Perjanjian Lama 2022
24 April. Mengapakah Tuhan Memberi Kita Perintah? Keluaran 18-20


“24 April. Mengapakah Tuhan Memberi Kita Perintah? Keluaran 18–20,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“24 April. Mengapakah Tuhan Memberi Kita Perintah?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

Imej
sepuluh perintah

24 April

Mengapakah Tuhan Memberi Kita Perintah?

Keluaran 18-20

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang mendorong kita lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Adakah sesiapa yang baru berpindah ke bahagian kita atau menyertai Gereja? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Adakah apa-apa aktiviti akan datang yang kita boleh menjemput rakan kita untuk hadir?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk mencatat sejarah peribadi kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Membaca Keluaran 20 boleh mendorong anda untuk fikirkan sebab-sebab kita mempunyai perintah. Sesetengah orang melihat perintah sebagai batasan atau sebagai cubaan untuk mengawal kita. Namun, kita tahu Tuhan ialah Bapa yang penuh kasih, kita boleh mempercayai bahawa hukum-Nya adalah untuk kebaikan kita, meskipun kita tidak selalu mengetahui sebabnya. Dia telah berjanji bahawa kita boleh tahu perintah-Nya adalah benar semasa kita menjalankannya (lihat Yohanes 7:17).

Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Oleh kerana Bapa dan Putera mengasihi kita dengan kasih yang tidak terbatas dan sempurna dan kerana Mereka tahu bahawa kita tidak dapat melihat semua yang mereka lihat, Mereka telah memberi kita hukum yang akan membimbing dan melindungi kita. Terdapat hubungan yang kukuh antara kasih Tuhan dan hukum-Nya” (“The Love and Laws of God” [Brigham Young University devotional, Sept. 17, 2019], 2, speeches.byu.edu).

Mengapakah anda bersyukur untuk perintah Tuhan? Apakah yang anda mahu ahli kelas atau kuorum anda fahami tentang sebab-sebab Tuhan memberi kita perintah? Anda boleh bersedia untuk mengajar dengan menyemak Keluaran 20 dan pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Mengasihi Orang Lain dan Bercampur dengan Orang Lain Tidak Mengira Perbezaan Apa-apa” (Liahona, Nov. 2014, 25–28).

Imej
seorang remaja putera sedang belajar tulisan suci

Kita boleh tahu perintah Tuhan adalah benar semasa kita menjalankannya.

Belajar Bersama

Untuk membantu ahli kelas atau kuorum menyemak Sepuluh Perintah, anda boleh minta mereka menyenaraikan seberapa banyak perintah yang mereka ingat. Jika mereka perlukan bantuan, mereka boleh merujuk dalam Keluaran 20:3–17. Mengapakah Tuhan memberi kita perintah? Untuk membantu menjawab soalan ini, mereka boleh membincangkan beberapa dari Sepuluh Perintah ini secara berkumpulan. Bagaimanakah menjalankan perintah-perintah ini boleh membantu kita menemukan kebahagiaan dan lebih mendekati Tuhan? Idea-idea berikut boleh membantu ahli kelas belajar lebih banyak tentang sebab-sebab Tuhan memberi kita perintah.

  • Tulisan suci mengandungi jawapan untuk soalan “Mengapakah Tuhan memberi kita perintah?” Anda boleh menjemput ahli kelas atau kuorum untuk mencari jawapan dalam satu atau beberapa tulisan suci yang terdapat dalam “Sumber-sumber Berkaitan”. Kemudian, minta mereka berkongsi perkara yang mereka temui.

  • Untuk membantu ahli kelas atau kuorum fahami sebab-sebab Tuhan memberi kita perintah, anda boleh membandingkan menjalankan perintah Tuhan dengan pengalaman yang mereka boleh kaitkan. Contohnya, minta mereka bayangkan mereka sedang menunggang di sepanjang jalan gunung berhampiran dengan tebing yang curam dan terdapat pagar di sepanjang jalan itu. Minta mereka berbincang sesama tentang soalan seperti berikut: Bagaimanakah perintah Tuhan bagaikan pagar? Bagaimanakah mentaati perintah itu memberkati kita? Apakah perbandingan lain yang boleh bantu kita fahami sebab-sebab Tuhan memberi kita perintah dan mengapa kita harus mematuhinya? Untuk contoh lain, anda boleh menjemput mereka untuk menyemak salah satu daripada pesanan yang terdapat dalam “Sumber-sumber Berkaitan.” Minta mereka berkongsi perbandingan yang mereka temui dan bincangkan perkara yang mereka pelajari.

  • Perbincangan anda mungkin membimbing ahli kelas atau kuorum untuk berbincang bagaimana kita harus melayan mereka yang tidak percaya atau tidak menjalankan perintah-perintah. Anda boleh menjemput mereka untuk melihat nasihat dalam pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Mengasihi Orang Lain dan Bercampur dengan Orang Lain Tidak Mengira Perbezaan Apa-apa.” Anda boleh mengemukakan soalan seperti: Bagaimanakah kita harus melayani mereka yang memilih untuk hidup berbeza daripada kita? Bagaimanakah kita boleh melihat kebaikan orang lain semasa mereka membuat pilihan yang berbeza daripada kita?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

“Dalam usaha anda untuk hidup dan mengajar lebih seperti Juruselamat, anda pasti akan mempunyai kekurangan pada masa tertentu. Jangan berasa kecewa; sebaliknya, biarkan kesilapan dan kelemahan anda memalingkan anda kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat” (Teaching in the Savior’s Way, 14).

Cetak