2010–2019
Imamat Harun: Bangun dan Gunakan Kuasa Tuhan
April 2012


Imamat Harun: Timbul dan Gunakanlah Kuasa Tuhan

Imamat harus dilaksanakan untuk mencapai kebaikan. Anda dipanggil untuk ”bangun dan bersinar,” bukan menyembunyi dalam kegelapan.

Tidak lama dahulu, saya di Afrika Selatan melawat sebuah rumah bersama Thabiso, pembantu pertama dalam kuorum imam di Bahagian Kagiso. Thabiso dan uskup dia, yang memimpin dan memegang kunci untuk kuorum itu, sudah berdoa bagi anggota kuorum dia yang kurang aktif, mencari ilham tentang siapa dia harus melawat dan macam mana membantu mereka. Mereka rasa bahawa mereka harus melawat rumah Tebello, dan mereka menjemput saya ikut mereka.

Selepas kita berjaya melepasi anjing garang, kami mendapati diri kami di bilik tamu bersama Tebello, seorang lelaki muda yang tenang dan santai yang tidak pergi gereja lagi kerana dia sudah menjadi sibuk dengan perkara lain pada hari Ahad. Dia berasa gugup, tetapi gembira berjumpa dengan kami, dan dia pun menjemput keluarga dia untuk menyertai. Uskup menyatakan kasihnya bagi mereka dan keinginannya untuk membantu mereka menjadi keluarga abadi melalui dimeteraikan di bait suci. Mereka berasa terharu, dan kami semua dapat rasa hadirat Roh Kudus yang membimbing setiap kata dan setiap sentimen.

Tetapi perkataan Thabiso membawa perubahan yang paling besar di lawatan itu. Nampaknya bagi saya bahawa imam muda ini bercakap dengan bahasa malaikat—perkataan penuh kasih sayang yang kami semua dapat faham, tetapi yang terutamanya mengharukan kawan dia. “Saya sangat suka cakap kepada kamu sentiasa di gereja,” katanya. “Kamu selalu ada kata yang baik bagi saya. Dan kamu tahu, pasukan bola kita tidak berapa mahir sejak kamu tidak ada. Kamu sangat pandai main bola.”

“Minta maaf,” menjawab Tebello. “Saya akan main dengan kamu semua lagi.”

“Itu hebat,” kata Thabiso. “Dan kamu masih ingat dahulu, bila kami bersedia untuk berkhidmat sebagai mubaligh? Bolehkah kami mula buat itu lagi?”

“Boleh,” menjawab Tebello. “Saya mahu balik.”

Kebahagiaan yang mungkin terbesar yang saya mengalami sebagai penasihat dalam presidensi umum Remaja Putera, adalah melihat pemegang Imamat Harun di seluruh dunia menggunakan kuasa Imamat Harun. Tetapi kadang-kadang saya pun melihat, dengan hati sedih, banyak remaja putera yang tidak faham betapa banyak mereka boleh buat dengan kuasa yang mereka memegang.

Imamat adalah kuasa Tuhan untuk bertindak dalam pelayanan bagi anak Dia. Kalaulah setiap remaja lelaki, setiap pemegang Imamat Harun, dapat memahami sepenuhnya bahawa imamat mereka mempunyai kunci-kunci pelayanan para malaikat. Kalaulah mereka dapat faham bahawa mereka ada tanggungjawab kudus untuk membantu kawan mereka menjumpai jalan yang menuju kepada Juruselamat. Kalaulah mereka tahu bahawa Bapa di Syurga akan memberikan kuasa kepada mereka untuk menjelaskan kebenaran injil yang dipulihkan dengan jelas dan keikhlasan supaya orang lain akan rasa kebenaran perkataan Kristus yang tidak dapat dinafikan.

Remaja putera dari Gereja, biarlah saya tanya soalan kepada anda yang saya harap anda akan menghargai seluruh kehidupan anda. Adakah kuasa di bumi yang anda dapat terima yang lebih besar daripada imamat Tuhan? Tidak ada kuasa yang lebih besar daripada kebolehan untuk membantu Bapa kita di Syurga dengan mengubah kehidupan orang lain, untuk membantu mereka sepanjang jalan kebahagiaan abadi melalui dibersihkan dari dosa.

