2010–2019
Adakah Perkara Ini Layakkan Usaha?
April 2012


Adakah Perkara Ini Layakkan Usaha?

Kerja untuk mengongsikan injil secara natural dan lazim dengan orang yang kita mengambil berat dan kasihi akan menjadi kerja dan kebahagiaan hidup kita.

Sepanjang persidangan ini dan pertemuan lain baru-baru ini,1 kebanyakan kita bertanya-tanyakan diri, apa yang boleh saya lakukan untuk menolong untuk menubuh Gereja Tuhan dan menampak perkembangan yang nyata di mana saya tinggal?

Dalam usaha ini dan usaha lain yang pustahak, kerja terpenting kita selalunya adalah dalam rumah tangga dan keluarga kita.2 Di dalam keluargalah Gereja ditubuhkan dan di situ perkembangan yang nyata berlaku.3 Kita harus mengajar anak-anak kita asas-asas dan ajaran-ajaran injil. Kita perlu menolong mereka untuk beriman kepada Yesus Kristus dan menyediakan mereka demi pembaptisan bila mereka berusia lapan tahun.4 Kita mersti beriman supaya mereka boleh nampak contoh tentang kasih sayang terhadap Tuhan dan Gereja-Nya. Teladan kita menolong anak-anak kita merasa kebahagiaan dalam pematuhan perintah-perintah, kegembiraan dalam keluarga, dan kesyukuran dalam pelayanan kepada orang lain. Dalam rumah tangga kita, kita harus mengikut pola yang diberikan oleh Nefi bila dia berkata:

“Kita bekerja dengan tekun … untuk membujuk anak-anak kita …untuk percaya kepada Kristus, dan untuk diperdamaikan dengan Tuhan. …

“… Kita berbincang tentang Kristus, kita bersukacita di dalam Kristus, kita berkhutbah tentang Kristus, kita bernubuat tentang Kristus, dan kita menulis menurut nubuat-nubuat kita, agar anak-anak kita boleh mengetahui pada sumber mana mereka boleh berpaling untuk pengampunan akan dosa-dosa mereka.”5

Kita bekerja dengan tekun untuk membawakan berkat-berkat kepada anak-anak kita dengan menghadiri gereja bersama mereka, mengadakan malam keluarga, dan membaca kitab suci bersama-sama. Kita berdoa setiap hari bersama keluarga kita, menerima

Kita berbincang dan bernubuat tentang Kristus bila kita berikan pengajaran malam keluarga atau duduk bersama seorang kanak dan menghuraikan kasih sayang kita kepada kanak itu dan kesaksian kita tentang injil yang sudah dipulihkan.

Kita boleh menulis tentang Kristus dengan menulis surat kepada mereka yang jauh dari kita. Para mubaligh yang sedang melayani, anak-anak dalam angkatan tentera, dan mereka yang kita kasihi diberkati oleh surat yang kita tuliskan. Surat dari rumah bukan e mail yang ringkas sahaja. Surat yang benar memberikan sesuatu yang nyata yang boleh dipegang, direnungkan, dan dihargai.

Kita menolong anak-anak kita bergantung pada Penebusan Juruselamat dan mengetahui pengampunan dari seorang Bapa Syurgawi yang berbelas kasihan dengan menunjukkan kasih sayang dan pengampunan dalam cara keibubapaan kita. Kasih sayang dan pengampunan kita tidak sahaja menarik anak-anak kita lebih dekat kepada kita tetapi ia juga membina iman dalam pengetahuan bahawa Bapa Syurgawi menyayangi mereka dan Dia akan mengampun mereka bila mereka bertaubat dan berusaha untuk melakukan perkara yang lebih baik. Mereka menyakin kebenaran ini kerana mereka sudah mengalami yang sama dari ibu bapa duniawi mereka.

