2010–2019
Kuasa Syurgawi
April 2012


Kuasa Syurgawi

Pemegang imamat yang muda dan tua perlukan kedua-dua wewenang dan kuasa-keizinan yang diperlukan dan keupayaan rohani untuk mewakili Tuhan dalam kerja penyelamatan.

Saudara-saudara yang saya sayangi, saya bersyukur kita dapat bersembahyang bersama sebagai kumpulan pemegang imamat yang besar. Saya menyayangi serta menghargai anda bagi kelayakan anda dan pengaruh baik anda di seantero dunia.

Saya mengundang anda untuk berfikir akan cara dengan mana anda akan menjawab soalan yang berikut yang dikemukakan kepada ahli-ahli gereja bertahun-tahun lepas oleh Presiden David O. McKay; “Jika pada saat ini, setiap satu darimu ditanya untuk menyebut dalam satu ayat atau frasa sifat Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang terutama, apakah akan jawabmu?” (“The Mission of the Church and Its Members,” Improvement Era, Nov. 1956, 781).

Jawapan yang Presiden McKay berikan bagi soalannya adalah “wewenang ilahi” imamat. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berdiri tersendiri dari gereja-gereja yang lain yang mendakwa bahawa wewenang mereka diambil dari pergantian sejarah, tulisan suci, atau pembelajaran teologi. Kita mengisytiharkan dengan jelas bahawa wewenang imamat telah dianugerahkan oleh perletakan tangan dengan langsung dari utusan-utusan syurgawi kepada nabi Joseph Smith.

Pesan saya berfokus pada imamat yang ilahi dan kuasa syurga. Saya berdoa dengan tulus bagi pertolongan Roh Tuhan ketika kita belajar bersama tentang kebenaran-kebenaran ini yang penting.

Wewenang and Kuasa Imamat

Imamat ialah wewenang Tuhan yang ditugaskan kepada manusia di dunia untuk bertindak bagi segala hal demi keselamatan manusia (lihat Spencer W. Kimball, “The Example of Abraham,” Ensign, June 1975, 3). Imamat bermaksud kaedah dengan mana Tuhan bertindak melalui kita manusia untuk menyelamatkan jiwa-jiwa. Salah satu dari sifat-sifat Gereja Yesus Kristus yang membezakan, pada zaman kuno dan sekarang, adalah wewenang-Nya. Tidak mungkin ada Gereja yang benar tanpa wewenang ilahi.

Orang-orang yang biasa diberikan wewenang imamat. Kelayakan dan kesanggupan—bukan pengalaman, kemahiran, atau pendidikan—adalah prasyarat untuk pentahbisan imamat.

Pola untuk mendapat kuasa imamat dilukiskan di dalam Fasal Kepercayaan ke lima: “Kita percaya bahawa seorang mesti dipanggil oleh Tuhan, nubuat, dan perletakan tangan oleh mereka yang berwewenang, untuk mengkhutbahkan Injil dan melayani di dalam tatacara-tatacaranya.” Maka, seorang budak atau dewasa lelaki menerima wewenang imamat dan ditahbiskan ke dalam pejabat khas oleh seorang yang sudah memegang imamat dan telah diberikan kebenaran oleh seorang pemimpin dengan kunci-kunci imamat yang perlu.

Seorang pemegang imamat diharapkan untuk menggunakan wewenang suci ini menurut minda suci, hasrat, dan maksud Tuhan. Tidad ada apa-apa tentang imamat yang mementingkan diri. Imamat selalunya digunakan untuk melayani, memberkati, dan mengautkan orang-orang lain.

Imamat tinggi diterima oleh perjanjian yang serius yang termasuk kewajipan untuk bertindak dalam kewenangan (lihat A&P 68:8) dan pejapat (lihat A&P 108:99) yang telah diterima. Sebagai pemegang wewenang imamat Tuhan yang suci, kita pelaku yang melakukan dan bukan objek-objek untuk diperlakukan (lihat 2  Nefi 2:26). Imamat pada asasnya giat dan bukan pasif.

