Ajaran dan Perjanjian 2021
8 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Terlibat dalam Pengumpulan Israel? Ajaran dan Perjanjian 85–87


“8 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Terlibat dalam Pengumpulan Israel? Ajaran dan Perjanjian 85–87,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“8 Ogos. Bagaimanakah Saya Boleh Terlibat dalam Pengumpulan Israel?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja putera di depan bait suci

8 Ogos

Bagaimanakah Saya Boleh Terlibat dalam Pengumpulan Israel?

Ajaran dan Perjanjian 85–87

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah aktiviti yang kita telah adakan baru-baru ini? Adakah ia berjaya? Apakah yang memuaskan dan bagaimanakah kita boleh memperbaikinya?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Siapakah yang memerlukan pelayanan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Kehidupan kita. Apakah matlamat yang kita sedang usahakan secara individu? Apakah pengalaman yang boleh kita kongsi? Apakah berkat yang kita telah terima?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ahli kuorum atau kelas anda mungkin mengetahui sedikit tentang tanggungjawab mereka untuk melakukan kerja penginjil dan pekerjaan bait suci serta sejarah keluarga. Tetapi jika anda menyebut tentang pengumpulan Israel, mereka mungkin tidak tahu apa yang anda katakan. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka memahami bahawa berkongsi injil, menyelidik sejarah keluarga mereka dan melaksanakan tatacara di bait suci merupakan sebahagian daripada pekerjaan yang jauh lebih besar dalam pengumpulan Israel bagi persediaan untuk Kedatangan Kedua Juruselamat?

Mereka yang anda ajar mungkin telah mengkaji perumpamaan gandum dan lalang dalam Ajaran dan Perjanjian 86, yang mengajar tentang pengumpulan Israel pada hari-hari terakhir. Semasa anda membaca bahagian ini, cuba bayangkan ahli dalam kuorum atau kelas anda sebagai pekerja di ladang Tuhan. Bagaimanakah anda akan membantu mereka merasa kebahagiaan yang datang dari terlibat dalam pekerjaan yang hebat ini? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini, kaji mesej Presiden Russell M. Nelson dan Sister Wendy W. Nelson “Harapan Israel” ([pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018], tambahan kepada New Era dan Ensign, ChurchofJesusChrist.org).

Imej
remaja puteri dan wanita dewasa sedang melihat komputer

Remaja putera dan remaja puteri boleh membantu mengumpulkan Israel dengan melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga.

Belajar Bersama

Anda boleh mula dengan bertanya ahli kelas soalan seperti: Apakah yang menonjol semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 86 di rumah? Apakah yang anda telah pelajari tentang pekerjaan pengumpulan anak-anak Tuhan di hari-hari terakhir? Apakah yang kita sedang lakukan untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan ini? Berikut ialah idea-idea tambahan untuk mengilhami kuorum atau kelas anda untuk mengambil bahagian dalam pengumpulan Israel.

  • Tanya ahli kuorum atau kelas anda apa yang mereka fikirkan ketika mereka mendengar istilah “pengumpulan Israel”. Sekiranya mereka memerlukan bantuan, cadangkan agar mereka membaca definisi yang berikut oleh Presiden Russell M. Nelson: “Pengumpulan Israel bermaksud memberi injil Yesus Kristus kepada anak-anak Tuhan di dua belah tirai yang belum membuat perjanjian penting dengan Tuhan atau menerima tatacara penting. Setiap anak Bapa Syurgawi harus berpeluang membuat pilihan untuk mengikut Yesus Kristus, mengenal dan menerima injil-Nya serta berkat-berkatnya (“Harapan Israel”, 11–12). Bagaimanakah definisi ini mempengaruhi cara kita fikir tentang tugas yang penting ini?

  • Untuk membantu ahli kuorum atau kelas melihat cara perumpamaan gandum dan lalang berkaitan dengan mereka, anda boleh menulis ungkapan dari Ajaran dan Perjanjian 86 di papan tulis. Ungkapan ini boleh menjelaskan lambang dalam perumpamaan ini—seperti “penabur benih”, “lalang menghimpit gandum”, “daunnya tumbuh dan masih lembut” dan “mengumpulkan gandum” (ayat 2–4, 7). Ungkapan ini juga boleh menggambarkan tafsiran lambang ini—misalnya “Para Rasul”, “Kemurtadan”, “Pemulihan” dan “kerja penginjil”. Kemudian ahli kuorum atau kelas boleh bekerjasama untuk kaji semula bahagian 86 dan memadankan lambang dengan maksud masing-masing. (Mereka juga boleh membaca Matius 13:36–43.) Apakah yang kita pelajari daripada perumpamaan ini tentang pekerjaan pengumpulan Israel? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadi “cahaya” dan “juruselamat” kepada anak-anak Tuhan? (Ajaran dan Perjanjian 86:11).

  • Ahli kuorum atau kelas mungkin ingat dalam pesanan “Harapan Israel” oleh Presiden Russell M. Nelson, yang telah menjemput mereka untuk melakukan hal tertentu agar bersiap sedia untuk membantu mengumpulkan Israel (lihat halaman 14–17). Tanya mereka apakah jemputan yang mereka ingat, dan kaji semula jemputan bersama, jika perlu. Bagaimanakah dengan melakukan hal-hal ini menjadikan kita lebih berkesan dalam mengumpulkan Israel? Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengingatkan diri kita tentang jemputan-jemputan ini dan membantu satu sama lain untuk memenuhinya? Galakkan ahli kuorum atau kelas untuk berfikir secara kreatif dan berkongsi idea mereka.

  • Ahli kuorum atau kelas boleh membaca pengenalan dan dua bahagian pertama pesanan Elder Quentin L. Cook, “Kasih Sayang Besar untuk Anak-anak Bapa Kita” (Liahona, Mei 2019, 76–79), untuk mencari mengapa kasih begitu penting dalam usaha penginjil dan bait suci serta sejarah keluarga kita. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang bagaimana kasih boleh membuat perbezaan semasa kita berusaha untuk berkongsi injil dengan mereka di kedua-dua belah tirai. Berikan sedikit masa untuk ahli kuorum atau kelas menulis hal yang mereka ingin lakukan kerana perbincangan hari ini. Untuk membantu mereka mendapatkan idea, anda boleh mencadangkan agar mereka fikirkan orang yang mereka kenali. Bagaimanakah Tuhan membantu orang-orang ini? Bagaimanakah kita boleh membantu?

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat mempercayai mereka yang mengikut-Nya. Dia telah mempersiapkan mereka dan memberi mereka tanggungjawab yang penting untuk mengajar, memberkati dan melayani orang lain. Apakah peluang yang anda boleh sediakan kepada remaja untuk mengajar sesama sendiri?

Cetak