Seperti apapun kuasa lain, imamat perlu digunakan untuk mencapai yang baik. anda dipanggil untuk “bangkit dan bersinar” (A&P 115:5), bukan untuk menyembunyikan cahaya anda dalam kegelapan. Hanya mereka yang berani akan termasuk antara orang yang terpilih. Semasa anda menggunakan kuasa imamat yang kudus, Keberanian anda dan keyakinan anda akan bertambah. Remaja putera, anda tahu bahawa anda paling baik apabila anda dalam pelayanan bagi Tuhan. anda tahu bahawa anda paling gembira apabila anda dengan bersemangat terlibat dalam perkara yang baik. Menambah kuasa imamat anda melalui menjadi bersih dan layak.

Saya mengulangi dan menyokong apa yang Elder Holland berkata kepada anda enam bulan yang lalu, di tempat ini. “Saya mencari,” katanya, “bagi lelaki muda dan tua yang ambil cukup peduli terhadap pertempuran ini antara baik dan jahat untuk mendaftar dan bersuara. Kita sedang di perang. …Saya meminta suara yang lebih kuat dan setia, suara yang bukan sahaja melawan kejahatan … , tetapi suara yang menyokong kebaikan, suara yang menyokong injil, suara yang menyokong Tuhan.” (“We Are All Enlisted,” Liahona and Ensign, Nov. 2011, 44, 47).

Ya, pemegang Kuasa Imamat, kita di perang. Dan dalam perang ini, cara terbaik untuk mempertahankan melawan kejahatan adalah mempromosikan kebenaran secara aktif. Anda tidak boleh dengar kata kesat dan berpura-pura tidak dengar. Anda tidak boleh melihat, sendiri atau bersama orang lain, gambar yang kotor dan berpura-pura tidak melihat. Anda tidak boleh menyentuh apapun yang tidak bersih dan berpura-pura tiada akibat. Anda tidak boleh pasif bila Setan cuba menghancurkan apa yang baik dan murni. Sebaliknya, mempertahankan dengan berani apa yang anda tahu benar! Apabila anda dengar atau melihat apa-apa yang melanggar taraf Tuhan, ingatlah siapa anda—seorang askar dalam tentera Tuhan, diberi kuasa dengan imamat-Nya yang suci. Tidak ada senjata lebih kuat melawan musuh, bapa kedustaan, daripada kebenaran—kebenaran yang akan datang dari mulut anda semasa anda menggunakan kuasa imamat. Kebanyakan rakan sebaya anda akan menghormati anda kerana keberanian dan kejujuran anda. Yang lain tidak. Tetapi itu tidak penting. Anda akan mendapat hormat dan kepercayaan daripada Bapa anda di Syurga kerana anda guna kuasa Dia untuk mencapai tujuan Dia.

Setiap presidensi kuorum Imamat Harun mesti sekali lagi mengangkat panji kemerdekaan dan mengatur dan memimpin batalion anda. Gunakanlah kuasa imamat anda melalui menjemput orang di sekeliling anda untuk datang kepada Kristus melalui pertaubatan dan pembaptisan. Anda ada perintah dan kuasa dari Bapa di Syurga untuk melakukannya.

Dua tahun yang lalu, semasa saya melawat Santiago, Chile, saya sangat dikagumkan oleh Daniel Olate, seorang lelaki muda yang sering menemani para mubaligh. Saya minta bahawa dia tulis kepada saya, dan dengan kebenaran dia saya akan membaca bahagian dari e-mail dia: “Saya baru sahaja berumur 16 tahun, dan hari Ahad lepas saya ditahbis sebagai imam. Hari itu yang sama, saya membaptiskan kawan saya; nama dia Carolina. Saya mengajar dia injil, dan dia kerap menghadiri gereja dan pun sudah terima anugerah Kemajuan Peribadi, tetapi ibu bapa dia tidak biar dia dibaptis sampai mereka kenal saya dan percaya saya. Dia mahu saya membaptiskan dia, jadi kami tunggu selama satu bulan sampai hari Ahad lepas, bila saya berumur 16. Saya rasa sangat baik kerana membantu orang baik seperti dia untuk dibaptis, dan saya rasa gembira bahawa saya boleh membaptiskan dia.”

