Ajaran dan Perjanjian 2021
28 November. Bagaimanakah Joseph Smith Membantu Melaksanakan Rancangan Bapa Syurgawi? Ajaran dan Perjanjian 135–136


“28 November. Bagaimanakah Joseph Smith Membantu Melaksanakan Rancangan Bapa Syurgawi? Ajaran dan Perjanjian 135–136,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“28 November. Bagaimanakah Joseph Smith Membantu Melaksanakan Rancangan Bapa Syurgawi?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
lukisan Joseph Smith

Brother Joseph (Saudara Joseph), oleh David Lindsley

28 November

Bagaimanakah Joseph Smith Membantu Melaksanakan Rancangan Bapa Syurgawi?

Ajaran dan Perjanjian 135–136

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kuorum atau kelas? Apakah matlamat yang kita ingin usahakan bersama?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk berkongsi injil? Apakah pengalaman yang kita telah peroleh dalam melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga?

  • Kehidupan kita. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita? Apakah yang telah mengilhami kita dalam kajian tulisan suci kita minggu ini?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

“Joseph Smith, Nabi dan Pelihat Tuhan, telah melakukan lebih banyak, selain Yesus sahaja, demi keselamatan manusia di dunia ini, daripada sesiapa pun yang pernah hidup di dalamnya.” (Ajaran dan Perjanjian 135:3). Ini pernyataan yang berani mengenai peranan Joseph Smith. Pernahkah anda fikirkan tentang maksud pernyataan ini dalam kehidupan anda? Bagaimanakah kehidupan anda akan berbeza jika injil Yesus Kristus tidak dipulihkan? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu ahli kuorum atau kelas anda menguatkan kesaksian mereka tentang misi Joseph Smith?

Sambil anda membuat persiapan untuk mengajar, kaji pesanan Presiden M. Russell Ballard “Apakah Kita Tidak Akan Meneruskan Dalam Perkara yang Sedemikian Besar?Liahona, Mei 2020, 8–11) dan pesanan Elder Neil L. Andersen “Joseph Smith” (Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 28–31) sebagai tambahan kepada Ajaran dan Perjanjian 135

Imej
remaja puteri dan remaja putera sedang membaca Kitab Mormon

Kehidupan kita diberkati oleh kebenaran yang dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith.

Belajar Bersama

Untuk mulakan perbincangan tentang cara Joseph Smith telah membantu menyempurnakan rancangan Bapa Syurgawi, anda boleh bermula dengan mengkaji semula apa yang ahli kuorum atau kelas telah pelajari tentang Nabi dari bacaan Ajaran dan Perjanjian 135 minggu ini. Misalnya, mereka boleh membuat senarai kebenaran yang mereka ketahui tentang Juruselamat dan injil-Nya disebabkan oleh Joseph Smith. Mengapakah setiap kebenaran ini penting dalam rancangan Bapa Syurgawi? Aktiviti berikut boleh membantu kuorum atau kelas anda lebih memahami peranan Joseph Smith dalam rancangan keselamatan.

  • Untuk membantu ahli kuorum atau kelas membantu orang lain memahami kepentingan Nabi Joseph, mereka boleh membaca “The Restoration of the Gospel of Jesus Christ through Joseph Smith” dalam bab 3 Preach My Gospel ([2019], 36–38). Melalui usaha secara berpasangan atau berkumpulan, mereka boleh mengenal pasti hal yang penting untuk dikongsi dengan orang lain. Kemudian, mereka boleh berlatih berkongsi pengalaman Joseph Smith dengan satu sama lain dalam kata-kata mereka sendiri. Minta mereka pertimbangkan apa yang mereka mungkin akan lakukan untuk berkongsi pesanan Pemulihan. Mereka mungkin boleh memikirkan orang tertentu yang mereka ingin kongsikan pesanan ini. Mereka juga mungkin mahu berkongsi pengalaman bahawa mereka telah membantu seseorang mempelajari tentang Joseph Smith.

  • Minta ahli kuorum atau kelas membayangkan bahawa salah seorang kawan mereka di gereja berkata, “Saya tidak pasti saya mempunyai kesaksian tentang Joseph Smith. Bagaimanakah anda tahu yang dia seorang nabi?” Bagaimanakah kita akan menjawab? Apakah yang kita pelajari dari pengalaman Joseph Smith sendiri dalam Joseph Smith—Sejarah 1:8–19 tentang cara kita memperoleh atau menguatkan kesaksian kita? Minta ahli kuorum atau kelas membuat senarai untuk menguatkan kesaksian mereka tentang Nabi Joseph Smith dan pilih satu hal yang mereka ingin lakukan pada minggu ini.

  • Untuk membantu ahli kuorum atau kelas lebih memahami pekerjaan Tuhan yang telah dilakukan melalui Joseph Smith, anda boleh minta mereka untuk baca salah satu atau dua bacaan di “Sumber-sumber Sokongan”. Mereka boleh memilih satu atau beberapa ajaran dan amalan yang dibentangkan dalam sumber ini, yang amat bermakna bagi mereka. Mereka boleh menjelaskan mengapa mereka bersyukur Tuhan telah memulihkan hal-hal ini melalui Joseph Smith. Mereka mungkin boleh menulis nota menyatakan kesyukuran mereka terhadap sumbangan kerja Joseph Smith yang telah membantu membawa mereka lebih dekat kepada Juruselamat. Mereka juga boleh merenung hal yang mereka boleh lakukan untuk memanfaatkan sepenuhnya berkat yang telah diberikan oleh Tuhan melalui Joseph Smith.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menumpukan usaha untuk membantu para pengikut-Nya mematuhi injil dengan seluruh hati mereka. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka yang anda ajar melihat bagaimana kesaksian mereka tentang Joseph Smith harus mempengaruhi kehidupan harian mereka?

Cetak