2010–2019
Injil dan Gereja
April 2012


Injil dan Gereja

Tujuan Gereja Adalah Membantu Kita Menuruti Injil

Saya sangat suka injil Yesus Kristus dan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Kadang-kadang kita pakai kata injil dan Gereja dengang bergantian, tetapi ia bukan yang sama. Injil dan Gereja, namun, memang berhubungan indah.

Injil adalah rancangan mulia Tuhan yang di dalamnya kita, sebagai anak-anak-Nya, diberikan peluang untuk menerima segala yang Bapa miliki (lihat A&P 84:38). Ini dipanggil kehidupan abadi dan diterangkan sebagai “karunia yang terbesar daripada segala karunia Allah” (A&P 14:7). Bahagian penting dalam rancangan itu ialah pengalaman duniawi kita, suatu jangka masa untuk memperkembangkan iman kita (lihat Moroni 7:26), bertaubat (lihat Mosia 3:12), dan menyelaras diri kita dengan Tuhan (lihat Yakob 4:11).

Kerana Tuhan tahu kelemahan fana kita akan menjadikan kehidupan ini sangat susah, kerana akan ada “pertentangan dalam segala sesuatu” (2 Nefi 2:11), dan kerana kita tidak dapat membersihkan dosa-dosa diri sendiri, seorang Juruselamat diperlukan. Ketika Elohim, Tuhan Abadi dan Bapa semua roh kita, mengemukakan rancangan keselamatan-Nya, ada satu di antara kita yang berkata, “Inilah Aku, utuslah Aku” (Abraham 3:27).

Dilahirkan dari seorang Bapa Syurgawi, baik secara rohani maupun jasmani, Dia memiliki sifat mahakuasa untuk mengatasi dunia. Dilahirkan dari seorang ibu duniawi, Dia tertakluk pada rasa sakit serta penderitaan kefanaan. Yehovah juga dinamakan Yesus dan, pada tambahan, diberikan nama istimewa Kristus, bermaksud Mesias atau Dia yang Ditetapkan. Pencapaian dia yang terutama ialah Korban Tebusan, di mana Yesus Kristus “turun ke bawah segala hal” (A&P 88:6), yang memungkinkan Dia untuk membayar harga penebusan demi setiap satu di antara kita.

Gereja didirikan Yesus Kristus pada masa pelayanan-Nya di dunia, “dibangun di atas dasar para rasul dan para nabi” (Efesus 2:20). Dalam ini, zaman kegenapan injil(A&P 128:18), Tuhan memulihkan apa yang dulu ada, dengan memberitahu Nabi Joseph Smith, “Aku akan menegakkan sebuah gereja dengan tanganmu” (A&P 31:7). Yesus Kristus adalah kepala Gereja-Nya, diwakili di bumi oleh para nabi, pelihat, dan pewahyu yang memegang wewenang kerasulan.

Inilah sebuah Gereja yang megah. Organisasi, keefektifan, dan kebaikannya yang mutlak dihormati semua yang berusaha untuk faham ia dengan hati yang ikhlas. Gereja mempunya program bagi kanak-kanak, remaja, lelaki, dan perempuan. Ia memiliki bangunan yang indah yang dihitung lebih daripada 18,000. Bait suci yang megah, yang berjumlah 136, berada di seluruh bumi, dengan 30 lagi yang sedang dibina atau sudah diumumkan. Pasukan mubaligh penuh-waktu yang berjumlah lebih daripada 56,000, terdiri dari yang muda dan yang kurang muda, melayani dalam 150 negara. Pekerjaan kemanusiaan Gereja di seluruh dunia adalah contoh kemurahan hati ahli-ahli kita. Sistem kebajikan kita menjaga anggota kita dan mendorong menjadi berdikari dalam suatu cara yang tak diseimbangkan di mana-mana. Dalam Gereja ini kita mempunya pemimpin yang tidak terima duit yang tidak mementingkan diri dan masyarakat Orang Suci yang berela untuk saling melayani dalam cara yang luar biasa. Tiada apa-apa macam Gereja ini di seluruh dunia.