Selain daripada kerja yang kita lakukan dalam keluarga kita, Nefi mengajar bahawa “kita bekerja dengan tekun untuk … membujak … saudara-saudara kita, untuk percaya kepada Kristus, dan untuk diperdamaikan dengan Tuhan.”6 Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita masing-masing memiliki berkat dan tanggungjawab untuk mengongsikan injil. Ada orang yang perlukan injil dalam hidup mereka masih belum menjadi ahli Gereja. Adanya yang pada satu masa dulu di kalangan kita tetapi perlu berasa sekali lagi kebahagiaan yang pernah mereka rasa bila mereka memeluk injil pada suatu masa dulu. Tuhan menyayangi orang yang belum memilik injil dan juga orang yang sedang kembali kepada Dia.7 Kepada Dia dan kepada kita, perkara ini tidak penting. Ia adalah kerja yang sama. Nilai jiwa, walau apa pun keadaan jiwa itu, adalah penting kepada Bapa Syurgawi kita, Putera-Nya, dan kita juga. 8 Kerja Bapa Syurgawi dan Putera-Nya adalah “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal”9 bagi semua anak-anak-Nya, tidak mengira apa pun keadaan kini mereka. Berkat kita adalah untuk menolong dalam kerja baik ini.

Presiden Thomas S. Monson menjelaskan tentang cara kita boleh menolong bila dia berkata: “Pengalaman mubaligh kita mesti terkini. Tidak cukupnya jika kita tidak mengambil bahagian sekarang dan hanya merenungkan pengalaman masa lepas. Untuk menjadi puas hati, anda mesti terus mengongsikan injil dengan natural dan lazim.”10

Kerja untuk mengongsikan injil secara natural dan lazim dengan orang yang kita mengambil berat dan kasihi akan menjadi kerja dan kebahagiaan hidup kita. Biarlah saya mengongsikan dua pengalaman bersama anda.

David Orchard dibesarkan di Salt Lake City, di mana kebanyakan rakannya adalah ahli Gereja. Mereka adalah pengaruhan yang baik bagi dia. Para pemimpin Gereja di kawasannya juga sentiasa menjemput dia ke aktiviti. Walaupun dia tidak menjadi ahli Gereja pada masa itu, dia diberkat oleh pengaruhan dari rakan-rakan Orang Suci Zaman Akhir yang baik dan aktiviti Gereja. Selepas dia memasuki university, dia meninggalkan rumah. Dan kebanyakan rakannya pergi melayani misi. Dia merindui pengaruhan mereka dalam kehidupannya.

Salah seorang rakan dari sekolah menengah Dave masih berada di rumah. Rakan ini berjumpa dengan uskupnya setiap minggu dalam usahanya untuk bertaubat dan menjadi layak untuk melayan sebagai seorang mubaligh. Dia dan Dave menjadi teman sebilik dan, dengan naturalnya dan lazimnya, mereka berbual-bual tentang mengapa dia tidak melayan sebagai seorang mubaligh dan mengapa dia bertemu dengan uskup dengan kerapnya. Rakan itu mengucap tentang kesyukurannya dan kehormatannya terhadap uskupnya dan terhadap peluang untuk bertaubat dan melayan. Dia kemudian menanya Dave jika dia hendak pergi bersama dia ke temu duga yang akan datang. Betapa serious jemputan itu! Tetapi dalam keadaan persahabatan mereka, itu satu perkara yang natural dan lazim.

Dave setuju dan dengan cepatnya dia mula bertemu dengan uskup secara diri sendiri. Ini menuju terhadap ke keputusan Dave untuk bertemu dengan para mubaligh. Dia menerima satu kesaksian bahawa injil adalah benar, dan tarikh untuk pembaptisannya ditetapkan. Dave dibaptiskan oleh uskupnya, dan satu tahun lepas itu Dave dan Katherine Evans berkahwin dalam bait suci. Mereka ada lima orang anak yang cantik. Katherine adalah adik perempuan saya. Saya akan bersyukur selama-lamanya kepada rakan yang baik itu, dan bersama dengan uskup yang baik, mereka membawa Dave ke Gereja.

Bila Dave berucap tentang penukaran hatinya dan memberi kesaksian tentang kejadian ini, dia menanya soalan ini, “Jadi, adakah perkara itu layakkan usaha? Adakah semua usaha rakan-rakan dan para pemimpin remaja dan uskup saya, buat banyak tahun ini, layakkah usaha mereka untuk hanya membaptiskan seorang budak lelaki?” Menujuki ke Katherine dan lima orang anaknya, dia berkata, “Bagi isteri dan lima orang anak kami, jawapan itu adalah ya.”

