Ajaran dan Perjanjian 2021
22 Ogos. Mengapakah Tuhan Mahu Saya Sihat? Ajaran dan Perjanjian 89–92


“22 Ogos. Mengapakah Tuhan Mahu Saya Sihat? Ajaran dan Perjanjian 89–92,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“22 Ogos. Mengapakah Tuhan Mahu Saya Sihat?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang merentas hutan

22 Ogos

Mengapakah Tuhan Mahu Saya Sihat?

Ajaran dan Perjanjian 89–92

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang baharu dalam bahagian kita dan bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membuat masa dalam pertemuan kuorum atau kelas kita penuh bermakna?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai remaja putera dan remaja puteri? Bagaimanakah kita boleh memenuhinya dengan lebih baik?

  • Kehidupan kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menerima kuasa-Nya dalam kehidupan kita? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada-Nya?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Sesetengah orang menganggap Kata-kata Bijaksana, yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 89, sebagai senarai hal yang harus dibuat dan tidak patut dibuat. Kata-kata Bijaksana memang memberi panduan seumpama itu, tetapi ia turut mengandungi asas untuk menjaga kesihatan diri kita. Panduan ini turut mengajarkan cara kita melayani tubuh badan kita mempengaruhi kesihatan mental, emosi dan rohani kita. Apakah berkat yang anda telah peroleh semasa anda berusaha menjalani kehidupan yang sihat?

Ahli kuorum atau kelas anda mungkin telah mengkaji Kata-kata Bijaksana semasa mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 89–92 minggu ini. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka memahami berkat jasmani dan rohani yang datang dari mematuhi wahyu ini? Anda boleh mencari pandangan yang berguna dengan mengkaji semula “Kesihatan Fizikal dan Emosi” dalam Untuk Kekuatan Remaja ([2011], 25–27).

Imej
remaja putera sedang merentas hutan

Usaha menjaga kesihatan tubuh badan jasmani kita mempengaruhi kesihatan mental, emosi dan rohani kita.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan tentang Kata-kata Bijaksana, tulis perkataan-perkataan ini di papan tulis: Jasmani, Intelektual, Rohani dan Sosial. Jemput ahli kuorum atau kelas untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 89:18–21 dan bincangkan bagaimana janji dalam ayat-ayat ini boleh digunakan dalam aspek ini. Apakah berkat yang boleh datang dari mematuhi Kata-kata Bijaksana? Bagaimanakah kita merasa berkat ini dalam kehidupan kita?

  • Ahli kuorum atau kelas anda boleh mempelajari banyak dari satu sama lain dengan membuat senarai kolektif hal yang mereka lakukan untuk menjadi sihat. Bahagikan ahli kuorum atau kelas kepada beberapa kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan untuk mencari satu atau beberapa petikan tulisan suci dalam tajuk pertama di bawah “Sumber-sumber Sokongan” untuk mengenal pasti kebenaran tentang kesihatan jasmani. Minta setiap kumpulan untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari dan senaraikan idea mereka di papan tulis. Bagaimanakah kita akan menjawab soalan-soalan seperti berikut: Mengapakah Tuhan memberi kita hukum tentang kesihatan jasmani? Mengapakah kita mematuhinya?

  • Ahli kuorum atau kelas anda mungkin akan ditanya soalan tentang mengapa mereka tidak minum alkohol, merokok atau menagih dadah. Bagaimanakah mereka menjawab soalan-soalan ini? Mereka boleh mencari “Kesihatan Fizikal dan Emosi” dalam Untuk Kekuatan Remaja (halaman 25–27) dan mengenal pasti nasihat serta berkat dijanjikan yang mereka boleh kongsi dengan ahli-ahli lain. Bagaimanakah cara kita melayani tubuh badan kita mempengaruhi hubungan kita dengan Tuhan? Bagaimanakah ahli kuorum atau kelas menerima kesaksian bahawa kepatuhan terhadap Kata-kata Bijaksana memberkati kehidupan mereka?

  • Pengalaman yang menunjukkan berkat mematuhi Kata-kata Bijaksana boleh mengilhami ahli kuorum atau kelas untuk lebih komited mematuhi hukum ini. Anda boleh berkongsi pengalaman kehidupan anda atau pengalaman yang Presiden Thomas S. Monson kongsikan dalam pesanannya “Asas-asas dan Janji-janji” (Liahona, Nov. 2016, 78–79). Anda boleh menggalakkan ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi pengalaman mereka.

  • Untuk memulakan perbincangan tentang cara menentang godaan untuk melanggar Kata-kata Bijaksana, anda boleh tunjukkan kuorum atau kelas anda satu jenis umpan (atau gambar umpan). Bagaimanakah umpan menipu ikan? Bagaimanakah umpan seperti perbuatan yang Setan lakukan untuk memperdaya atau menipu kita? Bagaimanakah kita boleh membantu seseorang yang bergelut dengan godaan berpaling kepada Juruselamat? (lihat tulisan suci dalam tajuk kedua di bawah “Sumber-sumber Sokongan”).

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Dalam setiap situasi, Juruselamat ialah teladan dan mentor kita. Sambil anda membuat persediaan untuk mengajar, fikirkan cara Tuhan berkomunikasi dengan orang lain dan cara anda berkomunikasi agar boleh menaikkan semangat dan menggalakkan mereka yang anda ajar.

Cetak