Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2017
Menjalani Kehidupan yang Dibaktikan
Kajilah pesanan ini dengan penuh doa dan cari ilham untuk ketahui apa untuk berkongsi. Bagaimanakah pemahaman tujuan Lembaga Pertolongan menyediakan puteri-puteri Tuhan untuk berkat-berkat kehidupan abadi?
“Untuk membaktikan adalah untuk meletakkan atau mendedikasikan sesuatu sebagai suci, dibaktikan untuk tujuan-tujuan kudus,” berkata Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Kejayaan sebenar dalam kehidupan ini datang dalam membaktikan kehidupan kita—iaitu, masa dan pilihan kita—untuk tujuan-tujuan Tuhan.”1
Elder Neal A. Maxwell (1926-2004) dari Kuorum Dua Belas Rasul mengatakan, “Kita kerap kali memikirkan pembaktian sebagai penyerahan barangan duniawi kita apabila diarahkan secara ilahi. Tetapi pembaktian sebenar adalah penyerahan diri seseorang kepada Tuhan.”2
Semasa kita membaktikan diri kita kepada tujuan-tujuan Tuhan, iman kita kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya akan meningkat. Semasa kita menjalani kehidupan yang dibaktikan, kita boleh dijadikan kudus melalui tindakan-tindakan itu.
Carole M. Stephens, Penasihat Pertama dalam Presidensi Lembaga Pertolongan, mengatakan: “Elder Robert D. Hales mengajar, ‘Bila kita membuat dan mentaati perjanjian, kita keluar dari dunia dan masuk ke kerajaan Tuhan.’
“Kita diubah. Wajah kita kelihatan berlainan, tindakan kita berlainan. Hal-hal yang kita mendengar dan membaca dan berkata lain, dan apa yang kita memakai lain kerana kita menjadi para puteri Tuhan yang terikat kepada-Nya oleh perjanjian.”3
Pembaktian ialah perjanjian yang Tuhan membuat “dengan umat Israel: Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku” (Jeremiah 31:33). Menjalani kehidupan yang dibaktikan adalah selaras dengan rancangan Tuhan untuk kita.
Ayat-ayat Suci Tambahan
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/17. Kelulusan penterjemahan: 6/17. Penterjemahan Visiting Teaching Message, August 2017. Malay. 97928 348