Bila-bila pun injil dikongsikan, ia tidak hanya tentang ‘seorang budak lelaki’ sahaja. Bila-bila pun penukaran hati berlaku atau seseorang kembali ke Tuhan, satu keluarga diselamatkan. Bila anak-anak Dave dan Katherine menjadi besar, mereka semua memeluk injil. Satu orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki sudah melayani misi dan seorang lagi baru-baru menerima panggilannya untuk melayan di misi bahasa Jerman-Alpine. Dua orang anak yang tertua sudah berkahwin di dalam bait suci, dan anak yang terkecil sekarang di sekolah menengah, dan sangat beriman. Adakah perkara itu layakkan usaha? Ya, ia memang layakkan usaha.

Sister Eileen Waite menghadiri persidangan pancang di mana Dave Orchard berkongsikan pengalaman penukaran hatinya. Sepanjang persidangan itu, dia memikir tentang keluarganya dan terutamanya Michelle, adik-beradik perempuannya, yang sudah menjauhkan diri dari Gereja buat satu masa yang lama. Michelle sudah bercerai dan cuba membesarkan empat orang anaknya dengan diri sendiri. Eileen berasa tertekan untuk mengirimkan satu salinan buku oleh Elder M. Russell Ballard yang bertajuk Our Search for Happiness, bersama dengan kesaksiannya. Satu minggu lepas itu, seorang rakan memberitahu Eileen bahawa dia berasa dia harus menghubungi Michelle. Rakan itu juga menulis kepasa Michelle untuk mengongsikan kesaksiannya dan menghuraikan kasih sayangnya. Memang bagusnya betapa kerap Roh mengilhamkan beberapa orang untuk menolong seorang yang berkeperluan?

Masa pun sudah lepas. Michelle menelefon Eileen dan mengucapkan terima kasih terhadap buku itu. Dia berkata bahawa dia mula mengenali kekosongan rohani dalam kehidupannya. Eileen memberitahunya bahawa dia tahu bahawa kedamaian yang Michelle carikan boleh didapati dalam injil. Eileen memberitahu dia bahawa dia sangat menyayangi dia dan hendakkan dia menjadi gembira. Michelle mula membuat perubahan dalam kehidupannya. Dan dia menemui seorang lelaki yang baik yang aktif dalam Gereja. Mereka berkahwin dan satu tahun lepas itu mereka dimeteraikan dalam Bait Suci Ogden Utah. Baru-baru ini, anak lelakinya yang berusia 24 tahun dibaptiskan.

Kepada ahli keluarga Michelle dan orang lain yang belum mengetahui tentang kebenaran Gereja, saya menjemput anda untuk berdoa untuk mengenal pasti kebenaran Gereja. Beri peluang kepada keluarga dan para kawan dan mubaligh untuk membantu anda. Bila anda tahu bahawa ia benar, dan ia memang benar, marilah bersama kami dalam mengambil langkah yang sama di dalam kehidupan anda.

Cerita ini belum tamat, tetapi berkat-berkat sudah diberikan kepada wanita ini dan keluarganya kerana orang yang mengasihinya bertindak ke atas ilham dengan natural dan lazim untuk mengongsikan kesaksian mereka dan menjemputnya kembali ke Gereja.

Saya banyak berfikir tentang dua pengalaman ini. Seorang pemuda yang beusaha untuk bertaubat menolong seorang pemuda lain yang mencarikan kebenaran. Seorang wanita yang mengongsikan kesaksian dan imannya dengan adik-beradiknya yang sudah tinggalkan Gereja selama 20 tahun. Jika kita berdoa dan menanya Bapa Syurgawi tentang siapakah yang boleh kita tolong dan berjanji untuk bertindak ke atas tekanan Roh yang Dia berikan kepada kita untuk memberitahu kita cara kita boleh tolong, dia akan menjawab doa kita dan kita akan menjadi alat dalam tangan-Nya untuk melaksanakan kerja-Nya. Bertindak dalam kasih sayang ke atas tekanan yang diberikan oleh Roh menjadi sesuatu yang mendatangkan perubahan yang besar.11

