2010–2019
Tujuan Pelayanan Imamat
April 2012


Segi Kenapa dalam Pelayanan Keimamatan

Memahami maksud injil dan tujuan imamat akan menolong kita untuk melihat tujuan ilahi tentang segala perkara.

Saya menghargai kesempatan ini untuk bertemu dengan para saudara yang memegang imamat dan bersukaria dengan anda pada keajaiban dan keindahan injil Yesus Kristus. Saya memuji anda atas iman anda, pekerjaan anda, dan kesolehan anda yang berkekalan.

Kita berkongsi ikatan yang sama dalam hakikat bahawa kita semua telah menerima penahbisan imamat Tuhan dari mereka yang dipercayaii dengan wewenang imamat yang kudus. Berkat ini bukanlah sesuatu yang kecil. Ia tanggungjawab yang kudus.

Kekuasaan Kenapa

Akhir-akhir ini saya telah berfikir tentang dua panggilan yang penting yang telah saya terima sebagai pemegang imamat dalam Gereja ini.

Yang pertama dari panggilan-panggilan ini datang apabila saya seorang deakon. Pada waktu itu, saya menghadiri pertemuan gereja dengan keluarga saya di Frankfurt, Jerman. Kami diberkati dengan ramai orang yang begitu baik dalam cabang kami. Satu dari orang-orang yang baik itu adalah presiden cabang, Saudara Landschulz. Saya sangat mengagumi dia, padahal dia selalu memakai perangai serius, sangat resmi, dan kebanyakan waktu memakai sut yang berwarna (gelap) tua. Saya ingat sebagai pemuda, yang bergurau dengan kawan-kawan saya, bagaimana begitu zaman lama presiden kami.

Ini menyababkan saya ketawa untuk berfikir tentang ini sekarang kerana mungkinlah remaja hari ini menganggap saya dengan yang sama.

Pada satu hari minggu, Presiden Landschulz bertanya apakah dia munkin bercakap dengan saya. Fikiran saya yang pertama adalah bertanya, “Apa yang telah saya melakukan yang bersalah?” Saya teringat dengan cepat banyak perkara yang telah saya melakukan yang mungkin telah menjadi sebabnya untuk seorang presiden ambil seorang deakon ke tepi untuk bercakap.

President Landschulz menjemput saya ke dalam bilik kelas yang kecil—gedung gereja kami tidak ada ruang untuk sebuah pejabat untuk president cabang—and disanalah dia menlanjutkan panggilan kepada saya untuk menjadi presiden bagi kuorum deakon.

“Inilah jawatan penting,” dia katakana, lalu mengambil masanya untuk memberitahu saya kenapa. Dia menerangi apa yang dia dan Tuhan harapkan dari saya dan bagaimana saya dapa menerima bantuan.

Saya tidak ingat banyak dari perkatakannya, tetapi saya ingat dengan jelas bagaimana perasaan saya. Sesuatu roh yang suci dan mengilhami memenuhi hati saya ketika dia berbicara. Saya dapat merasa bahawa ini gereja gereja Juruselamat. Dan saya merasa bahawa panggilan itu yang dia lajutkan kepada saya diilhami oleh Roh Kudus. Saya ingat berjalan keluar dari bilik kecil itu dengan berasa jauh lebih tinggi daripada sebelumnya.

60 tahun telah berlalu sejak hari itu, dan saya masih sangat menghargai perasaan kepercayaan dan kasih itu.

Ketika saya bercakap mengenai pengalaman ini, saya cuba mengingat berapa deakon ada dalam cabang kami pada masa itu. Menerut fikiran saya, ada dua. Akan tetapi, mungkinlah cerita ini telah dibesarkan.

Tidaklah penting apakah ada seorang deakon atau dua belas. Saya merasa bahawa itu kehormatan, dan ingin melayani Tuhan menerut kemampuan saya yang terbaik dan tidak mengecewakan presiden cabang saya ataupun Tuhan.

Saya menyedari sekarang bahawa presiden cabang, apabila memanggil saya, mungkin dapat melakukan ini sebagai setakat sesuatu yang dia kena melakukan. Dia mungkin memberitahu saya di ruang depan atau semasa pertemuan imamat bahawa saya akan menjadi presiden kuorum deakon.

