Ajaran dan Perjanjian 2021
10 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Bertukar hati Sepenuhnya kepada Tuhan? Ajaran dan Perjanjian 111–114


“10 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Bertukar hati Sepenuhnya kepada Tuhan? Ajaran dan Perjanjian 111–114,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“10 Oktober. Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Bertukar hati Sepenuhnya kepada Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang senyum

10 Oktober

Bagaimanakah Saya Boleh Lebih Bertukar hati Sepenuhnya kepada Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 111–114

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian, sebagai tambahan perbincangan tentang urusan kuorum atau kelas tertentu, anda boleh bincangkan tanggapan dan tema dari persidangan umum. Soalan-soalan berikut boleh membantu:

  • Apakah tema atau pesanan yang menonjolkan?

  • Apakah yang kita terilham untuk lakukan kerana hal yang kita telah pelajari atau rasai?

  • Apakah yang kita perlu lakukan sebagai kuorum atau kelas untuk bertindak atas nasihat yang kita dengar dalam persidangan umum?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Untuk lebih bertukar hati sepenuhnya kepada Yesus Kristus, kita mesti mempercayai dan mematuhi perintah-Nya—walaupun ketika cabaran yang sukar menguji penukaran hati kita. Pada tahun 1837, beberapa ahli Gereja, termasuk beberapa ahli Kuorum Dua Belas Rasul, telah kehilangan kesaksian mereka dan berpaling menentang Nabi Joseph Smith. Thomas B. Marsh merupakan Presiden Kuorum Dua Belas pada waktu itu. Semasa anda dan keluarga anda membaca Ajaran dan Perjanjian 112 minggu ini, anda dapat lihat nasihat yang Tuhan berikan untuk membantu Thomas B. Marsh menguatkan penukaran hatinya (lihat terutamanya ayat 10–26). Apakah yang nasihat ini ajarkan anda tentang menjadi lebih bertukar hati kepada Juruselamat?

Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kuorum atau kelas menerima janji Juruselamat bahawa “mereka akan bertukar hati, dan Aku akan menyembuhkan mereka”? (Ajaran dan Perjanjian 112:13). Apakah pengalaman yang anda boleh kongsi? Semasa anda merenungkan soalan ini, pertimbangkan untuk kaji semula pesanan Presiden Bonnie H. Cordon “Percaya kepada Tuhan dan Jangan Bersandar” (Liahona, Mei 2017, 6–9).

Imej
remaja putera sedang membaca kitab suci

Tulisan suci merupakan kekuatan yang hebat semasa kita berusaha menjadi lebih bertukar hati sepenuhnya.

Belajar Bersama

Adakah kuorum atau kelas anda tahu maksud bertukar hati kepada Yesus Kristus? Adakah mereka tahu cara untuk lebih bertukar hati sepenuhnya? Jemput mereka untuk merenungkan soalan-soalan ini semasa mereka mengkaji Ajaran dan Perjanjian 112:10–26. Bagaimanakah kita boleh kekal bertukar hati kepada Yesus Kristus walaupun dalam keadaan yang mencabar? Anda boleh menggunakan satu atau beberapa daripada aktiviti berikut untuk membantu kuorum atau kelas anda menguatkan penukaran hati mereka kepada Juruselamat.

  • Alma 32:27–43 boleh membantu mereka yang anda ajar fahami cara menguatkan iman mereka dan menjadi lebih bertukar hati sepenuhnya kepada injil Yesus Kristus. Anda mungkin boleh membahagikan ahli kuorum atau kelas kepada beberapa kumpulan dan minta setiap kumpulan untuk membaca ayat-ayat ini serta membincangkan apa yang tulisan suci ini ajarkan tentang iman dan penukaran hati. Minta setiap kumpulan untuk berkongsi hal yang mereka telah pelajari. Anda boleh menggalakkan perbincangan dengan bertanya soalan-soalan seperti: Mengapakah benih yang bertumbuh menjadi sebatang pokok merupakan gambaran penukaran hati yang bagus? Apakah ertinya “suatu percobaan terhadap kata-kata [Tuhan]”? (ayat 27). Apakah ertinya untuk “memelihara pokok”? (ayat 41). Bagaimanakah kita boleh tahu benih penukaran hati “menggembung, dan bertunas, dan mula tumbuh” dalam diri kita? (ayat 30). Berikan sedikit masa untuk ahli kuorum atau kelas merenung hal yang mereka perlu lakukan untuk memelihara penukaran hati mereka terhadap Yesus Kristus.

  • Banyak kuasa di dunia yang menentang penukaran hati kita kepada Yesus Kristus. Pembacaan Helaman 5:12 boleh mengajar ahli kuorum atau kelas cara untuk kekal kukuh meskipun ditentang. Apakah ertinya untuk “membina landasanmu” di atas batu Yesus Kristus? Anda boleh menugaskan setiap ahli sebahagian daripada pesanan Elder Quentin L. Cook “Asas-asas Iman” (Liahona, Mei 2017, 127–31) dan minta mereka mencari contoh serta nasihat yang membantu membina asas mereka terhadap Juruselamat.

  • Bolehkah anda fikirkan cara yang kreatif untuk mendemonstrasikan asas yang diajar oleh Presiden Bonnie H. Cordon dalam pesanannya “Percaya kepada Tuhan dan Jangan Bersandar”? Sebagai contoh, anda boleh bahagikan kuorum atau kelas kepada beberapa kumpulan dan menjemput setiap kumpulan untuk membina struktur yang tertinggi di permukaan yang condong dengan menggunakan blok atau objek lain. Kemudian, bincangkan bagaimana ini berkaitan dengan pesanan presiden Cordon. Kuorum atau kelas kemudian boleh selidiki pesanan tersebut untuk mendapat cadangan untuk memastikan kehidupan kita berpusat pada Yesus Kristus. Apakah pengalaman yang kita boleh kongsi tentang waktu kita bersandar pada pemahaman kita sendiri atau ketika kita percaya kepada Juruselamat?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat berkata, “Yang Aku ajarkan ini bukan ajaran-Ku, melainkan ajaran Dia yang mengutus Aku” (Yohanes 7:16). Yesus mengajar ajaran yang Dia pelajari dari Bapa-Nya. Bagaimanakah anda boleh memastikan anda mengajar ajaran yang benar?

Cetak