Ajaran dan Perjanjian 2021
14 November. Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting? Ajaran dan Perjanjian 129–132


“14 November. Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting? Ajaran dan Perjanjian 129–132,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“14 November. Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
pengantin baru di depan bait suci

14 November

Mengapakah Perkahwinan Abadi Penting?

Ajaran dan Perjanjian 129–132

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Siapakah kita harus jemput ke aktiviti yang akan datang?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas yang kita telah lengkapi? Apakah tugas yang kita perlu lakukan? Apakah cara yang kita pernah gunakan untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan bagaimanakah kita boleh menjemput orang lain sekarang?

  • Kehidupan kita. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita? Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan kita dan bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Semasa ahli kuorum atau kelas anda memperoleh kesaksian tentang perkahwinan bait suci ketika mereka masih muda, mereka lebih cenderung untuk berhasrat dan bersedia untuk menerima berkat yang hebat ini. Dalam rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi, perjanjian abadi perkahwinan adalah penting untuk permuliaan (lihat Ajaran dan Perjanjian 131:1–4). Namun, perkahwinan bait suci bukan hanya apa yang kita akan terima di hari akhirat—malah ia turut boleh membawa berkat yang hebat dalam kehidupan ini. Misalnya, perjanjian kudus dengan Tuhan boleh mempengaruhi cara suami dan isteri melihat hubungan mereka dengan satu sama lain. Lelaki dan wanita yang dimeteraikan kepada satu sama lain bagi keabadian mendapat jaminan bahawa kerana Yesus Kristus, hubungan mereka akan berterusan selamanya jika mereka menjaga perjanjian mereka.

Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kuorum atau kelas anda merasakan keinginan yang lebih mendalam untuk dimeteraikan di bait suci?  Bagi membantu anda membuat persediaan untuk mengajar tentang kesukaran, anda boleh kaji semula pesanan Elder Neil L. Andersen “Yang Terluka” (Liahona, Nov. 2018, 83–86).

Imej
ibu bapa mendukung anak-anak mereka

Keluarga boleh dimeteraikan secara abadi melalui tatacara bait suci.

Belajar Bersama

Untuk memberi ahli kuorum atau kelas peluang untuk berkongsi hal yang mereka telah pelajari dalam tulisan suci minggu ini, anda boleh menulis di papan tulis soalan seperti Mengapakah perkahwinan abadi di bait suci Tuhan penting? Ahli kuorum atau kelas kemudian boleh mencari rujukan bagi ayat yang mereka baca dalam Ajaran dan Perjanjian 129–32 yang boleh membantu mencari jawapan kepada soalan dan menulis rujukan di sebelah soalan tersebut. (Jika ia membantu, anda boleh meminta mereka merujuk Ajaran dan Perjanjian 131:1–4; 132:13–19.) Baca bersama beberapa rujukan, kemudian bincangkan hal yang diajarkan. Anda boleh menggunakan mana-mana aktiviti yang berikut untuk membantu remaja lebih memahami kepentingan perkahwinan bait suci.

  • Oleh kerana perkahwinan abadi adalah unik bagi injil yang dipulihkan, mereka yang anda ajar mungkin berpeluang menjelaskannya kepada orang yang kurang memahami tentang hal ini. Bagi membantu kuorum atau kelas berbuat demikian, anda boleh menjemput mereka bayangkan mereka ada seorang kawan yang tertanya mengapa Orang Suci Zaman Akhir percaya bahawa berkahwin di bait suci begitu penting. Minta mereka baca tulisan suci dalam “Sumber-sumber Sokongan”, “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org) Mereka boleh mencari perkataan, ungkapan dan idea yang boleh dimasukkan dalam surat kepada kawan mereka untuk menjelaskan kepentingan perkahwinan bait suci. Anda boleh memberi mereka masa untuk menulis surat, kemudian menjemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tuliskan.

  • Melihat contoh perkahwinan yang penuh iman boleh mengilhami remaja untuk mencari berkat ini bagi diri mereka.  Apabila anda membuat persediaan untuk mengajar, pertimbangkan untuk mengkaji mesej Presiden Russell M. Nelson “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik” (Liahona, Mei 2013, 83-85). Apa yang ahli kuorum atau kelas telah pelajari tentang cara untuk membina perkahwinan abadi yang bahagia?

  • Minta ahli kuorum atau kelas memikirkan beberapa perkara yang mungkin boleh menghalang mereka daripada dimeteraikan di bait suci. Apakah yang kita boleh lakukan sekarang untuk menangani halangan ini? Kemudian, mereka boleh kaji semula “Eternal Marriage” dalam bab 3 Preach My Gospel ([2019], 89) untuk mencari asas dan amalan yang mendorong kepada perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Mereka boleh senaraikan beberapa hal yang mereka boleh lakukan sekarang untuk bersedia bagi perkahwinan abadi. Apakah peranan Juruselamat dalam membantu kita mempersiapkan diri dan memperoleh perkahwinan abadi?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

  • Ajaran dan Perjanjian 49:16–17; 131:1–4; 132:13–19 (Perkahwinan abadi adalah penting dalam rancangan Tuhan)

  • Elder D. Todd Christofferson telah mengatakan: “Untuk mengisytiharkan asas kebenaran berhubung perkahwinan dan keluarga adalah untuk tidak melupai atau mengecilkan pengorbanan dan kejayaan mereka yang tidak punyai situasi ideal. … Banyak yang baik, banyak yang penting—walaupun ada kalanya semua yang diperlukan sekarang—boleh dicapai dalam situasi yang kurang sempurna. … Dengan yakin kita bersaksi bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus telah menjangkakan dan pada akhirnya, akan memampas semua kehilangan dan kerugian bagi mereka yang berpaling kepada-Nya”. (“Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga”, Liahona, Mei 2015, 52).

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Tanya soalan yang akan mengilhami mereka yang anda ajar untuk berfikir secara mendalam tentang perkahwinan abadi dan merasakan keinginan untuk berusaha ke arah matlamat itu. Dengar jawapan mereka dengan teliti dan jawab dengan sebaiknya mengikut dorongan Roh Kudus.

Cetak