“Getsemani,” Untuk Kekuatan Remaja, Apr. 2023.
Tempat daripada Tulisan Suci
Getsemani
Belajar lebih tentang tempat di mana penderitaan Juruselamat bagi pihak kita bermula.
Di Manakah Tempat Itu?
Di cerun Gunung Zaitun, di timur Yerusalem (sebelah kanan dalam ilustrasi, ditandai oleh sepohon pokok besar).
Apa Yang Berada Di Situ?
Kebun pokok zaitun dan mungkin alat pemeras untuk mendapatkan minyak dari buah zaitun.
Apa yang Berlaku Di Sini?
Selepas Perjamuan Terakhir, Yesus Kristus bersama sebelas orang Rasul-Nya pergi ke Getsemani. Dia kemudian pergi berdoa dan membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes bersama-Nya.
Dia mula berasa “sangat sedih dan gelisah.” Dia berkata, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya” (Markus 14:33–34).
Dia berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”
“Malaikat dari syurga datang kepada-Nya dan menguatkan Dia.
“Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah” (Lukas 22:42–44).
Selepas penderitaan yang kuat oleh Juruselamat, Dia dikhianati oleh Yudas dan ditangkap oleh para pegawai Yahudi dan segerombolan askar Roma.
© 2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, June 2023. Language. 19026 348