Pesanan Presidensi Utama, Julai 2017
Kehidupan Seorang Pengikut
Tiga puluh tahun yang lalu di Ghana, seorang pelajar universiti bernama Doe masuk gereja LDS untuk kali pertama. Seorang kawan telah menjemput Doe untuk menyertai dia, dan Doe ingin tahu lebih tentang Gereja.
Orang di sana begitu baik hati dan mesra sehingga dia tertanya-tanya, “Apakah jenis gereja ini?”
Doe merasa begitu kagum sehingga dia memutuskan untuk belajar lebih tentang Gereja dan orang-orangnya, yang dipenuhi dengan begitu banyak kebahagiaan. Tetapi bila dia bermula belajar, keluarga dan kawan-kawan bermula menentang dia. Mereka mengucapkan hal-hal yang sangat tidak baik tentang Gereja dan melakukan sedaya upaya mereka untuk meyakinkan dia supaya jangan dia terus belajar.
Tetapi Doe telah menerima kesaksian.
Dia mempunyai iman, dan dia mengasihi Injil, yang memenuhi kehidupan dia dengan kebahagiaan. Jadi, dia masuk air pembaptisan.
Setelah itu, dia rajin sekali dalam pembelajaran dan doa. Dia berpuasa dan mencari pengaruh Roh Kudus dalam kehidupan dia. Kerana itu, kesaksian dan iman Doe menjadi lebih kuat dan dalam. Akhirnya dia memutuskan untuk melayani misi penuh masa untuk Tuhan.
Setelah pulang dari misinya, dia berkahwin dengan seorang penginjil yang sudah selesai misi—bahkan penginjil itu yang membaptiskan dia bertahun-tahun yang lalu—dan kemudian mereka dimeteraikan di dalam Bait suci Johannesburg Afrika Selatan.
Banyak tahun telah berlalu sejak Doe Kaku pertama kali mengalami kebahagiaan Injil Yesus Kristus. Semasa tahun-tahun itu, kehidupan tidaklah selalu manis untuk dia. Dia telah mengalami banyak patah hati dan keputusasaan, termasuk kehilangan dua anaknya—kesedihan yang dalam dari pengalaman-pengalaman itu masih berat pada hati dia.
Tetapi dia dan suaminya, Anthony, telah berusaha mendekati satu sama lain dan Bapa Syurgawi mereka yang dikasihi, yang mereka mengasihi dengan seluruh hati mereka.
Hari ini, 30 tahun selepas dia masuk air pembaptisan, Sister Kaku kebelakangan ini menamatkan satu lagi misi penuh masa—kali ini di sisi suaminya, yang menjadi presiden misi di Nigeria.
Orang yang kenal Sister Kaku berkata bahawa ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Dia bersemarak. Ia susah untuk meluangkan masa bersama dia dan tidak berasa lebih gembira anda sendiri.
Kesaksiannya pasti: “Saya tahu bahawa Juruselamat memandang saya sebagai puteri-Nya dan kawan-Nya (lihat Mosia 5:7; Eter 3:14),” dia berkata. “Dan saya belajar dan cuba dengan sangat rajin untuk menjadi kawan Dia juga—bukan saja dengan apa yang saya katakan tetapi juga dengan apa yang saya lakukan.”
Kita Ialah Pengikut-Pengikut
Cerita Sister Kaku serupa dengan cerita ramai orang lain. Dia mempunyai keinginan untuk mengetahui kebenaran, dia membayar harga untuk mendapat cahaya rohani, dia menunjukkan kasihnya untuk Tuhannya dan orang di keliling, dan semasa perjalanan ini dia mengalami kesusahan dan kesengsaraan.
Tetapi tidak kira pertentangan, tidak kira kesengsaraan, dia terus maju dalam iman. Dan sama pentingnya, dia terus mempunyai kebahagiaan. Dia menjumpai cara bukan saja untuk bertahan semasa kesusahan kehidupan tetapi juga untuk berjaya walaupun kesusahan!
Ceritanya serupa dengan cerita anda dan saya.
Perjalanan kita jarang lancar atau tanpa cabaran.
Setiap kita mengalami seksaan jiwa, kekecewaan, dan kesengsaraan.
Kita mungkin rasa kecewa dan kadang-kadang rasa tertenggelam.
Tetapi orang yang menjalani kehidupan pengikut—yang kekal setia dan terus maju dalam iman; yang mempercayai Tuhan dan mematuhi;1 yang mematuhi Iman setiap hari dan setiap jam; yang memberi pelayanan seperti Kristus kepada orang yang di keliling mereka, satu demi satu perbuatan baik—merupakan orang yang perbuatannya yang kecil kerap kali membuat kesan yang besar.
Orang yang sedikit lebih baik hati, sedikit lebih memaafkan, dan sedikit lebih berbelas kasihan merupakan orang yang berbelas kasihan yang akan menerima belas kasihan.2 Orang yang menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik, dengan satu demi satu perbuatan yang penyayang, dan yang berusaha menjalani kehidupan pengikut Yesus Kristus yang diberkati, memuaskan, dan damai, merupakan orang yang akhirnya akan menemui kebahagiaan.
Mereka akan mengetahui bahawa “kasih Tuhan, yang mencurahkan diri-Nya merata-rata di dalam hati anak manusia … adalah paling dihasratkan melebihi segala-galanya … dan yang paling membahagiakan kepada jiwa.”3
© 2017 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/17. Kelulusan penterjemahan: 6/17. Penterjemahan First Presidency Message, August 2017. Malay. 97928 348