2023
Roh Kudus Boleh Bantu Kita
Jun 2023


“Roh Kudus Boleh Bantu Kita,” Liahona, Jun 2023.

Pesanan Liahona Bulanan, Jun 2023

Roh Kudus Boleh Bantu Kita

lelaki duduk dan melihat matahari terbit

Roh Kudus adalah ahli ketiga Kesatuan Ketuhanan. Tulisan suci juga merujuk kepada-Nya sebagai Roh, Roh Kudus atau Penolong. Apabila kita belajar untuk mendengar suara-Nya, Dia akan bersaksi kepada kita tentang Yesus Kristus dan membantu kita mempelajari kebenaran injil.

Ahli Kesatuan Ketuhanan

Bapa Syurgawi, Yesus Kristus dan Roh Kudus adalah Kesatuan Ketuhanan. Mereka mengasihi kita dan bekerja dalam perpaduan untuk melaksanakan rancangan pemyelamatan. Walaupun Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mempunyai tubuh daging dan tulang, Roh Kudus tidak. Dia merupakan roh.

gambar kaca berwarna Bapa dan Putera

Saksi Bapa dan Putera

Roh Kudus “bersaksi tentang Bapa dan Putera” (2 Nefi 31:18). Ini bererti kita boleh menerima kesaksian tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus melalui Roh Kudus.

Bersaksi tentang Kebenaran

Roh Kudus bersaksi tentang semua kebenaran. Dia akan membantu kita mengetahui bahawa injil—termasuklah rancangan penyelamatan, perintah-perintah Tuhan, Pemulihan dan Korban Tebusan Yesus Kristus—adalah benar. Dia akan menguatkan kesaksian kita semasa kita terus berdoa, mematuhi perintah-perintah dan mengkaji injil.

tangan memegang kompas

Mendorong dan Melindungi Kita

Roh Kudus boleh membimbing dalam keputusan kita dan melindungi kita dari bahaya jasmani dan rohani. Dia akan membantu kita mencari jawapan kepada soalan-soalan jika kita berdoa dan cuba melakukan apa yang betul. Dia akan sentiasa membimbing kita “untuk melakukan kebaikan” (Ajaran dan Perjanjian 11:12).

Menolong Kita

Roh Kudus kadangkala dirujuk sebagai “Penolong” (Yohanes 14:26). Dia boleh mengisi kita “dengan harapan dan kasih yang sempurna” (Moroni 8:26) ketika kita bimbang, sedih atau takut. Apabila Dia membantu kita rasai kasih Tuhan, kita boleh mengatasi kekecewaan dan diperkuatkan dalam percubaan kita.

Kurnia Roh Kudus

Selepas kita dibaptiskan, kita menerima kurnia Roh Kudus dalam satu tatacara yang dipanggil penetapan. Setelah menerima kurnia ini, kita boleh memperoleh penemanan berterusan Roh Kudus selagi kita hidup dengan soleh.

wanita membaca tulisan suci

Ilustrasi oleh J. Kirk Richards

Bagaimana Kita Mendengar Roh Kudus

Roh Kudus berkomunikasi dengan orang dalam pelbagai cara. Ini mungkin termasuk perasaan atau tanggapan yang damai, dan senang tentang apa yang harus dikata atau lakukan. Apabila kita berdoa untuk bimbingan dan mendengar dorongan-Nya, kita boleh belajar bagaimana Dia berbicara kepada kita.