Presiden Ezra Taft Benson mengajar:

“Ia bukan cukup untuk menerima imamat lalu duduk secara pasif dan menunggu sehingga seorang mengejan kita untuk bergiat. Apabila kita menerima imamat, kita ada kewajipan untuk melibat secara giat dan sungguh-sungguh dalam mengkhabarkan maksud-maksud kebenaran di dunia, kerana Tuhan mengatakan:

“‘…Dia yang tidak melakukan apa-apa sehingga dia diperintah, dan menerima sebuah perintah dengan hati yang ragu, dan melakukannya dengan kemalasan, yang sama itu dilaknat’ [A&P58:29]” (So Shall Ye Reap [1960], 21).

Presiden Spencer W. Kimball menitikberatkan dengan tajam sifat-sifat giat imamat. “Seorang melanggar perjanjian imamat dengan melanggar perintah—tetapi juga dengan tidak menyiapkan tugasnya. Oleh itu, untuk melanggar perjanjian ini, seorang perlu saja untuk tidak melakukan apa-apa” (The Miracle of Forgiveness [1969], 96).

Ketika kita melakukan sedaya upaya untuk memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab imamat kita, kita dapat diberkati dengan kekuasaan keimamatan. Kuasa imamat adalah kuasa Tuhan yang dioperasikan melalui para lelaki gereja yang kecil dan dewasa seperti kita dan adalah akibat iman, ketaatan, ketekunan, dan kesolehan peribadi. Seorang lelaki dapat menerima wewenang imamat melalui perletakan tangan tetapi tidak aka nada kuasa imamat kalau dia tidak patuh, tidak layak, atau tidak sanggup untuk melayani.

“Bahwa hak keimamatan berhubungan erat tak berpisahkan dengan kekuasaan surga, dan bahwa kekuasaan surga tidak dapat diatur ataupun ditangani hanya berdasarkan asas-asas kebenaran saja.

“Bahwa hal-hal itu dapat dianugerahkan kepada kita, itu memang benar, tetapi bila kita melakukannya untuk menutupi dosa kita, atau untuk memuaskan kesombongan dan keinginan kita yang sia-sia, atau berusaha mengatur atau menguasai atau memaksa jiwa anak-anak manusia, dalam bentuk apapun yang tidak benar, lihatlah, surga akan menarik dirinya, Roh Tuhan menjadi sedih, dan bila Roh Tuhan telah menarik diri, berakhirlah imamat atau wewenang orang itu” (A&P 121:36–37).

Saudara-saudaraku, bagi seorang pemuda atau lelaku yang dewasa untuk menerima wewenant imamat tetapi mengabaikan tugasnya yang perlu untuk melayakkan diri untuk kekuasaan keimamatan tidak boleh diterima oleh Tuhan. Pemegang imamat yang muda dan tua perlu kedua-dua wewenang dan kuasa—keizinan yang perlu dan keupayaan rohani untuk mewakilkan Tuhan dalam pekerjaan keselamatan.

Pelajaran dari Ayahku

Saya dibesar dalam sebuah rumah dengan ibu yang beriman dan ayah yang hebat. Ibu saya dari keturunan dari para peneroka yang mengorbankan kesemuanya demi Gereja ini yang kerajaan Tuhan. Ayah saya bukan seorang ahli Gereja dan, sebagai pemuda, telah ingin menjadi Ayah Katolik. Pada akhirnya, dia tidak memilih untuk menghadiri seminari teologi dan sebagai ganti menjalankan kerjaya sebagai pembuat alat-alat dan pewarna.

Untuk kebanyakan hidupnya sebagai sorang suami, ayah saya menghadiri pertemuan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dengan keluarga kita. Hakikatnya, kebanyakan ahli bahagian kami tidak tahu dia buka ahli Gereja. Dia main di dan melatih pasukan besbol bahagian kami, menolong dengan kegiatan pengakap, dan menyokong ibu saya dalam panggilan dan tugasnya yang beragam macam. Saya ingin memberitahukan anda tentang salah satu dari pelajaran yang paling besar yang saya belajar dari ayah saya tentang wewenang dan kuasa imamat.

Sebagai budak saya tanya ayah saya banyak kali setiap minggu bilakah akan dia dibaptiskan. Dia menjawab dengan kasih tetapi secara tegas: “David, saya tidak akan memasuki gereja untuk ibumu, kamu, atau sesiapa yang lain. Saya akan masuk Gereja ini apabila saya tahu bahawa ia hal yang benar untuk melakukan.”

