Ajaran dan Perjanjian 2021
12 Disember. Bagaimanakah Saya Mencari Jawapan kepada Soalan Saya? Fasal-Fasal Kepercayaan dan Perisytiharan Rasmi 1 dan 2


“12 Disember. Bagaimanakah Saya Mencari Jawapan kepada Soalan Saya? Fasal-Fasal Kepercayaan dan Perisytiharan Rasmi 1 dan 2,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“12 Disember. Bagaimanakah Saya Mencari Jawapan kepada Soalan Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja putera sedang menulis di papan tulis

12 Disember

Bagaimanakah Saya Mencari Jawapan kepada Soalan Saya?

Fasal-Fasal Kepercayaan dan Perisytiharan Rasmi 1 dan 2

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah aktiviti yang kita telah adakan baru-baru ini? Adakah ia berjaya? Apakah yang memuaskan dan bagaimanakah kita boleh memperbaikinya?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Siapakah yang memerlukan pelayanan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Kehidupan kita. Apakah matlamat yang kita sedang usahakan secara individu? Apakah pengalaman yang boleh kita kongsi? Apakah berkat yang kita telah terima?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ia adalah biasa untuk mempunyai soalan. Kita tertanya-tanya tentang masa depan kita dan dunia di sekeliling kita. Kita juga mempunyai soalan tentang Tuhan dan rancangan-Nya untuk kita. Semasa anda membaca Perisytiharan Rasmi 1 dan 2 minggu ini, perhatikan perkara yang para nabi serta rasul lakukan untuk mencari jawapan kepada soalan mereka (panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mungkin membantu). Apakah peranan yang dimainkan oleh usaha mencari jawapan kepada soalan dalam pembelajaran injil anda? Apakah yang anda boleh lakukan untuk menggalakkan ahli kuorum atau kelas anda mencari jawapan kepada soalan injil mereka secara beriman? Semasa anda bersedia untuk mengajar, pertimbangkan untuk kaji semula Ajaran dan Perjanjian 6:14–15; 9:7–9.

Imej
remaja puteri sedang melihat tablet

Kesaksian kita boleh diperkuatkan semasa kita mencari jawapan kepada soalan kita secara beriman.

Belajar Bersama

Semasa ahli kuorum atau kelas anda mengkaji Perisytiharan Rasmi 1 dan 2 minggu ini, mereka mungkin menemui asas yang berkaitan dengan menerima jawapan kepada soalan tentang injil. Luangkan masa selama beberapa minit untuk mereka kaji semula perisytiharan dan berkongsi perkara yang mereka telah pelajari tentang penerimaan wahyu. Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu mereka yang anda ajar lebih memahami cara untuk mencari jawapan kepada soalan injil mereka.

  • Tulisan suci yang berikut mengajar tentang asas menanya soalan dan menerima jawapan: Matius 7:7; Ajaran dan Perjanjian 6:14–15; 9:7–9. Kuorum atau kelas anda boleh membaca petikan ini bersama-sama dan membuat senarai di papan tulis tentang asas yang mereka temui. Mengapakah Bapa Syurgawi tidak selalu menjawab soalan kita sepenuhnya atau dengan segera? Bagaimanakah kita boleh terus menunjukkan iman kita semasa kita menunggu jawapan? (lihat Ajaran dan Perjanjian 19:23; 78:18). Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman ketika anda mempunyai soalan tentang injil dan telah menerima jawapan. Minta ahli-ahli kuorum atau kelas berkongsi pengalaman yang serupa.

  • Bolehkah ahli kuorum atau kelas anda fikirkan orang-orang dalam tulisan suci yang telah menanya soalan yang mendatangkan wahyu? (Jika perlu, anda boleh merujuk mereka kepada tulisan suci di bawah “Sumber-sumber Sokongan”.) Ahli kuorum atau kelas boleh membaca tentang orang-orang ini dalam tulisan suci dan mengenal pasti soalan yang ditanya oleh mereka, cara mereka mencari jawapan dan jawapan yang telah mereka terima. Apakah yang kita pelajari daripada contoh-contoh ini? Bagaimanakah kita boleh menggunakan hal yang kita belajar semasa kita mencari jawapan kepada soalan kita sendiri?

  • Pesanan Elder W. Mark Bassett “Untuk Kemajuan Rohani dan Pembelajaran” (Liahona, Nov. 2016, 52–54) menyediakan cadangan tentang cara mencari jawapan kepada soalan rohani. Kuorum atau kelas anda boleh membaca bersama-sama empat perenggan pesanannya yang bermula dengan “Untuk memahami misteri-misteri Tuhan”. Kemudian, jemput ahli kuorum atau kelas untuk membaca 1 Nefi 2:16, 19–20; 10:17–19; 11:1 dan kenal pasti apa yang Nefi lakukan untuk mencari jawapan kepada soalannya. Jemput ahli kuorum atau kelas untuk memikirkan tentang apa yang mereka akan lakukan untuk mengikut teladan Nefi apabila mereka mempunyai soalan tentang injil.

  • Cerita dalam Markus 9:14–27 boleh membantu ahli kuorum atau kelas apabila mereka mempunyai soalan atau keraguan. Terlebih dahulu, jemput seorang ahli kuorum atau kelas anda membuat persediaan awal untuk berkongsi cerita.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat telah menggalakkan mereka yang diajar-Nya untuk menggunakan tulisan suci untuk mencari jawapan kepada soalan mereka sendiri. Bagaimanakah mereka yang anda ajar akan diberkati semasa mereka belajar cara mencari jawapan kepada soalan mereka?

Cetak