Semasa anda mendengar tentang pengalaman-pengalaman ini yang mengenai perkongsian injil secara natural dan lazim dengan orang yang anda mengambil berat, banyak dari kalangan anda sudah berpengalaman seperti Eileen Waite. Anda sudah fikir tentang seseorang yang harus anda hubungi dan menjemput kembali ke Gereja atau kongsikan perasaan anda tentang injil Yesus Kristus dengan mereka. Jemputan saya adalah untuk bertindak, tanpa penundaan, ke atas tekanan Roh itu. Berbual-bual dengan rakan atau ahli keluarga anda. Dengan cara yang natural dan lazim. Biarkan mereka tahu tentang kasih sayang anda kepada mereka dan Tuhan. Para mubaligh boleh menolong. Nasihat saya sama dengan nasihat Presiden Monson yang sudah dia berikan banyak kali di sini: “Jangan menundakan satu tekanan Roh.”12 Bila anda bertindak ke atas satu tekanan Roh dan lakukan dengan kasih sayang, pandanglah semasa Bapa Syurgawi gunakan kerelaan anda untuk bertindak untuk mendatangkan satu mukjizat dalam hidup anda dan hidup orang yang anda mengambil berat.13

Saudara saudari yang terkasih, kita boleh membina Gereja-Nya dan nampakkan perkembangan yang nyata bila kita bekerja untuk membawakan berkat injil ke keluarga kita dan orang yang kita kasihi. Ini kerja Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya. Saya tahu bahawa Mereka hidup dan Mereka menjawab doa. Bila kita bertindak ke atas tekanan Roh, beriman kepada keupayaan-Nya untuk mendatangkan mukjizat, mukjizat akan berlaku dan hidup akan diubahkan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Catatan

  1. Lihat Worldwide Leadership Training Meeting, Feb. 11, 2012, LDS.org.

  2. Lihat Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee (2000), 134.

  3. Lihat Boyd K. Packer, “Priesthood Power in the Home,” Worldwide Leadership Training Meeting, Feb. 11, 2012, LDS.org.

  4. Lihat Ajaran dan Perjanjian 68:25–28.

  5. 2 Nefi 25:23, 26.

  6. 2 Nefi 25:23.

  7. Lihat Lukas 15:4–7.

  8. Lihat Ajaran dan Perjanjian 18:10.

  9. Musa 1:39.

  10. “Status Report on Missionary Work: A Conversation with Elder Thomas S. Monson, Chairman of the Missionary Committee of the Council of the Twelve,” Ensign, Oct. 1977, 14.

  11. Lihat Thomas S. Monson, “Anxiously Engaged,” Liahona and Ensign, Nov. 2004, 56–59; “To the Rescue,” Liahona, July 2001, 57–60; Ensign, May 2001, 48–50; “The Doorway of Love,” Liahona and Ensign, Oct. 1996, 2–7.

  12. Lihat Ann M. Dibb, “My Father Is a Prophet” (Brigham Young University–Idaho devotional, Feb. 19, 2008), byui.edu/devotionalsandspeeches; Thomas S. Monson, “Stand in Your Appointed Place,” Liahona and Ensign, May 2003, 54–57; “Peace, Be Still,” Liahona and Ensign, Nov. 2002, 53–56; “Priesthood Power,” Liahona, Jan. 2000, 58–61; Ensign, Nov. 1999, 49–51; “The Spirit Giveth Life,” Ensign, May 1985, 68–70.

  13. Sebagai tambahan kepada Presiden Thomas S. Monson, para nabi yang lain pernah mengajar dasar yang sama. Sebagai contoh, Presiden Spencer W. Kimball mengajar kepentingan mengikuti tekanan yang diberi oleh roh Kudus apabila dia berkata: “Tuhan memberi perhatian kepada kami, dan Dia memerhati kami. Tetapi ia adalah melalui orang lain yang Dia membekalkan keperluan kami. Oleh sebab itu, ia adalah sangat penting yang kita membantu satu sama lain di dalam kerajaan Tuhan.” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 82).