Ketika saya dilahirkan, keluarga kami tinggal di sebuah rumah yang kecil di tempat salah satu bangunan hebat dan bersejarah di seluruh Gereja, yaitu Tabernacle di Honolulu. Sekarang saya minta maaf kepada kawan rapat saya dalam Lembaga Uskup Utama, yang menjaga bangunan Gereja, tetapi seperti seorang lelaki kecil saya berjalan di atas, bawah, dan melalui setiap bagian hartanah itu, dari bawah kolam mencerminkan ke puncak di dalam menara bercahaya itu. Kami bahkan berayun (seperti Tarzan) dari tumbuhan menjalar dari pokok banyan yang berada di sana.

Gereja merupakan segala sesuatu bagi kami. Kami menghadir banyak pertemuan, lebih daripada apa yang kita ada hari ini. Kami menghadir sekolah Primer pada petang hari Khamis. Pertemuan Lembaga Pertolongan diadakan pada pagi hari Selasa. Gabungan bagi remaja diadakan pada malam hari Rabu. Hari Sabtu ditetapkan bagi aktiviti bahagian. Pada hari Ahad, orang lelaki pergi ke pertemuan imamat pada pagi. Pada siang, kami menghadir Sekolah Hari Ahad. Nanti pada malam kami kembali bagi pertemuan sakramen. Dengan pergi pulang ke gereja, merasa bahawa masa kami dihabiskan dengan aktiviti Gereja seluruh hari Ahad dan kebanyakan hari yang lain.

Walaupun saya sangat suka Gereja, pada masa kanak-kanak itu bahawa, bagi pertama kalinya, saya merasa bahawa ada lebih. Bila saya berumur lima tahun, sebuah persidangan besar diadakan di tabernacle itu. Kami berjalan ke hujung jalan kami dan melintasi jambatan yang menuju ke bangunan megah itu dan duduk lebih kurang di barisan ke-10 di bilik pertemuan yang besar. Presiden Gereja pada masa itu, David O. McKay, mempengurusi dan berceramah dalam perjumpaan itu. Saya tidak ingat apa-apa yang dia kata, namun saya ingat dengan jelas apa yang saya lihat dan apa yang saya rasa. Presiden McKay memakai kot berwarna krim dan, dengan rambut putih dia yang keriting, nampaknya hebat. Dalam adat kepulauan, dia pakai suatu kalung dibikin dari bunga. Semasa dia berceramah, saya merasa sesuatu yang agak kuat dan sangat pribadi. Nanti saya faham bahawa saya telah merasa pengaruh Roh Kudus. Kami menyanyikan lagu penutupan.

Siapa berada di sebelah Tuhan? Siapakah?

Sekarang ialah saat untuk menunjukkannya.

Kita bertanya tanpa ketakutan:

Siapa berada di sebelah Tuhan? Siapakah?

(“Who’s on the Lord’s Side?” Hymns, no. 260)

Dengan perkataan itu dinyanyikan oleh hampir 2,000 orang dan merasa bahawa itulah soalan bagi saya sendiri, saya mahu berdiri dan bilang, “Sayalah!”

Ada separuh orang yang berfikir bahawa keaktifan dalam Gereja ialah matlamat terutama. Ada bahaya dalam ini. Ada kemungkinan untuk jadi aktif dalam Gereja dan kurang aktif dalam injil. Biar saya tekankan: keaktifan dalam Gereja adalah matlamat yang sangat diinginkan; namun, ia tidak cukup. Keaktifan dalam Gereja adalah tanda lahiriah berkaitan pada keinginan rohani kita. Kalau kita menghadir pertemuan kita, menerima dan memenuhi tanggung jawab dalam Gereja, dan melayani orang lain, keaktifan orang itu diketahui secara awam.

Sebaliknya, hal-hal injil biasanya lebih susah untuk melihat dan mengukur, tetapi hal-hal itu lebih penting dalam keabadian. Misalnya, berapa iman adakah kita punyai? Betapa bersifat untuk bertaubat? Betapa penuh maksud tata-cara-tata-cara dalam kehidupan kita? Betapa berfokus kita pada perjanjian-perjanjian kita?

