Ajaran dan Perjanjian 2021
24 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Mencapai “Kuasa Syurga” dalam Kehidupan Saya? Ajaran dan Perjanjian 121–123


“24 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Mencapai ‘Kuasa Syurga’ dalam Kehidupan Saya? Ajaran dan Perjanjian 121–123,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“24 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Mencapai ‘Kuasa Syurga’ dalam Kehidupan Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
perempuan-perempuan berjalan bersama

24 Oktober

Bagaimanakah Saya Boleh Mencapai “Kuasa Syurga” dalam Kehidupan Saya?

Ajaran dan Perjanjian 121–123

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang baharu dalam bahagian kita dan bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membuat masa dalam pertemuan kuorum atau kelas kita penuh bermakna?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai remaja putera dan remaja puteri? Bagaimanakah kita boleh memenuhinya dengan lebih baik?

  • Kehidupan kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menerima kuasa-Nya dalam kehidupan kita? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada-Nya?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Wewenang dan kuasa imamat adalah tidak sama. Seseorang boleh menerima wewenang imamat melalui perletakan tangan—lelaki boleh ditahbiskan kepada jawatan imamat dan kedua-dua lelaki serta perempuan boleh ditetapkan untuk suatu panggilan. Namun kuasa imamat—kuasa Tuhan atau “kuasa syurga”—boleh digunakan hanya “berdasarkan asas-asas kesolehan” (Ajaran dan Perjanjian 121:36) dan kedua-dua lelaki serta perempuan boleh menggunakan kuasa ini. Jika kita mahu pelayanan kita menjadi sangat berkuasa dan mengubah hidup orang lain, kita perlu layak untuk memanggil kuasa syurga.

Adakah ahli kuorum atau kelas anda tahu cara mencapai kuasa imamat? Bagaimanakah kehidupan dan pelayanan mereka berbeza jika mereka mempunyai pemahaman itu? Renungkan soalan ini sambil anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 121. Juga baik untuk mengkaji dua pesanan dari presiden Russell M. Nelson. Salah satu daripadanya ditujukan kepada pemegang imamat—“Harga Kuasa Imamat” (Liahona, Mei 2016, 66–69). Yang satu lagi ditujukan kepada para saudari—“Harta Karun Rohani” (Liahona, Nov. 2019, 76–79).

Imej
remaja putera sedang berdoa

Kuasa imamat datang melalui kehidupan yang soleh.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan tentang kuasa imamat, anda boleh meminta ahli kuorum atau kelas berkongsi hal yang mereka telah pelajari tentang kuasa ini dari bacaan mereka dalam Ajaran dan Perjanjian 121 minggu ini. Jika membantu, anda boleh cadangkan mereka mengimbas ayat 34–46 untuk mencari di mana perkataan kuasa digunakan, kemudian berkongsi hal yang mereka pelajari. Anda boleh gunakan aktiviti-aktiviti berikut untuk membantu ahli kuorum atau kelas anda lebih memahami cara mereka boleh mencapai kuasa imamat Tuhan dalam kehidupan mereka.

  • Mungkin membantu untuk membandingkan bagaimana “kuasa” dan “pengaruh” dikekalkan di seluruh dunia melalui ajaran Tuhan dalam bahagian 121 tentang cara kuasa imamat dikekalkan. Anda boleh menyediakan carta dua lajur di papan tulis dengan tajuk Kuasa Duniawi dan Kuasa Syurga. Ahli kuorum atau kelas boleh mengisi carta dengan perkataan dan ungkapan dari Ajaran dan Perjanjian 121:34–46. Bagaimanakah pemahaman ayat-ayat ini mempengaruhi cara kita berusaha untuk menjadi teladan yang baik bagi orang lain, termasuk kawan, ahli keluarga serta mereka yang kita bantu dan layani? Menurut ayat-ayat ini, bagaimanakah Roh Kudus boleh membantu kita mempengaruhi orang lain secara soleh?

  • Untuk membantu para pemegang Imamat Harun belajar membawa kuasa ke dalam pelayanan imamat mereka, anda boleh memaparkan pelbagai objek dan meminta ahli kuorum untuk meneka harga setiap objek. Mengapakah sesetengah objek berharga lebih tinggi daripada yang lain? Apakah benda yang paling berharga dalam hidup kita dan apakah harga yang perlu kita “bayar” untuk benda itu? Ahli kuorum kemudiannya boleh mencari pesanan Presiden Russell M. Nelson “Harga Kuasa Imamat”, untuk mencari harga yang menurutnya kita mesti bayar untuk menerima kuasa imamat. Bagaimanakah kehidupan kita dan kehidupan orang lain dipengaruhi apabila kita melayani dengan lebih banyak kuasa Juruselamat?

  • Untuk membantu remaja puteri memahami bagaimana mereka mencapai kuasa imamat, anda boleh meminta mereka untuk memikirkan masa-masa mereka telah merasakan kuasa Tuhan dalam kehidupan mereka. Jelaskan bahawa kuasa imamat ialah kuasa Tuhan. Mereka boleh mencari pesanan Presiden Russell M. Nelson “Harta Karun Rohani” untuk kebenaran tentang wanita dan kuasa imamat. Apakah yang Presiden Nelson minta para wanita Gereja untuk lakukan bagi “menggunakan dengan kerap kuasa Juruselamat”? (halaman 77; lihat terutamanya empat perenggan yang bermula dengan “Setiap wanita dan setiap lelaki”). Bilakah kita telah mendekati kuasa ini untuk memberkati kehidupan kita dan orang lain? Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 121:39–43 ajarkan kita tentang cara bertindak dengan kuasa Tuhan dalam kehidupan kita?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Semasa anda berusaha mengikut teladan Yesus Kristus dan hidup dengan layak untuk mencapai kuasa-Nya, anda akan dapat mengajar dengan kuasa dan wewenang.

Cetak