2010–2019
Memiliki Visi untuk Bertindak
April 2012


Memiliki Visi untuk Bertindak

Jika kita ingin menjadi makmur dan bukan terhapus, kita mesti memperoleh satu visi tentang diri sendiri seperti Juruselamat menampak kita.

Seperti semua ibu bapa yang baik, ibu bapa saya inginkan satu masa depan yang cemerlang bagi anak-anak mereka. Bapa saya bukan seorang ahli Gereja, dan kerana keadaan yang luar biasa yang berada pada masa itu, ibu bapa saya bertekad bahawa saya dan adik-beradik saya harus meninggal pulau kami Amerika Samoa, pada Pasifik Selatan, dan datang ke Amerika Syarikat untuk menghadiri sekolah.

Keputusan ini yang akan mengasingkan kami adalah satu keputusan yang susah bagi ibu bapa saya, terutamanya ibu saya. Mereka tahu bahawa akan adanya cabaran-cabaran yang tidak dikenali bila kami sampai ke satu persekitaran yang baru. Tetapi, dengan iman dan keazaman, mereka bermaju depan dengan rancangan mereka.

Sebab ibu saya dibesarkan sebagai seorang Orang Suci Zaman Akhir, dia tahu tentang asas-asas puasa dan doa, dan kedua-dua ibu dan bapa saya berasa bahawa mereka memerlukan berkat-berkat dari syurga untuk menolong anak-anak mereka. Dengan idaman itu mereka mula menentukan satu hari setiap minggu untuk berpuasa dan berdoa bagi kami. Visi mereka adalah untuk menyediakan anak-anak mereka untuk mencapai satu masa depan yang cemerlang. Mereka bertindak kerana visi itu, dan mereka menggunakan iman mereka dengan mencarikan berkat-berkat Tuhan. Melalui berpuasa dan berdoa, mereka menerima kejaminan, kesenangan hati, dan kedamaian bahawa segala perkara akan dijalankan dengan baik.

Di tengah-tengah cabaran-cabaran kehidupan kita, bagaimana kita boleh memperoleh satu visi yang diperlukan untuk melakukan perkara-perkara yang akan mendekatkan kita dengan Juruselamat? Berkenaan dengan visi, buku Amsal mengajarkan kebenaran ini: “Bangsa tanpa bimbingan Tuhan menjadi bangsa yang penuh kekacauan”(Amsal 29:18). Jika kita ingin menjadi makmur dan bukan terhapus, kita mesti memperoleh satu visi tentang diri sendiri seperti Juruselamat menampak kita.

Juruselamat dapat menampak lebih banyak potensi dalam para nelayan yang berendah hati yang Dia panggil untuk mengikuti Dia dari apa yang dapat mereka nampak dalam diri sendiri; Dia ternampak satu visi tentang orang yang boleh mereka jadi. Dia tahu tentang kebaikan dan potensi mereka, dan Dia bertindak untuk memanggil mereka. Mereka tidak berpengalaman pada mulanya, tetapi bila mereka mengikut, mereka menampak teladan-Nya, merasa ajaran-ajaran-Nya, dan menjadi pengikut-pengikut-Nya. Ada suatu masa bila sebahagian pengikut-pengikut-Nya meninggalkan Juruselamat kerana perkara yang mereka terdengar sukar bagi mereka. Menyedari bahawa pengikut-pengikut lain juga mungkin meninggal-Nya, Yesus menanyakan dua belas rasul, “Adakah kamu pun akan pergi?” (Yohanes 6:67). Balasan Petrus menggambarkan bagaimana dia sudah berubah dan sudah menerima kefahaman dan kesaksian tentang siapakah Juruselamat. “Ya, Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal” (Yohanes 6:68), dia membalas.

Dengan visi itu, para pengikut yang beriman dan taat setia itu dapat melakukan perkara-perkara yang susah bila mereka pergi mengkhutbahkan injil dan menubuhkan Gereja selepas Juruselamat meninggal. Akhirnya, ada di kalangan mereka mengorbankan nyawa mereka untuk kesaksian mereka.