Sebaliknya, dia mengambil masa dengan saya dan menolong saya memahami bukan saja apa termasuk dengan panggilan saya itu, tetapi lebih penting kenapa saya harus melakukannya.

Ini sesuatu yang tidak dapat saya lupakan.

Tujuan cerita ini bukan bagi saya melukiskan bagaiamana melanjutkan sebuah panggilan di dalam Gereja (walapun inilah contoh baik bagi saya tentang caranya yang sesuai). Ini adalah pelajaran dalam kuasa kepemiminan imamat yang memotivasikan yang membangunkan jiwa-jiwa dan menjadikan kita bertindak.

Kita perlu selalu diperingatkan tentang sebab-sebab abadi di belakang perkara-perkara yang kita diperintah untuk lakukan. Asas-asas injil yang dasar perlu menjadi sebahagian hidup kita, mahupun ia bererti kita harus belajar berulang kali tentang asas-asas itu. Tetapi ia tidak bererti proses ini harus menjadi hafalan dan bosan. Sebenarnya, bila kita mengajarkan asas-asas dassar dalam rumah atau gereja, biarlah nyala semangat injil dan api kesaksian mendatangkan cahaya, kehangatan, dan kebahagiaan ke hati mereka yang kita ajarkan.

Dari deakon yang paling baru ke imam tinggi yang paling tua, kita semua ada senarai tentang apa yang kita harus melakukan dalam tanggung-tanggungjawab keimamatan kita. Kita harus tahu apakah tugas kita, dan kita mesti melakukannya. Tetapi apabila kita bertanya kenapa, kita menemui dorongan, keinginan, dan kuasa dalam imamat.

Maksud pelayanan imamat mengajar kita perkara yang harus kita lakukan. Tujuannya mengilhamkan jiwa kita.

Maksudnya memaklumkan, tetapi tujuannya mengubahkan.

Kelimpahan Perkara ‘Baik’ untuk Melakukan

Sebuah panggilan lain yang telah saya renungkan akhir ini datang kepada saya bertahun-tahun nanti ketika saya berkeluarga. Kita telah pindah balik ke Frankfurt, Jerman, dan saya telah menerima kenaikan pangkat di kerja yang akan memerlukan banyak dari masa dan keperhatian saya. Ketika masa ini dalam kehidupan saya, Elder Joseph B. Wirthlin melanjutkan panggilan kepada saya untuk melayan sebagai presiden pancang.

Ketika wawancara saya dengan dia, banyak fikiran melintas minda saya, darinya yang termasuk perasaan risau bahawa kemungkinan bahawa saya tidak ada waktu yang panggilan itu akan tuntut. Walaupun begitu, saya rasa rendah hati dan berhormat dengan panggilannya, untuk seketika saya berisau sama ada saya dapat menerimanya. Tetapi iyanya fikiran kecil kerana saya tahu bahawa Elder Wirthlin telah dipanggil oleh Tuhan dan bahawa dia melakukan perkerjaan Tuhan. Apa yang dapat saya melakukan selain menerimanya?

Ada masa apabila kita kena melangkah ke dalam kegelapan dengan iman, dengan keyakinan bahawa Tuhan akan meletakkan tanah dibawah kaki kita ketika kita berjalan. Jadi, saya menerimanya dengan gembira, dengan mengetahui bahawa Tuhan akan memberi jalan.

Pada awal masa saya dalam tugas ini, kami, sebagai pancang, diberkati untuk menerima latihan dari beberapa dari pengajar dan pemimpin gereja yang terhebat—seperti Elder Russell M. Nelson dan Presiden Thomas S. Monson. Pengajaran mereka seperti embun dari syurga dan sumber ilham untuk kita semua. Saya masih ada catatan yang saya ambil semasa sesi latihan ini. Saudara-saudara ini memberikan kita wawasan mereka untuk maksud mendirikan kerajaan Tuhan dengan membina kesaksian peribadi dan menguatkan keluarga-keluarga. Mereka menolong kita lihat bagaimana menerapkan nasihat mereka dalam keadaan kita yang tertentu pada masa kami itu. Dalam kata lain, pemimpin-pemimpin membantu kita lihat jawaban bagi soalan kenapa lalu kita kena bersedia dan bekerja.

