2023
Sakramen Pertama
Jun 2023


“Sakramen Pertama,” Friend, Jun 2023, 46–47.

Pesanan Friend Bulanan, Jun 2023

Cerita-cerita Kitab Suci

Sakramen Pertama

Imej
Yesus duduk di meja bersama para Rasul-Nya

Ilustrasi oleh Apryl Stott

Sebelum Yesus Kristus mati, Dia bertemu dengan para Rasul-Nya. Dia memberikan mereka sakramen.

Imej
Yesus memegang roti

Yesus membahagikan roti dan memberikannya kepada mereka. Dia meminta mereka memakannya untuk membantu mereka mengingati bahawa Dia memberi nyawa-Nya untuk mereka.

Imej
Yesus memegang cawan

Kemudian Yesus memberi mereka sebuah cawan. Dia meminta mereka untuk minum darinya. Ia juga akan membantu mereka mengingati-Nya.

Imej
Orang Kristian awal mengambil sakramen

Walaupun Yesus tidak bersama para Rasul-Nya lagi, sakramen membantu mereka memikirkan Dia. Mereka boleh merasakan kasih Dia dan ingat untuk mematuhi perintah-perintah.

Halaman Mewarna

Saya Boleh Mengambil Sakramen

Imej
kanak lelaki sedang mengambil sakramen

Ilustrasi oleh Apryl Stott

Apabila saya mengambil sakramen, saya boleh mengingati Yesus dan kasih-Nya untuk saya.

Cetak