2010–2019
Apakah Pendapat Kristus tentang Saya?
April 2012


Apakah Pendapat Kristus tentang Saya?

Semasa kamu menyayangi Dia, percaya Dia, dan mengikuti Dia, kamu yang merasakan kasih sayang-Nya dan bahawa Dia berkenan.

Seorang pemberita dari sebuah majalah Brasil yang popular menelaah Gereja sebagai persediaan untuk sebuah artikel berita yang utama.1 Dia menelaah ajaran kita dan melawat pusat mubaligh dan kemanusiaan. Dia bercakap dengan kawan-kawan Gereja dan dengan orang lain yang kurang ramah. Dalam temu duga dengan saya, pemberita kelihatan benar-benar keliru apabila dia bertanya, ”Macam mana boleh seorang tidak menganggap kamu sebagai orang Kristian?” Saya tahu dia bercakap tentang Gereja, tetapi walau begitu minda saya berfikir tentang soalan ini secara peribadi, dan saya jumpa diri saya sendiri berfikir, ”Adakah kehidupan saya menunjukkan kasih sayang dan kesetiaan yang saya rasa untuk Juruselamat?”

Yesus bertanya kepada orang Farisi, ”Apakah pendapatmu tentang Mesias?”2 Dalam penilaian terakhir, kemuridan peribadi kita tidak dihakimi oleh kawan atau musuh. Tetapi, seperti dikatakan Paulus, “Sebab jika semua harus menghadap takhta pengadilan Tuhan.”3 Pada hari itu solan yang penting untuk setiap dari kita akan menjadi: ”Apakah pendapat Kristus tentang saya?”

Bahkan dengan kasih sayang-Nya akan seluruh manusia, Yesus dengan menegur memanggil beberapa orang di sekeliling-Nya sebagai hipokrit,4 orang bodoh,5 dan pembuat kejahatan.6 Dia dengan berkenan memanggil orang lain anak-anak kerajaan7 dan cahaya dunia. 8 Dia dengan tidak berkenan memanggil kepada beberapa orang sebagai orang buta,9 dan tidak berhasil.10 Dia memuji yang lain sebagai yang berhati murni11 dan lapar akan kebaikan.12 Dia bersedih bahawa beberapa orang tidak beriman13 dan dari dunia14, tetapi yang lain Dia menghormati sebagai yang dipilih,15 pengikut,16kawan.17 Jadi setiap dari kita bertanya, “Apakah pendapat Kristus tentang saya?”

Presiden Monson sudah mengambarkan masa kita sebagai berpindah dari “apa yang rohani… [dengan] angin perubahan [berpusar] di sekeliling kita dan perwatakan moral masyarakat [terus] hancur di hadapan mata kita.”18 Adalah masa ketidakpercayaan bertumbuh dan ketidakpedulian akan Kristus dan ajaran-Nya.

Dalam alam sekitar bergelora ini, kita bersukacita kerana menjadi pengikut Yesus Kristus. Kita melihat tangan Tuhan di sekeliling kita. Destinasi kita terletak dengan indah di hadapan kita. “Inilah hidup yang kekal,” Yesus berdoa, “bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.”19 Menjadi pengikut dalam masa takdir ini akan menjadi lencana kehormatan untuk selama-lamanya.

Pesanan yang kita sudah dengar semasa persidangan ini adalah papan tanda untuk membimbing kita dari Tuhan semasa perjalanan kemuridan kita. Semasa kita mendengar selama dua hari lalu ini, berdoa untuk bimbingan rohani, dan semasa kita belajar dan berdoa tentang pesanan-pesanan ini dalam hari yang akan datang, Tuhan memberkati kita dengan bimbingan peribadi melalui kurnia Roh Kudus. Perasaan ini makin memalingkan kita kepada Tuhan, pertaubtan, kepatuhan, dan kepercayaan. Juruselamat membalas tindakan iman kita. “Jika seorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia.”20

Pemanggilan Yesus, “datanglah ke mari dan ikutlah Aku”21 bukan sahaja untuk mereka yang sedia bersaing dalam Olimpik rohani. Sebenarnya, kemuridan bukan persaingan sama sekali, tetapi undangan kepada semua. Perjalanan kemuridan kita bukan lumba lari singkat ataupun bahkan maraton yang panjang. Adalah migrasi sepanjang hidup ke sebuah dunia yang lebih selestial.