Tidak lama setelah itu, kami merealisasikan bahasw ada banyak perkara yang baik yang kami mungkin cuba melakukan sebagai presidensi pancang—begitu banyak, sehingga kalau kami tidak menetapkan keutamaan yang diilhami, kami pada akhirnya mungkin tidak melakukan apa yang penting. Keutamaan yang setanding mulai menimbul, dan menggangu fokus kami dari wawasan yang dikongsi oleh saudara kami. Ada banyak perkara yang ‘baik’ untuk melakukan tetapi bukanlah semuanya yang paling penting.

Kami pelajari pelajaran penting: hakikat bahawa oleh kerana sesuatu baik bukan selalunya alasan untuk menuntut masa atau kemampuan kita. Kegiatan, initiatif, dan rancangan kita harus diinspirasikan oleh dan berasas pada jawaban bagi soalan kenapa dalam pelayanan keimamatan kita dan bukan untuk gaya atau minat yang sementara yang menjolok mata. Jika tidak, perkara-perkara ini dapat menggangu usaha kita, menghabiskan tenaga kita, dan menjadikan kita begitu sibuk dengan hobi-hobi kita yang rohani atau biasa, tetapi bukan tujuan utama kita sebagai murid-murid Kristus.

Saudara-saudara kita semua tahu bahawa mengambil kawalan diri untuk tetap berfokus pada hal-hal yang paling berkuasa untuk meningkat kasih kita bagi Tuhan dan sesama, menjadikan pasangan hidup lebih bersemangat, memperkuatkan keluarga, dan membina kerajaan Tuhan. Seperti pokok buah dengan dahan-dahan dan daun yang banyak, hidup-hidup kita perlu dipangkas untuk memastikan bahawa kita menggunakan tenaga dan masa kita untuk mencapai tujuan kita yang sebenar—untuk membawa hasil kerja yang baik!1

Anda Tidak Bersendiri

Macam mana kita tahu apa untuk memilih? Kita masing-masing ada tanggunjawab untuk menentukan ini bagi diri kita sendiri. Bagaimanapun, kita disuruh untuk belajar dari tulisan suci dengan ketekunan, mengendahkan firman nabi, dan menjadikan ini perkara yang didoakan secara penuh iman. Saudara-saudara Tuhan setia. Melalui Roh Kudus, Dia akan berbicara kedamaian kepada fikiran kita mengenai laluan yang harus kita ikuti.

Saudara, Tuhan beriman. Melalui Roh Kudus, Dia akan berucap kepada minda dan hati kita mengenai jalan yang harus kita ikut sepanjang setiap segmen hidup kita.

Jika kita murni—jika kita tidak bekerja demi kemuliaan diri kita tetapi bagi kemuliaan Tuhan Mahakuasa, jika ingin melakukan keinginanNya, jika kita ingin memberkati hidup ahli keluarga sendiri dan sesama—kita tidak akan ditinggalkan untuk berjalan sendiri. Seperti President Monson telah sering ingatkan kita, “Apabila kita berada dalam perkerjaan Tuhan, kita berhak menerima pertolongan Tuhan.” 2

Bapa Syurgawi kamu akan “pergi di hadapan mukamu. [Dia] akan berada di sisi kanan dan diri, dan Roh[-Nya] akan berada dalam hatimu, dan para Malaikat[-Nya] disekelilingmu untuk mengangkatmu.”3

Kuasa dalam Melakukan

Saudara-saudara yang disayangi, berkat-berkat untuk pelayanan imamat dijadikan hidup dengan kesanggupan kita untuk berkorban, dan keinginan kita untuk melakukan yang benar. Biarlah kita menjadi orang yang bertindak dan bukan yang dipertindakkan. Kita dapat Mengkhotbahkan, tetapi khutbah tanpa tindakan sama seperti api tanpa haba atau air yang tidak memuaskan kehausan.

(Ia) Di dalam penerapan dokrtin bahawa nyala injil yang memurnikan akan menjadi lebih besar sehingga kuasa imamat berapi dalam jiwa kita.

Thomas Edison, si lelaki yang mencelupkan dunia kita dalam cahaya elektrik yang berpijar berkata bahawa, “nilia sesebuah fikiran berada dalam penggunaannya.”4 Dalam cara yang serupa, doktrin injil menjadi lebih berharga apabila dalam penggunaan.

