Ajaran dan Perjanjian 2021
12 September. Bagaimanakah Kita Boleh Menghadapi Kesukaran dengan Iman? Ajaran dan Perjanjian 98–101


“12 September. Bagaimanakah Kita Boleh Menghadapi Kesukaran dengan Iman? Ajaran dan Perjanjian 98–101,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“12 September. Bagaimanakah Kita Boleh Menghadapi Kesukaran dengan Iman?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
Orang suci berlari daripada kumpulan perusuh

C. C. A. Christensen (1831–1912), Orang Suci Diusir dari Jackson County Missouri, c. 1878, tempera pada kain kapas, 77 ¼ × 113 inci. Muzium Seni Universiti Brigham Young, hadiah daripada cucu C. C. A. Christensen, 1970

12 September

Bagaimanakah Kita Boleh Menghadapi Kesukaran dengan Iman?

Ajaran dan Perjanjian 98–101

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Siapakah kita harus jemput ke aktiviti yang akan datang?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas yang kita telah lengkapi? Apakah tugas yang kita perlu lakukan? Apakah cara yang kita pernah gunakan untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan bagaimanakah kita boleh menjemput orang lain sekarang?

  • Kehidupan kita. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita? Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan kita dan bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Firman Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 98 serta 101 telah melegakan para Orang Suci yang menghadapi dugaan yang teruk di Missouri pada tahun 1830-an. Walaupun dugaan kita mungkin berbeza daripada para ahli Gereja awal, kita semua menghadapi kesukaran semasa kefanaan, dan bertindak dengan iman terhadap kesukaran boleh membantu kita berkembang secara rohani dan menjadi lebih seperti Yesus Kristus.

Bagaimanakah berpaling kepada Tuhan semasa kesukaran boleh menguatkan anda dan menambah baik hubungan anda dengan Yesus Kristus? Apakah cabaran dan dugaan yang ahli kuorum atau kelas anda sedang alami dan bagaimanakah anda boleh membantu mereka mencari kekuatan dalam Juruselamat? Bagi membantu anda membuat persediaan untuk mengajar tentang kesukaran, anda boleh kaji semula pesanan Elder Neil L. Andersen “Yang Terluka” (Liahona, Nov. 2018, 83–86).

Imej
pemuda di luar

Kita boleh mencari kedamaian semasa kesukaran dengan berpaling kepada Juruselamat.

Belajar Bersama

Setiap ahli kuorum atau kelas anda bergelut dengan cabaran sendiri masing-masing. Apakah kelegaan yang anda rasa mereka boleh temui dalam Ajaran dan Perjanjian 98:1–3? Anda boleh menggunakan satu atau beberapa aktiviti berikut untuk membantu mereka memahami bagaimana untuk menghadapi kesukaran dengan beriman kepada Tuhan.

  • Tulisan suci mengandungi banyak contoh orang-orang yang telah menghadapi dugaan dengan iman. Ahli kuorum atau kelas boleh belajar menghadapi kesukaran secara beriman dengan mengkaji beberapa contoh ini (lihat beberapa contoh dalam “Sumber-sumber Sokongan”). Mereka boleh memilih satu daripada petikan tulisan suci dan meringkaskan pengalaman orang itu kepada kuorum atau kelas. Apakah pandangan yang kita peroleh tentang mengapa kita perlu menghadapi kesukaran? Apakah yang kita pelajari tentang cara menghadapi kesukaran dengan beriman? Jemput ahli kuorum atau kelas untuk menulis dugaan yang mereka atau orang mereka kasihi sedang hadapi dan untuk merenungkan cara mereka boleh mendapat kuasa Juruselamat untuk membantu mereka semasa dugaan ini.

  • Minta ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi hal yang mereka pelajari.

  • Salah satu cara untuk mendorong perbincangan tentang kesukaran adalah dengan melukiskan satu garisan menegak di tengah-tengah papan tulis dan tulis Mengapakah kita menghadapi kesukaran? di satu sisi, kemudian Bagaimanakah kita boleh menghadapi kesukaran dengan beriman? di ruang sebelah. Setiap ahli kuorum atau kelas anda boleh membaca salah satu bahagian pesanan Elder Neil L. Andersen “Yang Terluka”, untuk mencari jawapan kepada soalan di papan tulis. Apakah yang kita pelajari tentang Juruselamat daripada pesanan Elder Andersen?

  • Elder Stanley G. Ellis telah menggunakan contoh anak ayam dan rama-rama untuk mengajar tentang kesukaran dalam pesanannya “Adakah Kita Mempercayai Dia? Susah Adalah Baik” (Liahona, Nov. 2017, 112–14). Anda boleh menunjukkan gambar anak ayam menetas atau rama-rama keluar dari kepompong dan bincangkan hal yang diajar oleh Elder Ellis. Mereka yang anda ajar kemudiannya boleh bekerjasama secara berpasangan untuk kaji semula ucapan Elder Ellis. Setiap pasangan boleh senaraikan semua yang mengajar tentang mengapa kita menghadapi kesukaran dan cara kita harus bertindak balas terhadapnya. Bagaimanakah usaha menghadapi kesukaran dengan beriman membantu kita semakin dekat dengan Juruselamat?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat mengenali mereka yang diajar-Nya secara peribadi—dan Dia tahu siapa yang mereka boleh menjadi. Ketika mereka menghadapi kesusahan, Dia tidak berputus asa terhadap mereka tetapi terus mengasihi mereka. Apakah kesukaran yang dihadapi remaja? Bagaimanakah anda boleh menunjukkan kasih dan sokongan?

Cetak