Ada contoh lain dalam kitab-kitab suci tentang orang yang menerima kafahaman dan kesaksian injil dan bertindak ke atas visi itu. Nabi Alma memperolehi kefahaman itu bila dia mendengar Abinadi mengajar dan bersaksi dengan berani di hadapan Raja Nuh. Alma bertindak ke atas ajaran-ajaran Abinadi dan pergi mengajar tentang perkara-perkara yang sudah dia belajar, dan membaptiskan banyak orang yang mempercayai kata-katanya (lihat Mosia 17:1–4; 18:1–16). Semasa dia menganiayai Orang Suci zaman purba, Rasul Paulus menukar hati pada jalan ke Damsyik dan kemudian bertindak dengan mengajar dan bersaksi tentang Kristus (lihat Kisah Rasul-rasul 9:1–6, 20–22, 29).

Pada zaman kita banyak orang pemuda-pemudi, dan pasangan tua sudah menjawab panggilan dari seorang nabi Tuhan untuk melayani misi. Dengan beriman dan berkeberanian, mereka meninggal rumah mereka dan segala perkara yang biasa bagi mereka kerana iman mereka dalam perkara yang baik yang boleh mereka lakukan sebagai para mubaligh. Bila mereka bertindak ke atas visi mereka untuk melayan, mereka memberkat kehidupan banyak orang dan, dalam proses itu, mengubah kehidupan diri sendiri. Dalam persidangan umum lepas, Presiden Monson mengucapkan terima kasih kepada kita terhadap perkhidmatan yang kita berikan kepada satu sama lain dan memperingatkan kita tentang tanggungjawab kita untuk menjadi tangan Tuhan untuk memberkat anak-anak-Nya pada bumi ini (lihat “Until We Meet Again,” Liahona dan Ensign, Nov. 2011,108). Penunaian tugas ini memang menyentuhkan hati, bila ahli-ahli Gereja bertindak ke atas visinya.

Sebelum Juruselamat meninggal, dia faham bahawa kita akan perlukan bantuan, Dia berfirman, “Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu” (Yohanes 14:18). Dia mengajar para pengikut-Nya, “Tetapi Roh Tuhan, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu” (Yohanes 14:26). Inilah Roh Kudus yang juga memberi kuasa kepada kita dan menggalakkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang diajar oleh Juruselamat kita dan para nabi dan para rasul zaman kini.

Bila kita bertindak ke atas ajaran-ajaran dari para pemimpin kita, kita dapat memperoleh satu kefahaman yang lebih mendalam tentang visi Juruselamat bagi kita. Sepanjang persidangan ini, kita sudah menerima nasihat yang diilhamkan dari para nabi dan para rasul. Kajikan ajaran-ajaran mereka dan merenungkan mereka dalam hati anda semasa mencarikan Roh Kudus untuk membantu anda untuk memahami visi ajaran-ajaran ini dalam kehidupan anda. Dengan visi itu, melakukan iman anda bila bertindak ke atas nasihat mereka.

Mencarikan dan mengkaji kitab-kitab suci dengan satu minda untuk menerima kefahaman dan pengetahuan yang lebih lanjut dari pesanan mereka kepada anda. Renungkan pesanan-pesanan itu dalam hati anda dan membenarkan pesanan-pesanan itu mengilhamkan anda. Kemudian bertindak ke atas inspirasi anda.

Seperti kita belajar sebagai sekeluarga, kita bertindak bila kita berpuasa dan berdoa. Alma berucap tentang puasa dan doa sebagai satu cara untuk menerima satu kepastian bila dia berkata, “Aku telah berpuasa dan berdoa berhari-hari agar aku boleh mengetahui hal-hal ini bagi diriku sendiri” (Alma 5:46). Kita juga boleh mengetahui cara untuk mengendali cabaran-cabaran dalam kehidupan kita melalui puasa dan doa.