Undangan ini pemanggilan ke kewajipan seharian. Yesus mengatakan, “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku.”22 “Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku.”23 Kita mungkin tidak sebaik semampu kita setiap haril, tetapi kalau kita mencuba, undangan Yesus dipenuhi dengan penggalakan dan harapan: “Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan member kelegaan kepadamu.”24

Di mana pun kamu jumpa diri kamu sendiri pada perjalanan kemuridan, kamu pada jalan yang benar, jalan ke kehidupan abadi. Bersama kita boleh mengangkat dan menguatkan satu sama lain dalam hari yang hebat dan penting yang akan datang. Kesusahan apa pun yang menghadapi kita, kelemahan yang membatasi kita, ataupun kemustahilan yang di sekeliling kita, marilah kita beriman kepada Putera Tuhan, yang mengisytiharkan, “Tidak ada yang mustahil bagi orang yang percaya.”25

Biarkan saya berkongsi dua contoh kemuridan dalam hidup sebenar. Yang pertama dari kehidupan Presiden Thomas S. Monson dan menunjukkan kuasa kebaikan hati yang sederhana dan ajaran Yesus, “he that is greatest barangsiapa terbesar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu.”26

Hampir 20 tahun yang lalu, Presiden Thomas S. Monson berceramah di persidangan umum tentang seorang perempuan muda yang berumur 12 tahun yang menderita dari barah. Dia menceritakan tentang keberaniannya dan kebaikan hati kawannya yang membawa dia ke atas gunung Timpanogos.

Beberapa tahun yang lalu saya berjumpa dengan Jami Palmer Brinton dan mendengar ceritanya dari pandangan yang berbeza – pandangan tentang apa yang dilakukan Presiden Monson bagi dia.

Jami menjumpai Presiden Monson pada bulan Mac 1993, satu hari selepas dia diberitahu bahawa tumbuhan di atas lutut kanan dia sebuah barah tulang yang bertumbuh cepat. Dengan bantuan dari bapanya, Presiden Monson memberikan sebuah berkat imamat, dengan berjanji, “Yesus akan berada pada sisi kananmu dan pada sisi kirimu untuk menopangmu.”

“Apabila bertolak dari pejabat dia hari itu,” Jami mengatakan, “saya melepaskan belon yang terikat pada kursi roda saya dan memberikannya kepada dia. ‘Kamu yang paling baik!’ itu mengisytiharkan dalam huruf yang berwarna terang.”

Semasa rawatan kemoterapi dan pembedahan yang menyelamatkan kaki, Presiden Monson tidak melupakannya. Jami mengatakan, “Presiden Monson menjadi teladan akan apa yang dimaksudkan menjadi pengikut Kristus yang benar. [Dia] mengangkat saya dari kedurkaan ke harapan yang hebat dan bertahan lama.” Tiga tahun selepas perjumpaan mereka yang pertama, Jami sekali lagi duduk di pejabat Presiden Monson. Apabila perjumpaan itu berakhir, dia membuat sesuatu yang Jami tidak akan melupakan. Secara tipikal untuk pertimbangan rasa Presiden Monson, dia mengejutkan Jami dengan belon yang sama yang Jami memberikannya tiga tahun lebih awal. “Kamu yang paling baik!” belon itu mengisytiharkan. Dia sudah menyimpannya, dengan tahu bahawa dia akan balik ke pejabatnya apabila dia sembuh dari barah. Empat-belas tahun selepas perjumpaan mereka yang pertama, Presiden Monson mengahwinkan Jami Palmer dengan Jason Brinton di Bait Suci Salt Lake.27

Kita boleh belajar begitu banyak dari kemuridan Presiden Monson. Dia kerap kali mengingatkan Penguasa Umum untuk ingat soalan yang sederhana ini, “Apa yang akan dibuat Yesus.”

Yesus memberitahu pemimpin sinogoge, “Jangan takut, percaya saja!”28 Kemuridan adalah percaya kepada Dia pada musim yang damai dan percaya kepada dia pada musim kesusahan, apabila kesakitan dan ketakutan kita didamaikan hanya oleh kepercayaan bahawa Dia menyayangi kita dan menepati perjanjian-Nya.

Baru-baru ini saya menjumpai sebuah keluarga yang adalah teladan yang indah akan macam mana kita percaya kepada Dia. Olgan dan Soline Saintelus, dari Port-Au-Prince, Haiti, memberitahu saya cerita mereka.

Pada Januari 12, 2010, Olgan di kerja dan Soline di gereja apabila sebuah gempa bumi yang memusnahkan melanda di Haiti. Tiga anak mereka – Gancci, yang berumur lima, Angie, yang berumur tiga, dan Gansly, yang berumur satu, di rumah di pangsapuri mereka dengan seorang kawan.

Kemusnahan yang besar di mana-mana pun. Kamu akan ingat, berlaksa-laksa orang maut pada bulan Januari itu di Haiti. Olgan dan Soline berlari secepat mungkin ke pangsapuri mereka untuk mencari anak-anaknya. Bangunan pangsapuri bertingkat tiga di mana keluarga Saintelus tinggal telah roboh.

Anak-anak tidak melarikan diri. Usaha penyelamatan apa pun tidak akan ditumpukan ke sebuah bangunan yang dimusnahkan sama sekali begitu.

