Perjanjian Lama 2022
22 Mei. Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Kesyukuran Kepada Tuhan? Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34


“22 Mei. Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Kesyukuran Kepada Tuhan? Ulangan 6–8; 15; 18; 29–30; 34,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“22 Mei. Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Kesyukuran Kepada Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

seorang remaja putera sedang berjalan di pantai

22 Mei

Bagaimanakah Saya Boleh Menunjukkan Kesyukuran Kepada Tuhan?

Ulangan 6–8; 15; 18; 29–3034

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Apakah yang kita bincangkan pada kali terakhir dan apakah jemputan atau tugasan yang telah dibuat? Apakah yang telah kita lakukan untuk memenuhi jemputan atau tugasan tersebut?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Apakah yang boleh kita lakukan atau katakan untuk membantu mereka yang merasa bersendirian atau jauh dari Bapa Syurgawi?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Apakah beberapa cara yang kita boleh bantu orang lain merasakan kasih Yesus Kristus?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah idea yang boleh kita kongsi dengan satu sama lain untuk membantu mengukuhkan keluarga kita?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Tuhan sentiasa mengawasi dan memberkati kita. Namun, dengan semua gangguan dan godaan yang kita hadapi, mudah untuk kita melupakan-Nya. Kejadian ini telah banyak kali berlaku ke atas orang Israel, termasuk pada masa-masa sukar mereka mengembara di padang belantara. Namun, Tuhan dengan penuh belas kasihan telah membimbing mereka ke tanah yang dijanjikan—tempat yang lebih selesa tetapi penuh godaan, dan mereka mungkin tergoda untuk melupakan-Nya lagi. Arahan Tuhan dalam Ulangan 6 bertujuan untuk membantu orang Israel agar sentiasa mengingati-Nya dan firman-Nya (lihat ayat 6–9).

Bagaimanakah anda menyimpan Tuhan dan firman-Nya di dalam hati anda—“supaya kamu tidak lupa akan Tuhan”? (Ulangan 6:12). Bagaimanakah mengingati Tuhan membantu kita bersyukur dalam semua keadaan kita? Semasa anda bersedia untuk mengajar, semak Ulangan 12:6–9, 12 dan Lukas 17:11–19. Anda juga boleh menyemak pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Bersyukur dalam Mana-mana Keadaan” (Liahona, Mei 2014, 70–77).

seorang remaja puteri sedang belajar

Mengingati Tuhan boleh membantu kita bersyukur dalam semua keadaan.

Belajar Bersama

Untuk memulakan perbincangan tentang mengingati Tuhan, anda boleh menjemput para remaja untuk berkongsi pengalaman apabila mereka melupakan sesuatu yang penting. Apakah akibatnya? Apakah yang berlaku apabila kita melupakan perkara hebat yang Tuhan telah lakukan untuk kita? Jemput ahli kelas atau kuorum untuk menyemak Ulangan 6:4–9, 20–25. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang mengingati kebaikan Tuhan dalam kehidupan kita? Pilih satu atau beberapa aktiviti berikut untuk membantu ahli kelas mempelajari bagaimana lebih bersyukur terhadap kebaikan Tuhan dan menyatakan kesyukuran mereka.

  • Membaca Lukas 17:11–19 bersama boleh membantu para remaja merenung mengapa penting untuk kita menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan. Pertimbangkan untuk mengemukakan soalan yang membantu mereka mengaitkan cerita ini dengan kehidupan mereka. Contohnya, apakah beberapa sebab sembilan daripada sepuluh orang pesakit kusta tidak bersyukur kepada Juruselamat? Mengapakah kita kadang-kadang gagal untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan? Minta ahli kelas untuk memikirkan masa apabila mereka merasa bersyukur, walaupun sukar. Apakah kebaikan mengucapkan kesyukuran? Mengapakah pentingnya untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan? (Lihat rujukan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” untuk mendapatkan jawapan.) Apakah yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan?

  • Terdapat banyak lagu rohani mengenai pujian dan kesyukuran, seperti “Betapa Agung Nama-Mu” dan “Hitung Berkatmu” (Nyanyian Rohani, no. 29, 111). Anda boleh meminta para remaja untuk mencari hal-hal yang mereka syukuri dalam lagu rohani ini. Jemput mereka untuk berkongsi penemuan mereka dan jelaskan mengapa mereka bersyukur untuknya. Anda boleh nyanyikan beberapa lagu rohani ini bersama.

  • Pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Bersyukur dalam Mana-mana Keadaan” membantu kita memahami bagaimana untuk bersyukur. Bahagikan ahli kelas kepada kumpulan kecil dan berikan setiap kumpulan satu bahagian daripada pesanan ini. Minta mereka berkongsi frasa atau ayat yang meringkaskan perkara yang Presiden Uchtdorf ajarkan. Jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang kesyukuran. Mereka juga boleh menonton video “Presiden Russell M. Nelson tentang Kuasa Penyembuhan Kesyukuran” (ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang boleh kita lakukan agar “bersyukur dalam mana-mana keadaan”, tidak kira apa pun? Apakah contoh yang kita tahu tentang seseorang yang bersyukur walaupun dalam keadaan sukar?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

Juruselamat mengenali pengikut-Nya dan siapa mereka boleh menjadi. Pengetahuan ini mempengaruhi cara Dia mengajar mereka. Bagaimanakah anda boleh mengetahui minat, keperluan dan cabaran ahli kelas sehingga anda boleh mengajar mereka dengan lebih berkesan?