Ajaran dan Perjanjian 2021
26 Disember. Mengapakah Keluarga Penting? “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia”


“26 Disember. Mengapakah Keluarga Penting? ‘Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,’” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“26 Disember. Mengapakah Keluarga Penting?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja putera mendapat pelukan

26 Disember

Mengapakah Keluarga Penting?

Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang baharu dalam bahagian kita dan bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membuat masa dalam pertemuan kuorum atau kelas kita penuh bermakna?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai remaja putera dan remaja puteri? Bagaimanakah kita boleh memenuhinya dengan lebih baik?

  • Kehidupan kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menerima kuasa-Nya dalam kehidupan kita? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada-Nya?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Setiap keluarga adalah berbeza dan tiada keluarga yang sempurna. Namun, kita semua mempunyai Ibu Bapa Syurgawi yang sempurna, yang mahu kita menerima berkat untuk hidup dengan bahagia sebagai keluarga abadi. Demi membantu kita mencapai matlamat ini, Tuhan telah mengilhami para nabi dan rasul untuk mengisytiharkan kebenaran abadi dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).

Semasa anda membuat persediaan untuk mengajar tentang kepentingan keluarga, fikirkan mengapa keluarga anda penting bagi anda. Apakah peranan yang Yesus Kristus mainkan dalam membantu keluarga anda memperoleh kebahagiaan? Semasa anda membuat persediaan untuk mengajar, anda boleh mengkaji “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org), “Keluarga” dalam Untuk Kekuatan Remaja ([2011], 14–15) dan pesanan Elder D. Todd Christofferson “Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga” (Liahona, Mei 2015, 50–53). Apakah asas dari sumber-sumber ini yang anda rasasangat bermakna bagi mereka yang anda ajar?

Imej
keluarga sedang mendaki

Keluarga merupakan pusat rancangan Bapa Syurgawi bagi kita.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan tentang kepentingan keluarga, anda boleh menanya kuorum atau kelas hal yang mereka telah pelajari tentang kebahagiaan dalam kehidupan keluarga semasa mereka membaca “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” di rumah. Apakah yang mereka telah pelajari yang mungkin membantu mereka mengukuhkan keluarga mereka? Kemudian, pilih satu atau beberapa aktiviti di bawah untuk membantu ahli kuorum atau kelas lebih memahami tentang sebab keluarga adalah penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.

  • Tulisan suci dalam “Sumber-sumber Sokongan” menyokong kebenaran yang diilhamkan dalam perisytiharan keluarga. Anda boleh menugaskan setiap ahli kuorum atau kelas untuk membaca salah satu daripada tulisan suci ini, kemudian meneliti perisytiharan keluarga untuk mencari petikan yang berkaitan dengan tulisan suci masing-masing. Setiap ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi hal yang mereka temui.

  • Menjalani ajaran-ajaran Yesus Kristus membawa kepada kebahagiaan yang sejati dan berkekalan dalam keluarga kita. Untuk membantu ahli kuorum atau kelas memahami pelajaran ini, anda boleh menjemput setiap ahli memilih satu sifat Kristus (lihat “How Do I Develop Christlike Attributes?” bab 6 dalam Preach My Gospel [2019], 121–29) kemudian cari tulisan suci atau kenyataan nabi yang mengajar tentang sifat tersebut. Apabila ahli kuorum atau kelas berkongsi apa yang mereka temui, mereka boleh menjawab satu atau beberapa soalan berikut: Bagaimanakah menjalani sifat seperti Kristus dengan lebih menyeluruh mempengaruhi keluarga saya? Apakah yang saya pelajari darip teladan Juruselamat dalam menggunakan sifat ini dalam keluarga saya?

  • Presiden Russell M. Nelson mengajar bahawa: “Musuh dengan cepat sedang meningkatkan serangannya terhadap iman dan terhadap kita dan keluarga kita” (“Ucapan Pembukaan,” Liahona, Nov. 2018, 7). Bagi membantu ahli kuorum atau kelas mengelak darip serangan ini, anda boleh menjemput mereka untuk senaraikan di papan tulis beberapa sifat dan kelakuan yang Setan gunakan untuk melemahkan keluarga. Mengapakah hal ini memudaratkan keluarga? Ahli kuorum atau kelas kemudiannya boleh selidiki perenggan ketujuh perisytiharan keluarga untuk mengenal pasti sifat dan kelakuan yang boleh melawan serangan Setan. Bagaimanakah kita boleh dapatkan bantuan Juruselamat dalam mengembangkan sifat dan kelakuan ini? Apakah yang kita pelajari tentang cara kita boleh melindungi keluarga dari pengaruh Setan?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menjemput para pengikut-Nya untuk bersaksi dan semasa mereka melakukannya, Roh telah menyentuh hati mereka. Semasa anda mengajar, jemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi kesaksian mereka tentang kepentingan keluarga dalam rancangan Tuhan.

Cetak