menjalani kehidupan pengikut … merupakan orang yang perbuatannya yang kecil kerap kali menjadi kesan yang besar.”
Pertimbangkanlah membuat senarai tentang cara-cara yang anda dapat menjalani kehidupan pengikut. Contohnya, anda dapat menulis idea pelayanan seperti “Membantu ibu atau bapa masak” atau idea untuk mematuhi perintah-perintah seperti “Berdoa untuk lebih kesabaran dengan adik-beradik saya.” Bila anda rasa kecewa atau tertenggelam, ambil senarai anda, pilih satu idea, dan cuba melakukannya!