Olgan dan Soline Saintelus dua-duanya telah melayani sebagai mubaligh penuh-waktu dan telah berkahwin di dalam bait suci. Mereka percaya kepada Juruselamat dan perjanjian-Nya kepada mereka. Tetapi hati mereka dimusnahkan. Mereka menangis dengan tidak boleh dikawal.

Olgan memberitahu saya bahawa dalam jam tergelapnya dia mulai berdoa. “Bapa di Syurga, jika adalah kehendakmu, jika mungkin hanya satu dari anak saya hidup, tolong, tolong, membantu kita.” Berulang kali dia berjalan kaki di sekeliling bangunan itu berdoa untuk inspirasi. Jiran-jirannya cuba menyenangkan hatinya dan membantu dia terima kehilangan anaknya. Olgan terus berjalan kaki di sekeliling runtuhan bangunan yang sudah roboh itu, berharap, berdoa. Lalu, sesuatu yang amat menakjubkan terjadi. Olgan mendengar jeritan bayi yang hampir tidak boleh didengar. Itulah jeritan anak dia.

Berjam-jam jiran-jiran dengan terburu-buru menggali dalam runtuhan, merisiko hidup mereka sendiri. Dalam kegelapan malam itu, melalui bunyi yang bising tukul dan pahat, penyelamat mendengar bunyi lain. Mereka berhenti menumbuk dan dengar. Mereka tidak boleh percaya apa yang mereka dengar. Adalah bunyi anak kecil – dan dia bernyanyi. Gancci yang berumur lima nanti berkata bahawa dia tahu bapa dia akan dengarnya kalau dia bernyanyi. Di bawah keberatan konkrit yang renyuk yang nanti akan mengakibatkan pemotongan lengan dia, Gancci bernyanyi lagu kegemaran dia, “Aku Anak Tuhan.”29

Semasa jam berlalu di antara kegelapan, kematian, dan keputusasaan begitu banyak anak lelaki dan perempuan yang berharga Tuhan di Haiti, keluarga Saintelus terima mukjizat. Gancci, Angie, dan Gansly dijumpai masih hidup di bawah bangunan yang dimusnahkan itu.30

Mukjizat tidak selalu sesegera itu. Pada beberapa saat kita dengan berfikir bertanya-tanya apa sebabnya mukjizat yang kami dengan begitu ikhlas meminta dalam doa tidak terjadi di sini dan sekarang. Tetapi semasa kita percaya kepada Juruselamat, mukjizat yang dijanjikan akan terjadi. Dalam hidup ini ataupun yang akan datang, semuanya akan dijadikan betul. Juruselamat mengisytiharkan, “Janganlah gelisah dan gentar hatimu.”31 “Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia.”32

Saya bersaksi bahawa semasa kamu menyayangi Dia, percaya Dia, dan mengikuti Dia, kamu akan merasakan kasih sayang-Nya dan bahawa Dia berkenan. Semasa kamu bertanya, “Apakah pendapat Kristus tentang saya?” kamu akan tahu bahawa kamu pengikut-Nya; kamu kawan-Nya. Oleh rahmat-Nya Dia akan buat bagi kamu apa yang kamu tidak boleh buat bagi dirimu sendiri.

Kita dengan ingin benar menunggu perkataan penutupan dari nabi kita yang terkasih. Presiden Thomas S. Monson ditahbiskan sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus apabila saya berumur 12 tahun. Untuk lebih dari 48 tahun kita sudah diberkati untuk mendengarnya bersaksi tentang Yesus Kristus. Saya bersaksi bahawa dia sekarang berdiri sebagai Rasul Juruselamat paling tinggi di Bumi.

Dengan kasih sayang dan kehormatan yang besar untuk banyak pengikut Yesus Kristus yang bukan ahli gereja ini, kita dengan rendah hati mengisytiharkan bahawa malaikat sudah balik ke bumi pada zaman kita. Gereja Yesus Kristus sebagaimana didirikan Dia pada masa kuno telah dipulihkan, dengan kuasa, tatacara injil, dan berkat-berkat syurga. Kitab Mormon adalah satu kesaksian lagi tentang Yesus Kristus.

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus Juruselamat dunia. Dia menderita dan mati untuk dosa-dosa kita dan bangkit pada hari ketiga. Dia sudah dibangkitkan. Pada hari yang akan datang, setiap lutut akan berlutut dan setiap lidah akan mengaku bahawa Dia adalah Kristus.33 Pada hari itu, rasa khuatir kita tidak akan menjadi, “Adakah orang lain menganggap saya sebagai orang Kristian.” Pada saat itu, mata kita akan terikat pada Dia, dan jiwa kita akan tertawan pada soalan, “Apakah pendapat Kristus tentang saya?” Dia hidup. Saya bersaksi begitu, dalam nama Yesus Kristus, amin.