Ajaran dan Perjanjian 2021
26 September. Mengapakah Kunci-kunci Imamat Di Bumi Hari Ini Penting? Ajaran dan Perjanjian 106–108


“26 September. Mengapakah Kunci-kunci Imamat Di Bumi Hari Ini Penting? Ajaran dan Perjanjian 106–108,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“26 September. Mengapakah Kunci-kunci Imamat Di Bumi Hari Ini Penting?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
butiran tugu Petrus memegang kunci

26 September

Mengapakah Kunci-kunci Imamat Di Bumi Hari Ini Penting?

Ajaran dan Perjanjian 106–108

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kuorum atau kelas? Apakah matlamat yang kita ingin usahakan bersama?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk berkongsi injil? Apakah pengalaman yang kita telah peroleh dalam melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga?

  • Kehidupan kita. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita? Apakah yang telah mengilhami kita dalam kajian tulisan suci kita minggu ini?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

“Kunci-kunci Imamat,” Elder Gary E. Stevenson mengajar bahawa, “membuka untuk [anda] berkat-berkat, kurnia-kurnia dan kuasa-kuasa syurga” (“Di Mana Kunci-kunci dan Wewenang Imamat?Liahona, Mei 2016, 32). Yesus Kristus memegang semua kunci imamat dan Dia memberi wewenang kepada utusan syurgawi untuk menganugerahkan kunci-kunci imamat kepada Joseph Smith. Pada hari ini, ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul memegang kunci-kunci yang sama ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 90:3–4, 6; 107:35; 132:7). Kunci-kunci ini ialah wewenang yang Tuhan telah berikan kepada para pemimpin imamat untuk mengarah penggunaan imamat-Nya di bumi.

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 107 minggu ini, fikirkan tentang cara Tuhan boleh memberkati anda dan mereka yang anda ajar melalui imamat-Nya. Apakah hal yang anda temui dalam bahagian ini yang penting untuk diketahui oleh ahli kuorum atau kelas?

Imej
remaja putera sedang mengedarkan sakramen

Berkat rohani yang besar tersedia untuk kita melalui kunci-kunci imamat.

Belajar Bersama

Ajaran dan Perjanjian 107 boleh membantu menjawab soalan “Apakah berkat yang kita terima melalui imamat dan pelayanan pemimpin-pemimpin imamat?” Ahli kuorum atau kelas mungkin boleh menemui beberapa jawapan dalam ayat 18–23, 85–89. Untuk membantu mereka lebih memahami bagaimana imamat dan para pemimpin imamat memberkati kehidupan kita, gunakan satu atau beberapa daripada aktiviti berikut.

  • Beri mereka masa untuk mengajar sesama secara berpasangan tentang erti kunci-kunci imamat, berdasarkan hal yang mereka telah pelajari dari bacaan mereka. Apakah berkat-berkat yang telah datang kepada kita melalui pelayanan mereka yang memegang kunci-kunci imamat?

  • Anda boleh berkongsi cerita tentang kehilangan kunci dari Elder Gary E. Stevenson dalam enam perenggan pertama pesanannya “Di Mana Kunci-kunci dan Wewenang Imamat?” [ChurchofJesusChrist.org]). Anda boleh tunjukkan beberapa kunci dan menjemput kuorum atau kelas anda untuk berkongsi bagaimana kunci-kunci ini serupa dengan kunci-kunci imamat. Mereka yang anda ajar boleh kaji semula dan membincangkan tulisan suci yang dirujuk oleh Elder Stevenson (Joseph Smith—Sejarah 1:68–72; Ajaran dan Perjanjian 110:11–16), yang menjelaskan tentang kunci-kunci imamat yang dianugerahkan ke bumi. Anda boleh menjemput setiap ahli kuorum atau kelas untuk memilih satu daripada tulisan suci berikut dan berkongsi ringkasan dalam satu ayat tentang hal yang mereka pelajari tentang kuasa dan berkat yang kita terima melalui kunci-kunci imamat: Matius 16:18–19; Ajaran dan Perjanjian 27:12; 65:2; 84:19–20. Mengapakah kunci-kunci imamat di bumi hari ini penting?

  • Anda boleh memberi setiap ahli kuorum atau kelas anda satu kunci kertas. Jemput mereka untuk menulis pada kunci apa yang mereka pelajari mengenai imamat dan kemudian berkongsi apa yang mereka telah tulis. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi perasaan kita tentang para pemimpin kuorum atau kelas kita dan tugas yang kita terima daripada mereka?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

  • Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 76–79

  • Priesthood Keys (Kunci-kunci Imamat),” dalam General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Buku Panduan Umum: Melayani di Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir), 3.4.1

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat memanggil dan menetapkan pemimpin-pemimpin untuk mengarah dan mentadbir Gereja-Nya (lihat Matius 10:1–5). Bagaimanakah anda boleh membantu mereka yang anda ajar berasa syukur kepada pemimpin yang dipanggil untuk melayani serta membantu mereka?

Cetak