“12 Jun. Bagaimanakah Saya Mendengar Suara Tuhan? Rut; 1 Samuel 1–3,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“12 Jun. Bagaimanakah Saya Mendengar Suara Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
12 Jun
Bagaimanakah Saya Mendengar Suara Tuhan?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita terilham untuk lakukan demi membantu mereka?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjadi cahaya kepada ahli keluarga atau rakan yang tidak berkongsi kepercayaan kita?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan lebih banyak kasih dan sokongan kepada keluarga kita serta membawa perbezaan positif di rumah kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Ramai ahli kelas atau kuorum anda mungkin tahu cerita Samuel. Apabila Tuhan berfirman dengannya, Samuel belum cukup berpengalaman tentang wahyu untuk mengenali suara Tuhan. Mentor Samuel, Eli, telah membantu Samuel mengenali suara ini. Seperti Eli, anda berkesempatan untuk bersaksi kepada ahli kelas bahawa Tuhan ingin berbicara dengan mereka. Anda boleh membantu mereka belajar mengenali suara Tuhan, walaupun anda juga belajar untuk mendengar-Nya. Bersama, anda boleh mempelajari perkara yang para nabi-Nya ajarkan tentang wahyu peribadi. Anda boleh menjawab Tuhan, seperti Samuel lakukan, “Berfirmanlah, ya Tuhan. Hamba-Mu mendengar” (1 Samuel 3:10).
Selain membaca 1 Samuel 3 pada minggu ini, anda boleh bersedia mengajar dengan membaca pesanan Presiden Russell M. Nelson “Dengarkanlah Dia” (Liahona, Mei 2020, 88–92).
Belajar Bersama
Bagi membantu ahli kelas bersedia untuk perbincangan hari ini, pertimbangkan untuk meminta mereka menyemak 1 Samuel 3:1–14. Jemput mereka untuk berkongsi perkara yang dipelajari daripada laporan ini tentang mendengar suara Tuhan. Apakah beberapa cara lain Tuhan berkomunikasi dengan kita? Aktiviti berikut boleh membantu para remaja mendalamkan pemahaman mereka tentang wahyu peribadi.
-
Berikut ialah salah satu cara untuk membantu ahli kelas lebih memahami cara menerima wahyu. Anda boleh menulis di papan tulis cadangan rujukan tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” (atau tulisan suci lain yang anda tahu). Jemput para remaja untuk membaca setiap tulisan suci. Mereka kemudiannya boleh menulis di papan tulis bersebelahan dengan setiap rujukan tentang menerima wahyu peribadi. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka mencari dan menerima wahyu. Jika bersesuaian, kongsi pengalaman anda sendiri.
-
Kita menerima berkat yang besar apabila kita belajar mendengar suara Tuhan. Anda boleh memulakan perbincangan tentang hal ini dengan meminta para remaja untuk berkongsi sebab-sebab mereka memerlukan wahyu. Kemudian, minta mereka menyelidiki pesanan Presiden Russell M. Nelson “Dengarkanlah Dia.” Jemput mereka untuk mencari nasihat yang membantu mereka memahami cara mendengar suara Tuhan. Anda juga boleh menunjukkan satu atau beberapa video daripada koleksi “Dengarkanlah Dia” (ChurchofJesusChrist.org/media). Mengapakah mendengar suara Tuhan sangat penting bagi kita? Galakkan para remaja untuk mencatat perkara yang dipelajari dalam jurnal mereka atau di atas sehelai kertas untuk dipaparkan di rumah mereka.
-
Para remaja mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk tahu Roh Kudus bercaka dengan mereka.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
1 Raja-Raja 19:9–12; Helaman 5:29–31; Ajaran dan Perjanjian 6:14–16, 21–23; 8:2–3; 11:12–14 (Cara Tuhan berfirman dengan kita)
-
Ajaran dan Perjanjian 9:7–9 (Wahyu memerlukan pemikiran dan pengkajian kita sendiri)
-
Ronald A. Rasband, “Biar Roh Kudus Membimbing”, Liahona, Mei 2017, 93–96
-
Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Tetapi di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap dari Roh Kudus. Saudara dan saudari yang dikasihi, saya merayu kepada anda untuk meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita”, Liahona, Mei 2018, 96).