Saya percaya saya berumur awal belasan tahun apabila perbualan yang berikut terjadi dengan ayah saya. Kami baru sahaja pulang dari pertemuan Gereja kita pada hari ahad dan saya tanya ayah saya bila dia akan dibaptis. Dia senyum dan berkata, “Anda selalu bertanya saya tentang bila saya akan dibaptis. Hari ini saya ada soalan untuk kamu.” Saya secara cepat dan penuh semangat menyimpulkan bahawa sekarang sedang maju!

Ayah saya terus, “David, gereja anda menajar bahawa imamat diambil dari dunia pada zaman kuna dan telah dipulihkan oleh utusan syurgawi kepada Nabi Joseph Smith, benar?” Saya menjawaba bahawa penyataannya benar. Lalu dia berkata, “Inilah soalan saya. Setiam minggu dalam pertemuan imamat saya mendengar si uskup dan pemimpin imamat yang lainnya mengingati, meminta-minta, dan merayu bagi para lelaki imamat untuk melakukan pengajaran keluarga (mengajar rumah ke rumah) dan tugas imamat yang lainnya. Jika Gereja anda dengan benar ada imamat Tuhan yang dipulihkan, kenapa begitu banyak dari para lelaki imamat dalam gereja anda tidak berbeza dalam melakukan tugas agama mereka daripada para lelaki dalam gereja saya?” Fikiran saya yang muda dengan segera menjadi kosong. Say tidak ada jawaban untuk ayah saya.

Saya percaya bahawa ayah saya salah untuk menghakimkan kesahan dakwaan Gereja kita bagi wewenang ilahi kerana kelemahan para lelaki dengan mana dia bercampur di bahagian kami. Tetapi tertanam dalam soalannya bagi saya adalah angappan benar bahawa para lelaki yang memegang imamat Tuhan yang suci harus berbeza daripada para lelaki yang lain. Para lelaki yang memegang imamat harus tidak menerima wewenang imamat saja, tetapi just harus bertindak secara berbeza. Para lelaki yang tidak patut sahaja menerima wewenang imamat tetapi just menjadi pembuluh yang layak dan setia agi kuasa Tuhan. “Jadilah engkau bersih yaitu yang mengangkat perkakas Tuhan” (A&P 38:42).

Saya tidak perna melupakan pelajaran tentang kuasa dan wewenang imamat yang saya belajar dari ayah, seorang baik yang bukan ahli gereja, yang mengharapkan lebih banyak dari para lelaki yang mendakwa memegang imamat Tuhan. Perbualan hari ahad itu dengan ayah saya bertahun-tahun lepas menghasilkan di dalam diri saya keinginan untuk menajdi ‘pemuda baik.’ Saya tidak ingin menjadi teladan bukur dan batu kesandungan dalam kemajuan ayah saya dalam belajar tentnag injil yang dipulihkan. Saya dengan sederhana ingin menjadi pemuda yang baik. Tuhan memerlukan kita semua yang memegang wewenang imamat untuk menjadi terhormat, berakhlak dan lelaki yang baik pada setiap waktu dan di setiap tempat.

Andan mungkin ingin tahu bahawa beberapa tahun kemudian, ayah saya dibaptis. Dan pada waktu yang sesuai, saya ada kesempatan untuk menganugerahinya dengan imamat Harun dan Melkisidek. Salah satu dari pengalaman saya yang terhebat adalah melihat ayah saya menerima wewnant, dan juga, kuasa imamat.

Saya berkongsi pelajaran yang tejam ini yang saya belajar dari ayah saya untuk menitikberatkan sebuah kebenaran yang mudah difahami. Penerimaan wewenant imamat melalui perletakan tang adalah permulaan yang penting, tetapi tidak mencukupi. Pentahbisan menganugerahi wewnang, tetapi kesalehan perlu untuk bertindak dengan kuasa ketika kita bekerja untuk mengangkat jiwa, mengajar dan bersaksi, memberikati dan menasihati, dan maju dalam pekerjaan keselamatan.

