“10 April. Bagaimanakah Saya Boleh Memperkuatkan Iman kepada Yesus Kristus Setiap Hari? Keluaran 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“10 April. Bagaimanakah Saya Boleh Memperkuatkan Iman kepada Yesus Kristus Setiap Hari?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
10 April
Bagaimanakah Saya Boleh Memperkuatkan Iman kepada Yesus Kristus Setiap Hari?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, sebagai tambahan kepada rundingan bersama tentang perihal tertentu kelas atau kuorum, anda boleh membincangkan tanggapan dan tema daripada persidangan umum. Soalan-soalan berikut boleh membantu.
-
Apakah tema atau pesanan yang menonjolkan? Apakah yang memperkuatkan iman kita kepada Yesus Kristus?
-
Apakah yang memperkukuhkan kesaksian kita terhadap nabi hidup? Apakah yang kita terilham untuk lakukan berikutan perkara yang kita pelajari atau rasai?
-
Apakah yang perlu kita lakukan sebagai kelas atau kuorum untuk mengingati dan bertindak atas nasihat dalam persidangan umum?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Untuk terus hidup di padang belantara, anak-anak Israel perlu belajar untuk bergantung pada Tuhan. Mereka bergantung kepada-Nya untuk mukjizat yang menyelamatkan nyawa, seperti meninggalkan Laut Merah dan mukjizat untuk terus hidup, seperti manna dari syurga. Begitu juga untuk mereka yang anda ajar. Jika mereka ingin meneruskan perjalanan rohani mereka di padang belantara kefanaan, mereka mesti beriman kepada Yesus Kristus. Mereka mesti beriman setiap hari, bukan hanya sekali. Sebilangan ahli kelas mungkin tidak merasakan iman mereka cukup kukuh. Anda boleh bantu mereka tahu iman bertambah secara beransur-ansur, hari demi hari. Iman dipelihara melalui hal-hal kecil dan sederhana yang kita lakukan secara konsisten. Renungkan perkara ini semasa anda mengkaji Keluaran 14–17 pada minggu ini. Anda juga boleh mengkaji pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Hal-hal yang Kecil dan Sederhana” (Liahona, Mei 2018, 89–92).
Belajar Bersama
Untuk mulakan perbincangan, anda boleh minta para remaja untuk berkongsi beberapa tabiat harian mereka yang membantu mereka melakukan perkara yang baik. Hal ini termasuk menjaga kesihatan yang baik atau memperkukuhkan kesaksian mereka. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak mengamalkan tabiat ini? Bagaimanakah usaha harian kita untuk berbuat baik dibandingkan dengan arahan Tuhan kepada orang Israel untuk mengumpulkan manna? (lihat Keluaran 16:16–21). Anda boleh membantu kelas atau kuorum membandingkan pengalaman orang Israel dengan usaha kita untuk memperkuatkan iman kita kepada Yesus Kristus setiap hari. Misalnya, apakah yang Tuhan berikan kepada kita yang boleh disamakan dengan manna harian yang Tuhan berikan kepada orang Israel? Apakah yang kita boleh lakukan yang boleh disamakan seperti mengumpulkan manna? Untuk meneruskan perbincangan anda, gunakan satu atau beberapa aktiviti berikut atau satu aktiviti anda sendiri.
-
Baca Alma 37:6–7 bersama-sama. Sebagai kelas atau kuorum, senaraikan di papan tulis beberapa “hal-hal yang kecil dan sederhana” yang Tuhan menjemput kita untuk lakukan setiap hari untuk datang kepada-Nya. Ahli kelas kemudiannya boleh menyemak pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Hal-hal yang Kecil dan Sederhana” untuk mencari hal-hal kecil lain yang boleh memberi pengaruh hebat ke atas hidup kita. Apakah kesan amalan ini? Apakah yang kita terilham untuk lakukan agar menjadikan amalan ini bahagian konsisten dalam kehidupan seharian kita?
-
Mengapakah iman kepada Yesus Kristus perlu dipelihara setiap hari? Jemput ahli kelas untuk berkongsi perkara yang mereka pelajari yang mengilhami mereka untuk meningkatkan iman mereka kepada Yesus Kristus setiap hari.
-
Usaha harian yang konsisten merupakan cara terbaik untuk memperkuatkan iman kita kepada Kristus. Membaca Alma 32:21, 26–43 bersama boleh membantu perbincangan anda. Apakah yang kita peroleh tentang bagaimana memperkuatkan iman kita kepada Yesus Kristus?
-
Kita boleh meningkatkan iman kita dengan memilih untuk belajar dari pengalaman yang menguji iman. Bincangkan bersama perkara yang boleh kita lakukan untuk memperkuatkan iman kita semasa menghadapi percubaan. (Lihat Neil L. Andersen, “Puting Beliung Rohani,” Liahona, Mei 2014, 18–21.) Anda boleh minta ahli kelas atau kuorum untuk berkongsi pengalaman ketika mereka merasa iman mereka kepada Kristus telah diuji dan apa yang mereka lakukan untuk memperkuatkan iman mereka pada waktu itu. Jelaskan bahawa Keluaran 14–17 menggambarkan rungutan atau aduan kerap orang Israel ketika mereka menghadapi percubaan. Bagaimanakah rungutan sepanjang tempoh percubaan melemahkan iman kita? Apakah perbezaan antara merungut dan menyatakan kebimbangan kita kepada Bapa Syurgawi pada masa-masa sukar?
2:24
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenung dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.