Saya ulang: kita perlu baik injil maupun Gereja. Sebenarnya, tujuan Gereja adalah membantu kita menuruti injil. Kita sering berfikir: Macamana boleh seorang jadi aktif dengan lengkap dalam Gereja sebagai seorang remaja dan kemudian tidak aktif ketika lebih tua? Macamana boleh seorang dewasa yang telah menghadir dan melayani dengan kerap berhenti datang? Macamana boleh seseorang yang dikecewakan seorang pemimpin atau ahli lain membiar itu untuk mengakhiri penyertaan mereka dalam Gereja? Mungkin sebabnya ialah mereka kurang berpaling pada injil—hal-hal keabadian

Saya mencadangkan tiga cara penting untuk menetapkan injil sebagai dasar kita:

  1. Dalamkanlah pemahaman kita tentang Ketuhanan. Pengetahuan yang berterus tentang dan kasih bagi tiga anggota Kesatuan Ketuhanan tak boleh dibuang. Berdoalah dengan perhatian kepada Bapa, dalam nama Putera, dan mencari arahan dari Roh Kudus. Digabungkan dengan pengkajian yang tetap dan renungan yang rendah hati, bikinlah dengan menerus iman yang tak dapat digoncangkan kepada Yesus Kristus. “Karena bagaimanakah seseorang mengenal majikan...yang adalah orang asing baginya, dan berada jauh dari pemikiran dan maksud hatinya?” (Mosia 5:13).

  2. Berfokuslah pada tata-cara-tata-cara serta perjanjian-perjanjian. Jika ada tata-cara abadi manapun yang belum dilaksanakan dalam kehidupan kamu, bersedialah dengan sungguh-sungguh untuk menerima setiap satu daripadanya. Kemudian, kita perlu menetapkan pengendalian diri untuk hidup dengan setia pada perjanjian kita, dengan mengguna kurnia mingguan sakramen. Banyak dari kita tidak diubahkan dengan sering oleh kuasa pembersihannya kerana kekurangan rasa hormat bagi tata-cara suci ini.

  3. Menyatukan injil dengan Gereja. Dengan bertumpu pada injil, Gereja akan menjadi sebuah berkat yang makin besar, bukan kecil, dalam kehidupan kita. Semas kita datang ke setiap pertemuan sudah bersedia untuk “[cari] pengetahuan yaitu dengan belajar dan juga dengan iman” (A&P 88:118), Roh Kudus akan menjadi pengajar kita. Jika kita datang untuk diseronokkan, kita sering kali akan dikecewakan. Presiden Spencer W. Kimball satu kali ditanya, “Apakah yang kamu buat bila kamu berada dalam pertemuan sakramen yang bosan?” Jawaban dia: “Saya langsung tidak tahu. Saya tidak pernah berada dalam satu begitu.” (dipetik Gene R. Cook, dalam Gerry Avant, “Learning Gospel Is Lifetime Pursuit,” Church News, Mar. 24, 1990, 10).

Dalam kehidupan kita, kita hendaknya berkeinginan apa yang terjadi selepas Tuhan datang kepada bangsa di Dunia Baru dan mendirikan Gereja-Nya. Tulisan suci berkata, “Dan terjadilah bahwa demikianlah mereka [bermaksud murid-murid-Nya] pergi ke antara seluruh orang Nefi, dan mengkhotbahkan Injil Kristus kepada semua orang di atas permukaan negeri; dan mereka diinsafkan kepada Tuhan, dan dipersatukan pada Gereja Kristus, dan demikianlah orang-orang dari angkatan itu diberkati” (3 Nefi 28:23).

Tuhan mahu agar anggota Gereja-Nya berpaling dengan lengkap pada injil-Nya. Inilah cara satu-satunya yang pasti untuk mempunya keselamatan rohani sekarang dan kegemiraan selama-lamanya. Dlam nama Yesus Kristus, amin.