Ajaran dan Perjanjian 2021
25 Julai. Mengapakah Saya Harus Patuhi Perintah Tuhan? Ajaran dan Perjanjian 81–83


“25 Julai. Mengapakah Saya Harus Patuhi Perintah Tuhan? Ajaran dan Perjanjian 81–83,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“25 Julai. Mengapakah Saya Harus Patuhi Perintah Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang menyanyi

25 Julai

Mengapakah Saya Harus Patuhi Perintah Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 81–83

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kuorum atau kelas? Apakah matlamat yang kita ingin usahakan bersama?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk berkongsi injil? Apakah pengalaman yang kita telah peroleh dalam melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga?

  • Kehidupan kita. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita? Apakah yang telah mengilhami kita dalam kajian tulisan suci kita minggu ini?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Kita mungkin merasa perintah Tuhan ada kalanya mengehadkan kebebasan kita dan membataskan hak pilihan kita. Sebenarnya, perintah mempertingkatkan kebebasan kita. Dalam Ajaran dan Perjanjian 82:8–10 kita belajar bahawa perintah membantu kita memahami niat Tuhan dan apabila kita mematuhinya, tindakan kita akan “berpaling kepada [kita] untuk keselamatan [kita]”. Malah, apabila kita mematuhi Tuhan, Dia “terikat” memberi kita semua berkat yang Dia telah janjikan (ayat 9–10). Bagaimanakah Bapa Syurgawi telah memberkati anda apabila anda mematuhi perintah-perintah-Nya? Untuk persediaan mengajar, anda dapat membaca pesanan Elder Dale G. Renlund “Banyak Berkat” (Liahona, Mei 2019, 70–73).

Imej
remaja puteri sedang belajar

Teladan hamba-hamba Tuhan yang beriman pada masa lalu boleh mengilhami kita untuk hidup dengan penuh iman pada hari ini.

Belajar Bersama

Ahli kuorum atau kelas anda mungkin berasa susah untuk mematuhi sesetengah daripada perintah-perintah ini. Tindakan membantu mereka memahami mengapa kepatuhan adalah penting boleh mengilhami mereka. Tulis tajuk rangka ini di papan tulis dan jemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi jawapan. Anda boleh meminta mereka mencari pandangan tambahan dalam Ajaran dan Perjanjian 82:8–10, yang mereka mungkin telah pelajari minggu ini. Kemudian pilih satu atau beberapa aktiviti berikut untuk membantu mereka lebih memahami mengapa penting untuk selalu patuhi Tuhan, walaupun ia sukar.

  • Adalah lebih mudah untuk kita mematuhi perintah apabila kita memahami sebab di sebaliknya. Untuk mengetahui mengapa Tuhan memberi kita perintah, ahli kuorum atau kelas boleh kaji semula rujukan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Sokongan” (atau sumber lain yang anda fikirkan). Bagaimanakah tulisan suci boleh membantu kita apabila kita berasa sukar untuk mematuhi perintah?

  • Semasa remaja memahami contoh kepatuhan sempurna Juruselamat, mereka mungkin terilham untuk lebih patuhi Tuhan sepenuhnya. Bilakah Yesus Kristus mematuhi Bapa-Nya, walaupun dalam keadaan yang sukar? (lihat Matius 4:1–11; Lukas 22:39–44). Contoh lelaki dan wanita yang mematuhi perintah boleh didapati dalam Ibrani 11. Kuorum atau kelas anda boleh memilih salah satu daripada contoh ini—atau orang lain yang mereka kenali, termasuk keluarga mereka—dan berkongsi hal yang mengilhami mereka tentang orang-orang ini. Mengapakah mereka memilih untuk mematuhi Tuhan? Bagaimanakah Juruselamat membantu kita apabila kita memilih untuk patuh?

  • Bagi membantu ahli kuorum atau kelas melihat perintah sebagai berkat dan bukan sebagai beban, anda boleh berkongsi ajaran-ajaran Elder D. Todd Christofferson yang boleh didapati dalam “Sumber-sumber Sokongan”. Anda boleh memaparkan atau melukis gambar tangga dan meminta remaja untuk melabelkan setiap anak tangga dengan perintah yang mungkin sukar bagi seorang remaja untuk fahami atau patuhi. Bagaimanakah kata-kata Elder Christofferson boleh membantu seseorang yang bergelut untuk mematuhi perintah?

  • Kuorum atau kelas boleh merancang video mereka sendiri tentang kepatuhan kepada perintah Tuhan. Mereka kemudiannya boleh mengatur aktiviti untuk mencipta video dan kongsi video di media sosial.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

  • 1 Nefi 17:3; Mosia 2:41; Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 (Kita diberkati melalui kepatuhan terhadap perintah)

  • Ulangan 10:12–13; Yohanes 14:15; 1 Yohanes 5:1–3 (Kita mematuhi perintah kerana kita mengasihi Tuhan)

  • Ajaran dan Perjanjian 93:20 (Kepatuhan membolehkan kita menerima kegenapan Tuhan)

  • Elder D. Todd Christofferson mengajar bahawa: “Sesetengah orang hanya melihat pengorbanan dan pembatasan dalam kepatuhan terhadap perintah perjanjian yang baharu dan kekal, tetapi bagi mereka yang mengalami pengalaman ini—yang mengabdikan diri mereka kepada perjanjian secara bebas dan tanpa syarat—menemui kebebasan dan kepuasan yang lebih besar. Apabila kita benar-benar memahami, kita mencari lebih banyak perintah, bukan sebaliknya. Setiap hukum atau perintah baharu yang kita pelajari dan amalkan adalah seperti satu lagi anak tangga atau langkah yang membolehkan kita memanjat lebih tinggi dan makin tinggi. Memang benar, kehidupan injil ialah kehidupan yang baik” (“The Power of Covenants”, Liahona, Mei 2009, 23).

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menjemput para pengikut-Nya untuk bersaksi dan semasa mereka melakukannya, Roh telah menyentuh hati mereka. Semasa anda mengajar, jemput ahli kuorum atau kelas untuk berkongsi kesaksian mereka tentang kepentingan mematuhi perintah.

Cetak