Perjanjian Lama 2022
26 Jun. Mengapakah Kemurnian Akhlak Penting dalam Rancangan Tuhan? 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11


“26 Jun. Mengapakah Kemurnian Akhlak Penting dalam Rancangan Tuhan? 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)

“26 Jun. Mengapakah Kemurnian Akhlak Penting dalam Rancangan Tuhan?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022

seorang pemuda sedang duduk di jambatan

26 Jun

Mengapakah Kemurnian Akhlak Penting dalam Rancangan Tuhan?

2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 811

ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.

  • Menjalankan injil. Bagaimana kita lebih dekat dengan Juruselamat? Bagaimanakah kita berusaha untuk menjadi lebih seperti-Nya?

  • Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang terlintas dalam fikiran kita sejak akhir-akhir ini? Bagaimanakah kita boleh membantu individu-individu ini?

  • Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjawab soalan rakan kita tentang Gereja, yang dapat memperkukuhkan iman mereka terhadap Juruselamat?

  • Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah beberapa cara untuk kita berhubung dengan ahli keluarga lain, seperti datuk dan nenek dan sepupu?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Bapa Syurgawi kita mahu kita gembira, Dia memberi kita hukum kemurnian akhlak. Setan, ingin kita sengsara, dia mengajar bahawa hukum ini adalah tidak penting. Dia melakukan apa sahaja untuk menggoda kita melakukan dosa seksual. Para remaja boleh dipengaruhi oleh gambar dan pesanan yang bertentangan dengan ajaran tentang keseksualan. Setiap kita perlu peka dengan godaan seperti itu dan berusaha untuk menjaga fikiran, pertuturan dan tindakan kita agar kekal murni sepanjang hidup kita. Kita pelajari pengajaran ini daripada pengalaman sedih Raja Daud. Dia merupakan teladan kesetiaan yang hebat. Tetapi dia mengalah kepada godaan dan melanggar hukum kemurnian akhlak (lihat 2 Samuel 11:1–5).

Anda boleh bersedia untuk mengajar dengan membaca 2 Samuel 11, pesanan Elder David A. Bednar “Kita Percaya dalam Kemurnian” (Liahona, Mei 2013, 41–44) dan sumber lain tentang kemurnian akhlak. Apakah yang boleh mengilhami ahli kelas atau kuorum untuk melihat kemurnian akhlak menurut cara Tuhan? Apakah yang boleh membantu mereka menolak cara Setan?

remaja putera di dalam kelas

Untuk kekal setia terhadap hukum kemurnian akhlak Tuhan, kita perlu berusaha setiap hari untuk menjaga fikiran, pertuturan dan tindakan kita agar suci dan murni.

Belajar Bersama

Berikut ialah cara memperkenalkan topik kemurnian akhlak semasa membantu ahli kelas mereka yang anda ajar menyemak perkara yang mereka telah baca dalam tulisan suci. Tulis perkataan Daud dan Yusuf di papan tulis. Kemudian semak 2 Samuel 11:1–5 dan Kejadian 39:7–12 bersama. Bagaimanakah Daud dan Yusuf bertindak balas terhadap godaan melakukan dosa seksual? Apakah yang kita pelajari daripada contoh mereka? Gunakan aktiviti berikut atau aktiviti anda sendiri untuk menggalakkan perbincangan selanjutnya tentang mengapa kemurnian akhlak ini penting dalam rancangan Tuhan.

  • Para remaja boleh mempelajari lebih lanjut tentang takrifan standard kesucian seksual Tuhan. Jemput mereka untuk menyemak “Kesucian Seksual” dalam Untuk kekuatan Remaja ([risalah, 2011], 35–37) atau perenggan keempat “Keluarga: Pengisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah ajaran Tuhan tentang keseksualan berbeza dengan ajaran Setan? Para remaja boleh menyemak “Keluarga: Pengisytiharan kepada Dunia”, mencari pernyataan yang menjelaskan kepentingan kesucian seksual dalam rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi. Apakah yang kita pelajari daripada pernyataan-pernyataan ini yang membantu kita untuk hidup secara soleh di dunia?

  • Kadang-kadang orang lain tidak memahami standard moral kita, kerana standard ini sangat berbeza daripada apa yang dipercayai oleh kebanyakan orang. Bagaimanakah kita boleh menjawab soalan mereka? Para remaja juga boleh mencari tulisan suci dalam “Sumber-sumber Berkaitan” untuk pernyataan yang menjelaskan berkat kemurnian akhlak. Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi pendapat tentang mengapa mereka pilih untuk mematuhi standard moral Tuhan.

  • Budaya popular sering mengajar bahawa kita tidak perlu murni secara seksual. Walau bagaimanapun, budaya ini mengabaikan kebenaran tentang berkat kemurnian akhlak dan bahayanya kelakuan tidak berakhlak. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang kebenaran ini, para remaja boleh mempelajari pesanan Elder David A. Bednar “Kita Percaya dalam Kemurnian”. Sesetengah pelajar boleh membaca bahagian “Tujuan Musuh” dan pelajar lain boleh menyemak “Berkat dalam Kemurnian”. Kemudian, mereka boleh berkongsi perkara yang mereka pelajari. Galakkan mereka untuk mencatat pesanan yang mereka ingin ingati apabila mereka berhadapan dengan pesanan palsu tentang keseksualan lagi. Anda juga boleh meminta mereka untuk merujuk bahagian yang bertajuk “Asas Pertaubatan”. Bincangkan bagaimana Juruselamat boleh menyembuhkan mereka yang ingin bertaubat daripada dosa seksual. Ingatkan ahli kelas bahawa mereka boleh berbincang dengan ibu bapa atau uskup mereka jika mereka mempunyai pertanyaan atau perlu bertaubat.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.

Sumber-sumber Berkaitan

Teaching in the Savior’s Way

Dalam setiap situasi, Juruselamat adalahialah teladan dan mentor. Dia telah mengajar pengikut-Nya cara berdoa dengan berdoa bersama mereka. Dia telah mengajar mereka cara mengasihi dan melayani dengan mengasihi dan melayani mereka. Dia telah mengajar mereka cara mengajar injil-Nya melalui cara Dia mengajarkan injil kepada mereka.