Semestinya kita tidak membiarkan doktrin imamat menjadi tidak giat dalam hati-hati atau kehidupan kita. Jika ada perkahwinan atau keluarga yang perlu diselamatkan—mungkin bahkan keluarga anda—biarlah kita tidak tunggu untuk melihat apa hasilnya. Sebaliknya, biar kita berterima kasih kepada Tuhan atas rancangan kebahagiaan yang termasuk iman, pertaubatan, pengampunan, dan permulaan(2x) baru. Menerapkan doktrin imamat akan melayakkan kita sebagai para suami, ayah, dan anak lelaki yang memahami segi kenapa dari pelayanan imamat dan kuasanya untuk mengambil balik dan mengekalkan keindahan dan kekudusan keluarga-keluarga yang abadi.

Konferensi umum adalah masa yang baik untuk belajar dan melakukan. Oleh kerana itu, biar kita, “menjadi pelaku firman, dan bukan pendengar sahaja.”5 Saudara-saudara, saya mengundang anda untuk menimbang kata-kata yang diucapkan oleh para orang suruhan Tuhan pada hujung minggu ini, lalu berlutut. Mintalah Tuhan, Bapa Syurgawi kita, supaya Dia menerangi fikiran anda dan menyentukan hati anda. Mohon dengan dia untuk arahan dalam hidup harian anda dan di dalam tanggungwajab anda di Gereja. Bertekad untuk mengikuti bisikan Roh—jangan berlengah-lengah. Jika anda melakukan segala ini, saya berjanji bahawa Tuhan tidak akan tinggalkan anda sendiri.

Terus dalam Kesabaran

Kita tahu bahawa, meskipun niat kita baik, perkara-perkara tidak selalunya berjalan menurut rancangannya. Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup dan di dalam pelayanan imamat kita. Kadang-kadang kita tersandung dan tidak mencapai apa yang diharapkan.

Apabila Tuhan menasihati kita untuk, “terus dalam kesabaran sehingga [kita] disempurnakan,” 6 Dia mengenali bahawa hal-hal begini mengambil masa dan ketekunan. Memahami segi kenapa dari injil dan segi kenapa dari imamat akan membantu kita melihat tujuan ilahi untuk semuanya. Ia akan memberi motivasi dan kekuatan untuk meklakukan apa yang benar, padahalnya susah. Hidup secara terus berfokus pada prinsip dasar injil akan memberkati kita dengan kejelasan, kebijaksanaan dan arahan.

“Adakah kita akan kita terus dalam perjuangan ini yang begitu hebat?”7 Ya, saudara-saudara, kita akan!

Diarahkan oleh roh kudus, kita akan belajar dari kesilapan kita. Jika kita tersandung, kita akan bangkit lagi. Kita tidak akan kurang semangat; kita tidak akan putus asa.

Sebagai persauradaan yang hebat dalam imamat Tuhan yang abadi, kita berdiri bersama, bahu ke bahu, dan berfokus pada prisip-prinsip injil Yesus Kristus yang dipulihkan dan dengan kesyukuran melayani Tuhan dan sesama kita dengan dedikasi dan kasih.

Tuhan Hidup

Saudara yang kusayangi, saya bersaksi kepada anda hari ini bahawa Tuhan Bapa dan anak-Nya, Yesus Kristus, hidup. Mereka benar-benar wujud dan berada!

Anda tidak bersendiri. Bapa Syurgawi anda mengambil berat tentang anda dan ingin memberkati serta menyokongimu dalam kesolehan.

Tuhan berbicara kepada manusia pada zaman kita sekarang. Dia akan berbicara kepada kamu!

Nabi Joseph Smith melihat apa yang dia dakwa dia melihat. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dipulihakan ke dunia melalui kuasa dan wewenang Tuhan Mahakuasa.

Doa saya adalah bahawa kita sebagai pemegang imamat-Nya akan terus belajar dan memahami segi apa dan kenapa dan menggunakan prinsip-prinsip injil yang dipulihkan untuk mengubah hidup kita dan hidup-hidup mereka yang kita layani.

Ketika kita melakukan demikian, dengan kuasa korban tebusan Yesus Kristus yang tak terbatas akan menyucikan, membersihkan, dan menyempurnakan roh-roh dan sifat-sifat (sahsiah) kita sehingga kita menjadi para lelaki yang kita patut menjadi. Akan ini saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, Amin.