Perjanjian Lama 2022
8 Mei. Bagaimanakah Saya Tahu Tuhan Telah Mengampuni Saya? Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19


“8 Mei. Bagaimanakah Saya Tahu Tuhan Telah Mengampuni Saya? Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“8 Mei. Bagaimanakah Saya Tahu Tuhan Telah Mengampuni Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

Imej
seorang remaja puteri sedang ketawa

8 Mei

Bagaimanakah Saya Tahu Tuhan Telah Mengampuni Saya?

Keluaran 35–40; Imamat 1; 1619

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Bagaimanakah berpaling kepada Tuhan boleh membantu kita menghadapi cabaran dan percubaan kita?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan doa dan persahabatan kita?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah rancangan untuk berkongsi injil yang telah dibincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Bagaimanakah kelas atau kuorum kita boleh melibatkan diri?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah melakukan pekerjaan sejarah keluarga boleh mengeratkan hubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Kekadang orang akan tertanya jika mereka telah “melakukan secukupnya” untuk diampuni daripada dosa. Bertaubat memerlukan usaha, kita tidak diampuni hanya kerana kita telah melengkapkan senarai semak atau melakukan tugasan tertentu. Kita diampuni semasa kita menerima belas kasihan yang Yesus Kristus tawarkan. Melalui inilah alamiah kita boleh diubah.

Pada zaman dahulu, upacara keagamaan dan korban hukum Musa telah mengarahkan orang Israel kepada Korban Tebusan Juruselamat. Seperti Tuhan dalam Imamat 16:30, “Pada hari itu upacara harus dilakukan untuk menyucikan mereka daripada segala dosa agar mereka menjadi tahir”. Sudah tentu, upacara keagamaan sahaja tidak boleh mengampuni dosa kita. Pengampunan datang daripada Yesus Kristus. Pada zaman kita, tatacara seperti pembaptisan dan sakramen mengarahkan fikiran dan hati kita kepada Juruselamat. Tatacara ini membantu kita memahami bahawa Dia akan sentiasa mengampuni kita semasa kita bertaubat.

Bagaimanakah Bapa Syurgawi telah membantu anda tahu anda telah diampuni? Anda boleh mengkaji Mosia 4:1–3 dan pesanan Presiden Tad R. Callister “Korban Tebusan Yesus Kristus” (Liahona, Mei 2019, 85–87). Pesanan ini boleh membantu ahli kelas fahami bahawa Bapa Syurgawi mengampuni kita ketika kita bertaubat.

Imej
seorang remaja sedang berdoa

Kita diampuni semasa kita menerima belas kasihan yang Yesus Kristus tawarkan.

Belajar Bersama

Anda boleh mula dengan menunjukkan gambar Juruselamat di Getsemani dan di atas salib (lihat Buku Seni Injil, no. 56–57). Jemput para remaja untuk menyelidiki Imamat 1:1–9; 16:15–16, 30. Minta mereka untuk berkongsi ungkapan yang mengingatkan mereka tentang Korban Tebusan Juruselamat. Bagaimanakah korban yang ayat-ayat ini jelaskan membantu orang Israel menantikan Korban Tebusan Juruselamat? Apakah yang membantu kita mengingatkan Korban Tebusan Juruselamat? Apakah yang membantu kita merasakan kasih dan pengampunan Juruselamat? Aktiviti berikut boleh membantu para remaja lebih memahami bahawa Tuhan akan mengampuni kita.

  • Beberapa orang dalam tulisan suci telah menjelaskan perasaan mereka ketika Bapa Syurgawi mengampuni mereka. Ahli kelas atau kuorum boleh membaca beberapa contoh (lihat “Sumber-sumber Berkaitan”). Jemput mereka untuk senaraikan frasa daripada ayat-ayat ini yang menggambarkan perasaan seseorang apabila diampuni. Anda boleh meminta mereka untuk menyatakan maksud pengampunan bagi mereka sendiri. Apakah yang boleh kita belajar tentang Tuhan daripada perasaan ini? Anda boleh berkongsi perasaan anda sendiri tentang keampunan.

  • Ada masanya orang-orang kurang pasti jika mereka telah diampuni kerana mereka tidak pasti jika mereka telah benar-benar bertaubat. Pesanan Elder Dale G. Renlund “Pertaubatan: Pilihan yang Menggembirakan” menjelaskan bagaimana benar-benar bertaubat dan menerima pengampunan Tuhan (Liahona, Nov. 2016, 121–24). Anda boleh menulis di papan tulis tajuk Pertaubatan Sebenar dan Perkara yang Menghalang Pertaubatan. Minta ahli kelas untuk mencari ajaran dalam pesanan ini yang boleh digolongkan di bawah tajuk ini. Apakah yang kita pelajari tentang Juruselamat dan pengampunan-Nya dari tiga perenggan terakhir pesanan ini?

  • Sesetengah orang mungkin telah bertaubat tetapi tidak merasa telah diampuni. Ini mungkin disebabkan mereka belum dapat mengampuni diri sendiri. Nasihat dalam pesanan Presiden Tad R. Callister “Korban Tebusan Yesus Kristus” boleh membantu mereka. Kelas atau kuorum anda boleh membaca bahagian yang bermula dengan “2. Dosa.” Minta mereka mencari nasihat yang boleh dikongsi dengan rakan atau ahli keluarga yang masih merasa bersalah walaupun telah bertaubat. Berikan masa untuk para remaja berkongsi perasaan mereka tentang Juruselamat, yang membolehkan kita bertaubat dan diampuni.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

Juruselamat telah mengajar kita agar menggunakan tulisan suci untuk mencari jawapan kepada soalan kita sendiri. Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas berhasrat untuk membaca kitab suci dan kata-kata nabi semasa mereka mencari jawapan?

Cetak