Daniel adalah satu sahaja di antara ramai remaja putera di seluruh dunia yang hidup menurut kuasa yang Tuhan mempertanggungjawabkannya kepada mereka. Luis Fernando, dari Honduras, menyedari bahawa kawan dia membuat keputusan bahaya dalam hidupnya dan kongsi kesaksian bersama dia, menyelamatkan hidupnya (lihat “A Change of Heart,” lds.org/youth/video). Olavo, dari Brazil, adalah teladan lagi. Sebagai pelayan benar di dalam rumah-nya (lihat A&P 84:111), Olavo mengilhami ibu dia untuk menjadi aktif dalam Gereja lagi (lihat “Reunited by Faith,” lds.org/youth/video). Anda boleh membaca cerita ini dan banyak lagi sepertinya pada laman web Gereja untuk remaja, youth.lds.org. Carinya dengan internet sahaja. Internet, media sosial, dan teknologi yang lain adalah alat-alat yang Tuhan sudah meletakkan dalam tangan anda untuk membantu anda mencapai tanggungjawab imamat anda dan membesarkan pengaruh kebenaran dan kebaikan.

Remaja putera, apabila anda menggunakan Imamat Harun dengan cara yang saya menggambarkan, anda mempersiapkan diri untuk tanggungjawab dalam masa depan. Tetapi anda buat banyak lebih daripada itu. Seperti Yohanes Pembaptis, teladan pemegang Imamat Harun, anda pun mempersiapkan jalan Tuhan dan menjadikan jalan-Nya lurus. Apabila anda dengan berani mengumumkan injil pertaubatan dan pembaptisan, seperti Yohanes, anda mempersiapkan orang untuk kedatangan Tuhan (lihat Matius 3:3; A&P 65:1–3; 84:26–28). Anda sering diberitahu tentang potensi anda yang besar. Sekarang adalah masa untuk menggunakan potensi itu, untuk menggunakan kebolehan yang Tuhan memberi kepada anda untuk memberkati orang lain, membawa mereka dari kekaburan ke dalam cahaya, dan mempersiapkan jalan Tuhan.

Gereja sudah memberikan buku Tugas kepada Tuhan kepada anda sebagai sumber untuk membantu anda belajar dan mencapai tugas kamu. Bacanya sering kali. Ingat melutut, tanpa teknologi, dan mencari bimbingan Tuhan. Kemudian, timbul dan gunakan kuasa Tuhan. Saya berjanji bahawa anda akan terima jawapan dari Bapa di Syurga mengenai macam mana hidup dan macam mana membantu orang lain.

Presiden Monson mengatakan: “Jangan memandang rendah pengaruh meluas kesaksian anda. … Anda boleh menyedari orang yang tidak disedari orang lain. Apabila anda ada mata untuk melihat, telinga untuk dengar, dan hati untuk rasa, anda boleh membantu dan menyelamatkan orang lain” (“Be Thou an Example,” Liahona and Ensign, May 2005, 115).

Saya bersaksi kepada anda bahawa kuasa imamat adalah benar. Saya memperoleh kesaksian saya semasa menggunakan imamat. Saya sudah melihat banyak mukjizat dilakukan oleh orang yang mempunyai kuasa Imamat Harun. Saya sudah melihat kuasa pelayanan para malaikat semasa pemegang Imamat Harun yang setia mengatakan perkataan diilhami oleh Roh Kudus penuh dengan harapan, yang membuka hati orang yang perlukan cahaya dan kasih. Dalam nama Yesus Kristus, Tuhan kita, pemimpin kita, dan Juruselamat kita, amin.