Dalam musim yang hebat ini dari sejarah dunia, anda dan saya sebagai pemegang imamat perlu menjadi para lelaki yang saoleh dan juga alat-alat yang berkesan dalam tangan Tuhan. Kita perlu mengangkat sebagai para lelaki Tuhan. Baiklah kalau saya dan anda belajar serta ikuti teladan Nefi, cucu Helaman, dan yang pertama dari dua belas muris yang dipanggil oleh Juruselamat pada pemulaan pelayanannya di antara bangsa Nefi. “ Dan dia melayankan banyak hal kepada mereka;…dan Nefi melayani dengan kuasa dan wewenang yang hebat” (3 Nefi 7:17).

Tolong Suami Memahami

Pada tamat wawancara recomen bait suci yang saya jalankan sebagai uskup dan presiden wilayah, saya kerap bertana para isteri bagaimana saya dengan paling baik dapat melayani mereka dan keluarga mereka. Kekonsistenan jawaban yang saya terima dari para saudari yang beriman itu memberi maklumat dan mencemaskan. Para saudari tidak kerap merungut atau mengkirik, tetapi mereka kerap menjawab seperti yang berikut. “Tolong suami saya memahami tanggunjawabnya sebahai pemimpin imamat dalam rumah kami. Saya sanggup mengambil peranan utama dalam pengajian tulisan suci, doa keluarga, dan malam keluarga, dan saya akan terus begitu. Tetapi saya ingin supaya suami saya menjadi pasangan yang setara dan memberikan kepemimpinan imamat yang hanya dapat dia berikan. Tolong suami saya belajar bagaiaman menjadi bapa bangsa dan pemimpin imamat di dalam rumah kami yang menjadi pengerusi dan menlindungi.”

Saya kerap merenungkan keihklasan para saudari dan permohonan mereka. Pemimpin imamat mendengarkan perisauan yang sama hari ini. Ramai isteri memohong bagi suami yang tidak saja ada wewenang imamat tetapi kuasa imamat juga. Mereka ingin menjadi setara dengan seorang suami yang beriman dan seorang teman keimamatan dalam kerja mencipat rumah yang berpusat pada Kristus dan berfokus pada injil.

Saudara-saudara, saya berjanji bahawa jika anda dan saya mengaji secara penuh doa permohonan saudari-saudari ini, Roh Kudus akan menolong kita melihat diri kita yang sebenar (lihat A&P 93:24) dan menolong kita mengenali hal-hal yang kita perlu mengubah dan memperbaik. Dan sekaranglah waktu untuk bertindak!

Menjadi Teladan Kesalehan

Mala mini saya mengulangi pengajaran Presiden Thomas S. Monson yang telan mengundang kita untuk menjadi “teladan kesalehan.” Dia telah mengingatkan kita berulang kali bahawa kita berada dalam pelayanan Tuhan dan berhad menerima pertolongannya menurut kelayakan kita (Lihat “Examples of Righteousness,” Liahona and Ensign, May 2008, 65–68). Anda dan saya memegang wewenang imamat ang telah dipulangkan ke dunia dalam dispensasi ini oleh utusan syurgawi, malah Yohanes Pembaptis dan Petros, Yakobus, dan Yohannes. Dan begitu, setiap lelaki yang menerima Imamat Melkisidek dapat menyusur-galur imamatnya dalam garis langsung kepada Tuhan Yesus Kristus. Saya harap kita bersyukur untuk berkat ini yang begitu hebat. Saya berdoa agar kita akan menjadi bersih dan layak untuk mewakilkan Tuhan ketika kita menjalankan wewenang-Nya yang suci. Semoga kita semua layak untuk kekuasaan keimamatan.

Saya bersaksi bahawa imamat telah dipulihkan ke dunia dalam zaman akhir ini dan didapati di dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Saya juga bersaksi bahawa Presiden Thomas S. Monson adalah imam tinggi yang mempengerusi atas imamat tinggi Gereja (lihat A&P 107:9, 22, 65–66, 91–92) dan adalah orang satu-satunya di atas bumi yang dua-dua memgang dan berhad untuk menjalankan semua kunci-kunci imamat. Akan segala hal ini saya bersaksi dalam nama Tuhan Yesus Kristus yang suci, amen.