Kita mengalami perkara-perkara yang sukar dalam hidup kita yang kadang-kala boleh menyusutkan visi dan iman kita untuk melakukan perkara yang harus kita lakukan. Kita menjadi begitu sibuk sehingga kita selalu berasa kita sesak dan tidak berupaya untuk menerus. Walaupun kita masing-masing berbeza, saya mencadang dengan rendah hati bahawa kita mesti fokuskan visi kita pada Juruselamat dan ajaran-ajaran-Nya. Apakah yang dapat Dia nampak dalam Petrus, Yakobus, dan Yohanes dan para rasul lain yang mendorongkan Dia untuk menjemput mereka untuk mengikuti Dia? Seperti mereka, Juruselamat memiliki satu visi yang hebat tentang orang yang boleh kita jadi. Ia akan melibatkan iman dan keberanian yang sama seperti para rasul pertama supaya kita boleh berfokus semula pada perkara yang paling penting dalam pembawaan kebahagiaan dan kegembiraan yang terbesar.

Bila kita mengkaji hidup Juruselamat kita dan ajaran-ajaran-Nya, kita ternampak Dia mengajar, berdoa, memperkuatkan dan menyembuh orang ramai. Bila kita mengikut teladan-Nya dan melakukan perkara yang kita nampak Dia lakukan, kita mula ternampak satu visi tentang orang yang boleh kita jadi. Anda akan diberkat dengan pemahaman melalui bantuan Roh Kudus untuk melakukan lebih banyak kebaikan. Perubahan akan bermula, dan anda akan membawakan satu urutan yang berbeza ke hidup anda yang akan memberkat anda dan keluarga anda. Semasa pelayanan-Nya di kalangan bangsa Nefi, Juruselamat menanya, “Orang macam apakah seharusnya kamu adanya?” Dia membalas, “Bahkan seperti Aku” (3 Nefi 27:27). Kita perlukan bantuan-Nya untuk menjadi seperti Dia, dan Dia sudah tunjukkan kita cara itu: “Oleh kerana itu, mintalah, dan kamu akan menerima; ketuklah, dan akan dibukakan bagimu” (3 Nefi 27:29).

Saya tahu bahawa bila kita memperoleh satu visi tentang diri sendiri seperti Juruselamat menampak kita, dan kita bertindak ke atas visi itu, hidup kita akan diberkati dalam cara yang tidak dapat dianggap. Kerana visi ibu bapa saya, hidup saya tidak sahaja diberkati oleh pengalaman pendidikan, tetapi saya juga diletakkan dalam keadaan di mana saya terdapat dan memeluk injil. Dan lebih pentingnya, saya belajar tentang kepentingan ibu bapa yang baik dan yang beriman. Sebagai ringkasan, hidupsaya berubah buat selamanya.

Seperti visi yang membimbing ibu bapa saya untuk berpuasa dan berdoa untuk kebajikan anak-anak mereka dan seperti visi para rasul zaman purba membimbing mereka untuk mengikut Juruselamat, visi yang sama sedia ada untuk mengilhamkan dan menolong kita untuk bertindak. Saudara saudari, kita adalah orang yang memiliki satu sejarah yang bervisi dan beriman dan berani untuk bertindak. Lihatlah apa yang sudah kita jadi dan berkat-berkat yang sudah kita terima! Percayailah bahawa Dia boleh memberkat anda dengan visi dalam hidup anda dan keberanian untuk bertindak.

Saya memberi kesaksian tentang Juruselamat dan hasrat-Nya untuk kita kembali kepada Dia. Untuk berbuat demikian, kita mesti beriman untuk bertindak—untuk mengikut Dia dan menjadi seperti Dia. Sepanjang hidup kita, Dia menghulurkan tangan-Nya dan menjemput kita:

“Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat sejahteraan.

“Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang aku berikan mudah dipikul” (Matius 11:29–30).

Seperti Juruselamat menampak potensi yang besar dalam para pengikut zaman purba-Nya, Dia juga menampak yang sama dalam kita. Biarlah kita menampak diri sendiri seperti Juruselamat nampak kita. Saya berdoa supaya kita memiliki visi itu dengan iman dan keberanian untuk bertindak, dalam nama Yesus Kristus, amin.